Wednesday, July 31, 2013

Main Selak Selak

Salam,

Sudah semakin nak beraya. Duit pasti banyak keluar dengan tidak disangka sangka. Namun ada sedikit cerita bertahun tahun pm lihat berlaku...........

Bagi keluarga baru dan keluarga miskin adalah menjadi suatu masalah jika sipengutip hutang datang ke rumah dikala ini. Sepertinyalah kita ini banyak duit dan dapat bonos macam orang kerajaan. Dulu "time" puasa inilah TNB dan JBA datang memotong api dan air. Sekarang ini pula surat lawyer berterbangan datang menuntut hutang, bank bank pun pandai talipon suruh bayar duit rumah awal awal. Belum lagi kereta, indah water, corts, singer , celcom, TM dan macam macam lagi.



" Selamat pagi Encik, saya ini dari pejabat lawyer" begitulah katanya. Ada yang gertak nak blacklist kita, nak tahan gaji kita, nak bagi tau bank negara.........Namun semua ini adalah siaran berbayar.......Budak budak itu diupah bercakap macam macam untuk memberi tekanan dan ketakutan yang melampau. Akhirnya ada yang buta buta bayar dan melupakan soal raya mereka tahun ini.

Hutang adalah benda biasa, tidak ramai yang boleh beli tunai walaupun untuk persiapan perkahwinan. Nak kahwin kena pinjam bank, nak raya kena pinjam bank. Bank pun buat tawaran gila gila jugak. Siapa yang pinjam dia punya pasal. Kalau tak ada peminjam bagaimana bank nak hidup, cukai kerajaan pun jalan jugak.

Pinjam Along, tak usah ceritalah. Dalam suka tak suka ada juga yang pergi meminjam along tapi takkan nak beritahu orang. Malulah.....betul tak kak. Seorang kakak melayu pm jumpa di pejabat along beberapa tahun yang lalu. Pm dengar dia menjawab panggilan anaknya " emak kat bank ni" katanya.... Bohonglah tu... tapi susah kita siapa nak bantu kalau kita tidak pandai korek sana sini dengan kepakaran kita. Orang lain pandai cakaplah" apa pasal bil api kau banyak, kenapa tak bayar sikit sikit". Sedap sahaja bunyinya. Dia tidak tahu ke hidup ini bagai selimut pendek. Tutup atas terbuka yang bawah, tutup bawah terbuka yang atas.


Masa anak pm kecil kecil dulu keadaan seperti ini sudah ditempuh, namun masih ada orang yang baik hati hulur sikit sikit buat belanja. Yalah nak beli baju melayu untuk 4 orang anak lelaki dan 1 baju kurung untuk anak perempuan. Belum masuk lagi kasutnya dan tambang bas balik ke kampung. Emakbapak pakailah baju tahun lepas, tangan bini pulak bogel je tidak ada emas walaupun sejanggut udang. Bila balik kampung, orang pakat jeling je selepas tu bunyilah sok sek sok sek....Mengatalah tu....." Isteri adalah lambang keupayaan suami"


"Jangan bersedih" itulah nasihat orang...............Betapa berat mata memandang, beratlah lagi bahu memikul.......


Tuesday, July 30, 2013

Melawan Arus Di Persimpangan

Salam,

Hari hari tenguk TV waktu sahur. TV tu asyik ulang cakap ustaz tu sahaja. Biasanya juga pasal anak mendurhaka dan yang paling suka orang perempuan tenguk adalah pasal nikah kahwin. Semua perkara tembak suamilah. Suami tak adil, suami dayus, tidak memberi makanan halal kepada anak isteri dan yang lebih lebihnya adalah suami yang tidak pandai melayan isteri. Tidak berani aku komen sebab ustaz tu cakap ikut buku. Baru baru ni dia ada cakap " dah tua tua nak bercinta lagi ke, tak usahlah.... jagalah bini yang ada tu... Suka sangat orang perempuan dengar, apatah lagi tentang komen komen laki ni. Kalaulah begitu gamaknya, payah benoooooo agama Islam ni ya. . 



Sebelum ni ada jugak ustaz sebut pasal poligami. Banyak orang suka ustaz ni sebab dia kata kalau nak kahwin boleh tapi kenalah adil. Nak bagi bini main ribu ribu juga. Last last dia senyap je.....tau tau dia bernikah lagi dengan sorang anak dara yang baik punya. Dah lama tak tenguk mukanya dalam TV.

Bercakap pasal benda ini banyaklah orang marah. Marah kerana orang lelaki gatal sangat bagaikan tidak cukup cukup. Mungkin kita kena ikut macam negeri China, semuanya kena jadi SIDA.... Ha ha ha ha...


Waktu dulu dulu juga ada guru guru agama datang ke kampung berdakwah dan mengajar. Ada pakcik pakcik tu offer pulak anak dara dia. Jadi tok guru ni nak tolak ke ? Tentulah pakcik pakcik ni suka sebab tok guru ini dipercayai berlaku adil kepada isteri..... Ha ha ha ha...Korang yang lain tidak boleh dipercayai.

