Followers

Tuesday, June 18, 2013

Lambaian Terakhir

Salam...........

Pagi itu aku sekeluarga tiba di kampung jam 9.30 pagi. Diperkarangan rumah sudah ramai ramai orang yang tiba. Adik aku berada diluar rumah. Semua persiapan sudah siap Da, tolonglah bantu uruskan, aku rasa macam tak sangup " katanya. Adik aku sebenarnya salah seorang pertugas di tanah kuburan kampungku. Banyak mayat yang telah diuruskan tetapi apabila terkena kepada ayah sendiri dia terasa berlainan pula. Namun segala persiapan mandi dan kain kafan sempat juga disediakannya.




Aku masuk ke rumah melihat jenazah ayah, kelihatan adik perempuanku disisi ayah. Dia berdiam menjadi penunggu setia, maklumlah ibu kami telah lama meninggal dunia. Terdapat beberapa orang sedang membaca  surah yassin. Waktu itu seluruh ahli keluarga datang memenuhi ruang. Tiba saat untuk dimandikan, jenazah di angkat bermai ramai oleh anak cucu ke tempat mandian. Di waktu itu aku dapat melihat susuk tubuh ayahku yang sekian lama telah menanggung kesakitan menunggu saat pemergian. Susuk tubuhnya sama juga dengan susuh tubuhku kerana setiap kali aku mandi, aku melihat keadaan itu saling tak tumpah......Jenazah beliau seterusnya dicucikan. Aku melihat anak adik perempuanku menyuci di bahagian tengah, abang sulung dibahagian kepala manakala aku dan ipar dibahagian kaki sambil dibantu oleh orang orang masjid. Semasa hayat ayah dia ada berseloroh" hari ini hari orang, esok hari kita pula......."

gambar hiasan

Kekadang kadang dalam gurauannya menyatakan" kita cuma pindah alam sahaja" Nyatalah mati itu sebenarnya tidak ada....Dalam keadaan keadaan begitu aku sempat juga bergurau dengan kakakku bersangkutan kain putih dan kapas. Aku tidak mahu dia takut kerana yang meninggal adalah ayah sendiri.

Setelah dikafankan jenazah dibawa ke masjid dan akhirnya ke kuburan. Ketika memasukkan ke liang lahad aku berada di kepala, abang sualng di bahagian tengah manakala adik ipar dibahagian kaki. Aku membuka tali dan menciumkan tanah ke pada ayah. Kalaulah dalam hidup kita tidak mahu solat dan tidak sujud ke tanah bagaimanakah sudahnya.... Aku melihat air mata ayah.....air mata yang penuh tanda tanya...

Setelah perkembumian selesai aku pulang ke rumah. Ada banyak soalan dan jawapan yang aku ada, ada banyak ilham sering mendatang. Dua hari kemudian aku talipon abang sulungku " long, aku ada pakai duit ayah dulu, aku nak pulang balik" itulah kata kataku. ....Kata kataku itu membuat semua adik beradik menyusun langkah yang sama sebelum urusan harta pusaka....................

Hari demi hari berlalu, apakah masih ada hubungan anak dan ayah ? Adakah hanya menunggu saat kenduri arwah ? Itulah yang aku berpesan kepada anak anakku. Hubungan itu tidak akan putus sampai bila bila, setiap kali solat doalanlah kepada ibubapa..... Mereka bukan meminta nasi atau pakaian untuk dipakai tapi doakanlah samaada untuk mereka yang masih hidup atau yang sudah meninggal....

gambar hiasan

3 comments:

Queenie said...

duh! sedihnya...teringat pada arwah ayah saya...

dulu arwah ada berpesan, takyah wat kenduri arwah utk dia sebab tak sampai (kepadanya), dia dah bawa amalan dia sendiri, cuma mengharap doa anak yg soleh jer..tu kata dia.

tp demi menjaga hati emak, kami buat juga...kini kedua2nya dah tiada, saya masih merenung tiap kata pesan yg ayah tinggalkan, apakah makna disebalik suruhan dan larangannya...

timekasih ata sperkongsian ini PM, moga kesihatan anda bertambah baik dari masa kesemasa ya..

Panglima Muda said...

terima kasih kerana sudi membaca

Samsiah Abd Shukor said...

pertama kali saya masuk blog pm. suka dgn cara tulisan pm. teruskan menulis.

-salam takziah. semoga arwah berada dikalangan org beriman