Sebenarnya manusia sedang berperang dengan lumrah alam. Air dari bukit turun ke bawah dan kemudian hendak pula dialirkan cara songsang. Lelaki nak jadi perempuan , manakala perempuan nak jadi lelaki. Benda benda terbalik dan tidak mengikut peraturan ini menyebabkan kebinasaan yang teruk. Andainya perempuan ada kejadian seperti lelaki bagaimana pula caranya ya ? Sebenarnya korang terlupa bahawa korang sedang mempertikaikan keadilan tuhan atau datangnya buruk sangka. Wallahualam

Monday, July 29, 2013

Hikayat Orang Tak Pernah Salah

Salam

Cerita Pertama

Seorang perempuan Arab bersama anak lelakinya yang berada di lobby hotel sambil menunggu bas. Anak lelakinya dibiarkannya bermain main di kawasan lobby menolak nolak trolly budak Bellman. Entah bagaimana trolly itu telah melanggar pasu bunga dan menyebabkan pecah. Pihak hotel menuntut ganti rugi bagi kerosakan pada pasu itu. Perempuan arab itu enggan membayar ganti rugi sebaliknya menyalahkan pihak hotel " kenapa membiarkan anaknya bermain trolly tersebut" 

gambar hiasan

Cerita Ke Dua

Seorang perniaga wanita datang menuntut hutang kepada pelanggannya kerana hutang sudah semakin banyak. Pelanggannya marah kepada si punjual tadi dengan kata " apa pasal kakak  tunjuk kat saya buku barang tu."  Bila dah tunjuk saya belilah katanya .



Cerita Ke Tiga

Sekeluarga Arab telah check in ke hotel. Selepas masuk ke bilik mereka keluar pergi membeli belah. Manakala Anak anaknya dibiarkan di dalam hotel. Anak anak arab ini telah keluar merayau rayau dipersekitaran hotel sehingga ke kawasan kolam renang. Salah seorangnya terjatuh ketika mandi manda. Berita kejadian itu telah sampai ke telinga keluarga mereka. Emak bapaknya datang sambil marah marah dan persoalkan kenapa pihak hotel tidak bertanggung jawab serta menjaga anaknya. 


Cerita Ke Empat

Sepasang kekasih telah lama bercinta sehingga terlanjur dan mengandung. Ibu bapa perempuan telah datang menyerang keluarga lelaki dengan kata " kenapa kau biarkan anak kau buntingkan anak aku "


Cerita Ke lima

Seorang lelaki Arab melanggan pelacur ke biliknya. Sehingga di waktu pagi beliau tidak mahu melepaskan pelacur itu keluar. Keadaan ini menyebabkan bapak ayam menjadi marah dan datang menyerang ke hotel. Pihak hotel telah dipersalahkan oleh lelaki Arab itu dengan kata 'saya tinggal di hotel kamu, kamu kena pastikan keselamatan saya "


Saturday, July 27, 2013

Baju Baru Di Rumah Baru

Salam.........................

Khamis lalu, Mak Usu bersahur di rumahnya, itulah sahur yang bermakna baginya sebelum ke masjid. Petangnya mak usu dapat memakai baju baru penuh wangi wangian. Ramai orang mengantar Mak Usu ke sana dan malamnya mak usu tidak perlu bersolat terawih lagi kerana dia telah berpindah ke rumah baru.


Inilah gambar Mak Usu yang aku ambil tahun lalu. Dia nampak sihat. Tahun ini dia ada talipon aku dan memberitahu  bahawa dia hendak membuat umrah lagi. Rajin benar dia ke sana. Dia suruh aku doakan dia sihat dan selamat sampai ke sana. Lepas ini Mak Usu tak perlu pergi umrah lagi dan juga tidak sempat melihat aku pergi umrah.

Jam 2.18 petang Khamis lalu, aku sampai ke Hospital Ampang. Waktu duduk di dalam bilik menunggu doktor datang memaklumkan bahawa mereka hanya ada 20 minit untuk usaha yang terakhir. Sepertinya Mak Usu menunggu aku datang dan kemudian pergi meninggalkan kami semua dalam seribu kenangan. Alfatihah...........

Thursday, July 25, 2013

Cinta Di Hujung Senja

Salam ,

Pm terpanggil lagi untuk menceritakan kisah ini. Kisah biasa tetapi janganlah ada orang mengambil hati dengan sebutan perkataan pm ini....

Dah lebih 10 tahun masa berlalu, zaman itu adalah zaman kegemilangan yang mana hidup penuh dengan kekotoran masyarakat. Di suatu pagi pm dapat panggilan talipon dari Balai Polis Jalan Bandar yang sekarang dah jadi balai polis trafik. Seorang ibu tunggal meminta pertolongan pm untuk melepaskannnya kerana TERCEKUP dengan seorang budak lelaki india. Pm buat pekak sahaja kerana tidak mahu mencampuri urusan yang boleh menyusahkan badan. Entah macam mana si janda itu terlepas juga akhirnya.

gambar hiasan

Selepas dari peristiwa itu pm jumpa seorang lelaki gemuk di tepi warung dan mengaku sebagai duda kepada si janda itu. Rupa rupanya kerja memerangkap janda itu adalah hasil dari intipan bekas suaminya. Dengan izin Allah selepas itu si janda ini murah rezekinya dan kemudian di naikkan pangkat. Hari hari beliau berpakain cantik, dan apabila bekerja pula memakai kot hitam. Baju kebaya dipakai semakinlah ketatnya sehingga menimbulkan segala anugerah Allah Suaranya pula mulai lantang almaklumlah zaman kegemilangan.



Seorang dari kenalan pm telah tersangkut kepada janda itu. Tua sama tua apalah orang kisah. Tapi kenalan pm ini kaki pembohong dan mengaku bahwa beliau ini anak datuk. Biasalah kalau dah anak datuk siapa yang tak mahu. Dalam masa yang sama ada lagi seorang lelaki tua di tempat kerja pm yang tersangkut dengan janda itu. Maka setiap hari adalah sahaja cerita menarik lantaran cemburu dan iri hati. Dia ni kata kawan kita tu " pencuci mangkuk" Orang ini kata dia juga pencuci mangkuk. Rupanya cinta orang tua lebih dahsyat dan sangat hebat sampai nak bunuh MEMBUNOH.



Kuasa Allah melebihi segalanya, orang tua yang syok dengan janda itu kemudiannya meninggal dunia secara mengejut di tepi jalan akibat jatuh. Manakala kawan pm yang mengaku anak datuk telah selamat bernikah dengan janda itu namun usianya tak panjang juga. Dia pun meninggal dunia juga dan meninggal janda itu terus menjadi janda....

Kesimpulannya bukanlah hina hidup sebagai janda akan tetapi berjaga jagalah diri. Di dalam mengharungi kehidupan ini hukum agama hendaklah dijaga juga. Kecantikkan , kegemilangan tidak kekal lama, kita ini akan beransur tua meninggalkan cerita pengalaman kepada anak cucu. 

Wednesday, July 24, 2013

Hikayat Orang Kampung

Salam.........

Di tengah tengah mula merasai semangat berhari raya, pm diselubungi ingatan keresahan. Anak yang sudah besar besar masih lagi pm fikirkan. Kata orang di dalam setandan pisang tidaklah semunya baik. Tapi itu pisang, pisang tidaklah sama dengan manusia yang berakal ini.



Seorang anak pm yang dikira baru hendak memulakan kehidupan ini didapati tidak menentu pekerjaannya. Nasibnya tidak begitu baik walaupun pm berusaha membantunya. Dia ini asyik terniaya sahaja dan hasil dari tekanan itu beliau berhenti kerja. Sebagai bapak kita ini hanya boleh memberi jalan, sebaliknya dia semistinya mempunya kekuatan tersendiri. Namun jika bekerja dan dapat gaji tidak menentu dan lewat tentulah kena ikhtiar cari pekerjaan lain. Sudah banyak cerita mengenai setengah setengah company memakan kudrat orang secara percuma dan kemudian kasi bungkus tanpa membayar gaji.

Memandang kepada keadaan anak pm membuat pm melihat orang bawahan pm. Mereka agak selesa walaupun sudah tua. Rupa rupanya semakin tua semakin nak senang dan semakin teruk karenahnya mengalahkan budak budak. Waktu raya inilah orang tua tua meroyan jadi budak budak yang tak pasal pasal "absent" dan menangis di malam raya.  Pernah disatu malam raya pm dapat panggilan talipon dari salah seorang isteri pekerja memberitahu bahawa suaminya sakit kena sampuk dan tidak dapat datang bekerja. Begitulah, orang yang tak ada kerja sibuk mencari kerja manakala orang yang sudah mempunyai kerja pula suka membuat benda yang bukan bukan. Sekarang ini suami orang itu sudah tidak kena sampuk lagi kerana sudah meninggal dunia......innalillah hiwaina ilaihi roo jiunn.


Sekarang ini pm tengah sangat sangat bersabooo dan belumlah masuk antu lagi. Bulan puasa ini bulan yang berkat dan penuh hikmah. Kata orang janganlah kita berburuk sangka kepada Allah kerana tiap tiap sesuatu terjadi tentu ada kebaikannya. Wallah hualam.......

Kepada mereka yang berada di luar sana pm nak nasihat jangan buat kerja kartun dan jadi pemalas . Ada orang berhenti kerja semasa nak raya ni dan selepas raya mereka cari kerja balik....Ada yang ttidak bekerja di sepanjang bulan puasa ini...Itulah manusia

Tuesday, July 23, 2013

Jin Mata Satu

Salam......

Kalau tahun dulu dulu, time ni orang sibuk sangat buat kueh raya atau menyusur di tepi sungat berdekatan Masjid India. Hari ini macam biasa je... Tempah kueh pun tidak, beli kain langsir juga tidak, beli baju raya juga tidak. Selamba sangat......


Sebenarnya raya ni untuk budak budak je. Dia orang je yang seronok kerana dapat benda baru baru. Kita ini sudah selalu sangat rayanya. Asal dapat duit gaji kira kita rayalah, masa itu boleh beli apa suka. Maka kita dah baisa simple simple. Pakai baju t'shirt dan kain pelikat pun dah kira raya dah. Lagipun raya tu bukanlah lama sangat, setakat pagi tu pergi sembahyang, balik sembahyang melawat kubur dan lepas tu makan makan makan makan makan......abihlah raya tu di depan TV...


Zaman ini manalah ada orang suka kunjung mengunjung....Asyik beraya di rumah sendiri sesama anak beranak. Maleh nak jalan jalan berheret heret dengan anak anak. Yang terima tetamupun macam ikhlas tak ikhlas je. Tambah lagi menu tiap tiap rumah adalah kueh yang sama. Rupa lain lain tapi rasanya serupa je. Kalau nak beli yang sedap sedap tentu harganya mahal dan kalau dah sedap dan mahal, maka makan sendirlah.... Mana yang tak sedap itu bagilah orang makan ......

Seperti biasa setelah berpenat makan, kita pakat tidur terbungkang di petang raya. Kenyang sesangat kerana membalas dendam sebab sebulan berpuasa. Itulah hakikat raya masa kini yang mana ostad ostad kena perbetulkan.....Malam nanti ada pulak pesta jantan betina....emak bpak tak marah... maklumlah RAYE.....

Monday, July 22, 2013

RELAKAN AKU PERGI......

Salam........

Pagi tadi seorang pekerja bertemu saya di jalanan. " Saya tak cuti raya tahun ni encik " katanya. " Cuti pendek pendek ni macam ni macam tak bermakna bagi saya " tambahnya lagi. Benar juga katanya, itulah nasib dia. Orang orang yang bekerja swasta nasibnya agak berlainan dengan orang kerja kerajaan. Cuti begitu terhad, berlaga laga shift, bersaing sesama sendiri, lebih lebih lagi kalau di tempat kerja itu tiada orang yang bukan melayu. Bagi pasukan yang beruniform pula baik kerajaan ataupun swasta, tak boleh nak katalah. Kena kerjalah walaupun hati tidak merelakan.


Waktu  dulu, pm memang tidak tahu hargai hari raya. Perasaan kecewa pm terhadap seseorang menyebabkan pm sering berada di tempat kerja atau di perantauan. Kadang kala sudah tiga hari raya berlalu barulah pm balik ke kampung. Tak usah tanyalah pasal ketupat lemang yang sudah lama terkubur di dalam jamban. Adakalanya bekerja shift malam di malam raya. Pagi esoknya orang sibuk pergi solat hari raya di masjid, pm sibuk tarik selimut dengan ucapan selmat hari raya. Raya best atau tidur kerana sangat mengantuk lagi best. Yang peliknya ada budak India yang cuti pada hari raya, bos pulak kasi tu....



Bila sudah berumah tangga, kena cuti rayalah. Bagai nak mati memohon, photostat tiket bas sebagai bukti. Itupun kira nasib dan terasa sakit hati bila hidup kita ini diatur orang. Orang berhari raya seronok, kita berhari raya dengan fikiran berbelah bagi. Maklum, anak ramai, gaji pulak kecik. Kalau dalam poket tu ada seratus atau dua ratus, tak raya lagilah baik. Baju melayu 3 tahun sudahpun masih kena pakai ....

.

Ada kawan bangsa asing cakap ' lebih baik cutilah" Betullah tu, raya bukanlah selalu setahun dua kali. Di sebelah selatan ni raya puasa memang meriah, masa tu kalau nak jumpa sadudara mara memang senang. Kita tak pergi rumah dia orangpun , dia orang pun tak kisah, dia orang datang jugak ke rumah kita. Datanglah, ziarahlah, makanlah walaupun menunya serupa...

Kepada adik kakak dan abang abang di luar sana, kalau berpeluang cuti raya, ambiklah cuti raya. Kerja kat opis tak pernah abis dan sentiasa ada. Balik cuti raya kerjapun nanti bakal bertimbun jugak. Yang kerja tukang cuci sekalipun, eloklah cuti. Suruhlah budak budak india ke, myamar ke bangla ke buat kerja kita. Tak kan bangunan kotor sangat kalau kita tak ada, tak kan bangunan runtuh dengan sebab kita tidak menjadi penunggu di sana. Yang jadi tukang masak sekalipun tak kan dapur tak berasap sebab kita tak ada..........



Sekarang ini adalah masanya untuk menghantar borang cuti.....bagilah bos sign. Borang cuti anak anak buah pm semua pm dah sign, jadual waktupun sudah disiapkan...Siapa yang tak bercuti kena standby buat overtime sebab di hari raya memang banyak penyakit manusia...........




Thursday, July 18, 2013

APABILA BUMI DIBELAH BELAH

Salam.......

Sungguh menakutkan apabila saya melihat bumi bergegar. Bangunan runtuh berkecai satu persatu manakala mayat bergelimpangan. Tsunami melanda mengakibatkan air laut naik ke darat, dikala itu saya merasakan gigi air mencecah kaki saya.



Saya kemudiannya menaiki bot dimana bot tersebut terus dilambung lambung. Menghempas kami semula ke darat dan menggelunsur menuruni bukit sehingga ke bawah. Saya melihat manusia yang cedera. Saya mahu menggunakan handphone saya tetapi dilarang oleh orang sekeliling. Saya terus berdegil mendial dimana hanphone tersebut tiba tiba tercampak bertaburan, baterinya cair seperti didihkan. Cermin mata saya jugatercampak dan pecah di atas lantai.............



Seorang lelaki budiman mendekati saya memberi cermin mata baru untuk saya................Itulah mimpi saya semalam.....


Wednesday, July 17, 2013

Kemaluan Yang Besar

Salam,

Seorang pakcik tua pm jumpa kelmarin dan memaklumkan bahawa beliau tidak boleh puasa dengan alasan bahagian ususnya telah dibedah semenjak tahun 1998. Atas sebab itu pakcik tu tidak boleh lapar dan sentisa kena ada makanan. Terlanjur itu juga pm pun ada "cakap" bahawa pm ada mengalami luka dalam perut sebanyak tiga tempat tapi pm puasa jugak.



Bukan sahaja pakcik itu tapi juga ada beberapa orang yang lain yang sama sama sedap mentekedarah di kantin semalam. Pihak majikan buat don't know saja sebab majikan non muslim , manakala orang orang islam yang lain turut menjadi batu menenguk. Tukang masak cina cakap " saya tak mahu campur , itu urusan lu orang sama lu orang punya tuhan"

Begitulah jika undang undang tidak dikuatkuasakan, bila soal agama dipandang rengan oleh masyarakat dan tidak ada orang yang berani tegur menegur. Tapi soal nak balik awal 4.30 petang dengan sebab nak berbuka, boleh pulak diketengahkan. Jika tidak boleh puasa carilah tempat berlindung untuk makan, hormatlah sedikit orang yang berpuasa. Tapi mereka memang tidak tahu malu menunjukkan kemaluan di khalayak ramai. Bagi tukang melayu pulak sama sama dapat dosa share sebab memberi makan orang Islam di siang hari. 



Sungguh benarlah kubur masing masing tapi siapa nak tolong untuk masukkan ke kubur nanti ? Ah chong. Ah Meng, Murugan......? Yang nak tolong masukkan ke kubur adalah orang orang Islam, yang akan mendoakan juga adalah orang Islam dan bukan dengan hanya mengetuk tempurung boleh menghapuskan dosa. 



Jika yang buat perangai adalah orang muda , budak budak bolehlah dikatakan kurang akal, tapi  yang buat perangai ini adalah orang tua yang dah senja.............

Tuesday, July 16, 2013

Tak Tumbuh Tak Melata

Salam.....

Anda berpuasa hari ini ? Mudahan pertarungan ini berterusan sehingga ke penghujungnya.


Pada hari puasa pertama, lagu raya telah berdendang di kedai kedai. Marah benar pm mendengarnya, rasa sakit hatipun ada. Mereka telah mula menanam semangat bershoping raya katak rupanya. Hari pertama itu, pm melihat motor menderum laju waktu berbuka... nak cepatlah tu... lapar sangat gamaknya.

Kita semua fikir rasa seronok sahaja. Ya lah, yang berniaga seronok berniaga walaupun rasa masakan tak sesedap mana. Bungkusan yang dulu besar besar kini jadi kecil dengan nilaian harga berdentum. Tukang jahit pula sambil tidur termimpi mimpi kerana marathon memburu waktu...Baju dijahit mahu segera disiapkan sekurang kurangnya sehari sebelum raya. Malam raya tolong jangan kacau sebab semua orang balik kampung. Kalau tersalah jahit dan sempit, kira nasib koranglah. Tapi nak pesan masa balik kampung nanti tolong check betul betul baju anda. Kekadangnya sampai di kampung baru perasan baju baru tak bawak...alamat pakai kain batik denga T. shirt ajalah..

Sekarang ini adalah waktu yang baik untuk repair merepair kereta. Tuko tuko ajalah mana yang patut. Kereta baru dan kereta lama sama saja. Kekadang kereta yang baru banyak tersadai di tepi jalan, maklumlah kulit tuan puteri. Kena gesel dengan lalangpun dah membuat tuan punya kereta rasa terkejut.



Apapun bersiap sedialah. Pertama duit poket anda memang habis punya.... untuk beli benda yang bukan bukan dan kueh tunjuk Sampul duit raya kena ada banyak banyak, bebudak sekarang dah tak mau 50 sen.. RM 10 kira dia orang boleh senyum..

Berbalik kepada cerita asal tadi, seperti ustaz cakap, puasa ini adalah untuk mengajar kita menahan hawa nafsu namun bazar ramadhan tetap meriah. Orang berpuasa dan tak puasa sama sama lapoooo. Beli kueh berjenis jenis melambak lambak dan akhirnya " Tak Makan"

Orang berpuasa kenalah sembahyang tapi korang sembahyang terawih aja bagi memenuhkan cerita. Berduyun duyunlah ke masjid sampai ada yang kena kerja shift malam buat alasan tidak boleh masuk pukul 7 malam kerana bertarawih. Sembahyang terawihtu banyak beno pahalanya sampai orang berkejar kejar. Kalau pm kata korang macam budak budak jangan marah. 

Kalau membuat ibadah itu kerana Allah Taala maka tak usahlah cerita pahala lagi, awak tu dah tua...Tidak perlu cerita pasal tawaran apapun. Buatlah dengan ikhlas, ganjaran itu urusan Allah, masuk syurga dan neraka itu pun urusan Allah...



Dalam urusan agama tolong jangan mengkaburi mata orang, jangan buat cerita feeling feeling, jangan cari kesempatan. Tuhan nampak pembohongan anda. Dalam agama telah diatur undang undang tentang dosa pahala, baik buruk, halal haramnya, wajib dan sunat serta harusnya. Jangan nak memandai mandai menambah, mengenakan orang, menjadikan alasan bodoh terhadap orang kafir. " saya tak boleh mari kerja sebab ada sembahyang " perkataan biasalah tu...

Mudah mudahan puasa tahun ini mebentuk kita menjadi insan jujur, memuji Allah, mengikut ajaran rasul dan meninggalkan sifat sifat terkeji insyaallah... wallahualam....

Thursday, July 11, 2013

Hadiah Dari Allah.....

Salam,

Puasa di hari pertama menemukan pm kepada seorang lelaki dari Bali yang baru pulang dari umrah. Kumpulan mereka menjadikan Malaysia sebagai tempat persinggahan sebelum pulang ke Indonesia. Beliau juga pernah pm temui semasa singgah sementara di Malaysia sebelum berangkat ke Mekah tempuh hari.

gambar hiasan

Semalam pm jumpa lelaki ini dalam kebingungan di lobby hotel. Dengan keadaan hampir menitiskan air mata beliau menceritakan betapa sedihnya hatinya melihat isterinya  melabaikan tangan dari bas yang bakal menuju ke lapangan terbang. Dia dan anaknya yang berumur 5 tahun terpaksa bertahan di Malaysia bagi pengurusan gantian passpot yang hilang. Cerita kehilangan passport ada cerita biasa tetapi cerita tentang pihak pengurusan umrah tidak mahu bertanggung jawab adalah luar biasa. Syarikat tour itu hanya memikirkan wang semata mata dan tidak mahu membantu sebalik membiarkan mangsa ini terpinga pinga. Dia bernasib baik kerana ada duit namun duit bukanlah segala galanya. 

Beliau telah menghubungi sepupunya yang berada di Malaysia dan menurut katanya, supupunya akan datang membantu jam 3.00 petang. Pm telah memberi cadangan supaya beliau jangan menunggu kerana lapuran polis perlu dibuat dan kemudian berurusan di kedutaan Indonesia. Seperti biasa orang seperti ini tidak tahu arah tuju di dalam bandar Kuala Lumpur. 



Memikirkan keadaan beliau yang serba tak kena, pm telah menyuruh budak budak pm menghantarnya ke Balai Polis Pelancong dan kemudian pula ke Kedutaan Indonesia. Urusan di sana sangat lambat kerana perlu beratur panjang. Si bapa tidak ada masalah tetapi si anak mendapat masalah dimana passport sementara tidak dapat dikeluarkan kerana anaknya tidak mempunyai dokumen pengesahan. Salinan atau photo copy dokumen perlu dihantar dengan fax dari indonesia. Keadaan menyebabkan beliau kembali ke hotel menemui pm....... Ternyata juga sepupunya lansung tidak kelihatan.....memang bangsat...!!!!!!!

Dalam perbualan kami beliau ada menyebut bahawa apa yang terjadi pada hari ini adalah hadiah dari Allah yang penuh hikmah. Pagi tadi dia di tinggalkan oleh semua jemaah, bas yang membawa jemaah itu pula tidak sampai ke lapangan terbang mengikut jadual mengakibatkan pesawat terlepas. Sehingga ke malam tadi isterinya tidur di klia menunggu waktu pulang...Dia berkata bahawa kita tidak boleh terlalu meminta atau berharap kepada orang dan hikmat seperti ini menjadi pengajaran kepadanya.....

Petang semalam setelah mendapat salinan dokumen anaknya, beliau telah dibawa oleh budak budak pm untuk check in di hotel lain yang jauh lebih murah...

Pengajaran disini memberi erti tentang kekayaan kuasa Allah, manusia dibantunya walaupun berada dimana mana sekalipun. Yang pentingnya kita yakin dan berserah........


Pada hari ini tidak ketahuan nasibnya..... hanya Allah yang tahu....

Wednesday, July 10, 2013

Ah.....Tak Mandi Junub Lagi

Salam............

Tiap kali menjelang bulan puasa tentu banyak kenangannya. Ada yang seronok dan ada yang menyedihkan. Setakat permulaan ini masjid penuhlah....



Waktu petang sehari sebelum ramadhan emak suruh anak anaknya mandi dan memakai baju melayu. Waktu itu tiap tiap malam pakai baju melayu dan baju melayu itu tidak perlu digosok kerana kainnya bukan jenis berkedut. Selesai solat dan makan malam, emak sibuk mengajar anak anaknya niat puasa. Tiap tiap tahun sampai ke tua begini emak selalu tanya anak anak " korang dah niat ke belum ?" Niat puasa kenalah baca kuat kuat bagi dia dengar dan puas hati.



Bila sudah bekerja dan tinggal jauh dari ibubapa, soal mengajar niat ini seperti tradisi pulak. Talipon akan berdering bertanya, almaklumlah sememangnya lupa. Ada seorang tua pm jumpa sedang makan di bulan puasa. Bila ditanya kenapa tak puasa, dia jawab " semalam terlupa niat". Dah tua tua pun masih bengong jugak macam budak budak. 



Berbagai alasan tak puasa kita dengar termasuklah tak mandi junub pagi tadi. Kalau tak mandi junub, tentu tak sembahyang subuhlah pagi tadi.....Kalau tak sembahyang, macam mana pulak rupa puasa sepanjang hari itu. Apa yang kita tahu, petang nanti ada pesta makan dari rumah sampailah ke masjid. Malam ini ramai orang termasuk teruna dara pergi ke masjid. Bukan main seronok solat tarawih ramai ramai tapi sembahyang wajib tinggal buta begitu sahaja.....Balik sembahyang terawih boleh keluar dating sekali....



Bagaimana suasana puasa esok.....hanya allah yang tahu.....

Tuesday, July 9, 2013

Mereka dan Aku

Salam........

Selamat menjalani ibadah puasa  Apa perlu kita buat untuk menyambut puasa itu......Pagi pagi pergi pasar, beli daging lembu untuk masak gulai...Malam ini kita makan besar......Semua adik beradik balik ke kampung....

gambar hiasan

Orang tua tua ada berkata " carik carik bulu ayam, lama lama bercantum juga" Benar benarkah ada carikan itu ? Sebenarnya didikan dari rumah sebumbung itu amatlah berbeza sama sekali. Ada anak anak mendapat ibubapa yang terbaik dan ada pula hidup tidak tentuan. Makan minum, tidur bangunnya bertaburan, usah ditanya dimana belajar maupun soal mandi wajib.......

Anak anak kemudiannya membesar dalam kekalutan dunia. Soal halal haram menjadi serupa, tidak hairanlah kalau ramai yang tidak mahu solat ataupun puasa. Kalaupun pernah terdidik dengan pendidikan agama, masih juga seronok mengikut jalan salah. Contohnya banyak dalam youtube. Semuanya soal iman yang tidak dapat ditipu disebalik serban dan tudung lingkup.....

Sebelum aku merepek panjang elok aku sebut pasal malam ini. Eloklah makan bersama sama, bergembira seperti masa lampau. Segala silap salah maafkanlah, kalau ada hutang piutang adjust adjustlah sikit. Adik beradik ini tidaklah ke mana perginya.... Semoga selamat dan berjaya......


Monday, July 8, 2013

Buah Kau, Buah Aku

Salam.........

Anda masa di sana menunggu entry masuk ? Benarlah bahwa di dalam hidup ini kita berguru kepada pengalaman.

Dengan sebidang tanah punca rezeki, bapak memperjuangkan kehidupan keluarga kami. Bukan hanya pokok pokok getah yang ditoreh tapi juga beberapa pohon buah buahan menjadi kebahagiaan kami sekeluarga. Tidak perlu meminta minta, petik sahaja ambil sahaja apa yang mahu, bapak tak pernah marah. Ada buah buahan seperti durian manggis rambutan dan rambai dijualnya di tepi jalan. Sekali sekala pm menemaninya di tepi jalan, menikmati keseronokkan berjual beli.



Zaman terus berubah, pokok pokok getah tinggal bisu tanpa diuruskan. Musim buah bagai ada dan tiada. Bapak cakap jikalau ada pemimpin yang zalim, buah tidak menjadi dengan cantiknya. Ketika itu ulat di dalam durian sebesar ibu jari. Lagi besar durian , lagi besarlah ulatnya. Durian yang busuk tidak boleh dijual dijadikan pula tempoyak. Satu sudu seringgit tanpa menipu mencampurkannya dengan pisang seperti yang dibuat oleh orang sekarang.

Dunia semakin berputar ketika anak anak sudah berumah tangga. Sekali sekala emak talipon dengan kata " baliklah ke kampung" . Mula mulanya agak rajin balik tapi bila ahli keluarga sudah semakin ramai, rasa tak larat pulak bertarik tarik semasa menaiki bas. Balik kerana cuma nak makan durian dan kemudian adalah mustahil memabawanya balik ke KL kerana pm tidak mempunya kenderaan. Lama kelamaan liat pula nak balik apabila durian tersebut banyak pula warisnya. Biasanya sampai sahaja di kampung,  durian sudahpun dibahagi bahagikan. " ini kau punya, ini aku punya" dan tidak seperti dulu yang mana main kutip siapa yang suka. 



Kemudiannya........cara yang lebih mudah, jangan singgung menyinggung adik beradik. Sesiapa yang ingin mengadap durian dan buah buah lain 6 pokok sorang silakanlah.......Makanlah sampai muntah...Pm akan petik sendiri sebakul atau sebiji dua dari pasar malam di belakang rumah.....Nasiblah jikalau dapat durian elok ataupun busuk........ Kalau busuk, anak anak menangislah dan hanya dapat merasa seulas dua..........

Sunday, July 7, 2013

Hati Seorang Bapa

Salam,

Orang miskin mempunyai impian menjadi kaya, orang kaya mempunyai impian untuk sihat sentiasa, orang sihat pula memilih jalan syurga dan neraka..........

Dahulunya anak anak naik basikal tua bersama bapak ke kebun getah. Bapak tidak mempunyai kenderaan lain kecuali basikal tua itulah untuk ke sana kemari. Anak anak di bawanya di atas palang hadapan atau di bahagian belakang. Sekeping tanah itulah punca rezekinya untuk menyara hidup kami sekeluarga. 


Anak anak yang sudah dewasa membawa nasib masing masing namun masih belum mampu memiliki kereta dan motor. Tidak juga mempu membeli rumah dan terpaksa menyewa rumah orang. Waktu itu sangatlah gawatnya, pm menyewa rumah di Selayang Baru. Separuh dari gaji membayar sewa rumah, manakala separuh lagi untuk membeli barang dapur , membayar hutang, bil air serta api dan juga tambang bas mini untuk berulang alik ke tempat kerja. Cukup atau tidak cukup kenalah dicukup cukupkan.............Adakalanya bil api tertunggak 2-3 bulan, pernah bergelap kerana dipotong, pernah juga air tak ada. Bila orang sebelah seronok tenguk tv dan dapat minum air sejuk dari peti ais, kitapun teringin juga...

Tinggal di Selayang, dekat benar dengan pasar borong. Kalau hendak sedap makan, carilah kepala ikan waktu pagi. Sayur sayur yang murah banyak dijual di tepi jalan. Itupun ada makhluk yang pandai pandai mengutip  sayur terbuang kemudian menjualnya semula. Orang miskin akan ambil apa sahaja untuk hidup. Tahukah anda betapa gembiranya hati seorang bapa yang dapat membawa pulang sebiji durian atau sesikat pisang untuk makanan anak anaknya ?  Hanya itulah yang dia mampu..


bersambung..........

Saturday, July 6, 2013

UMRAH DAN ZIARAH

Salam............,

Hatta bermulalah meeting besar adik hendak berpakat untuk pergi Umrah. Seperti biasa topik utama adalah duit. Tanpa duit kenalah berjalan kaki mengikut jalan darat.


Dalam niat baik itu kebiasaannya kita mendengarlah alasan alasan orang yang tak hendak pergi. Ada orang cakap belum sampai seru, ada orang cakap tak nak pergi sebab banyak dosa, banyak sembahyang tertinggal. Ada yang kata hutang kena bayo dulu. Ada yang cakap tak sanggup tinggal anak kerana bimbang anak hisap rokok bercampur budak budak nakal. Ada yang kata suami tak izinkan. Ada yang kata lebih baik pergi haji dulu dan kemudian umrah....Begitulah akal manusia yang terlalu cerdik dan lebih pandai sikit dari unta.

Untuk berhabis duit pergi ke Medan dan Bandong tidak pula menunggu serunya. Kalau ke Thailand lagilah berseru seru rasanya...Tapi kalau hendak ke Mekah banyak pulak perasaan cekadaknya.....lainlah kalau uzur beno dan duit tidak cukup.

Betullah kata orang kubur masing masing, dalam setengah hal tak usah bercakap, nanti orang tersingung dan marah. Siapa nak pergi , silalah tapi jangan babitkan orang yang dah memang tak hendak. Sebenarnya kita ini sibuk dan banyak urusan anak bini, banyak yang menghalang dan halangan yang sikit sikit itu terasa besar sangat rasanya. 



Mudah mudahan Allah memberi keampunan kepada kita semua. Amin.......

Wednesday, July 3, 2013

Ibu Mertuaku......

Salam,

Kerana kejadian wanita itu bermulanya dari "perasaan," tentu sekali kehidupannya penuh bunga bungaan. Mereka menjadi gadis yang cantik dan seorang ibu yang baik tetapi belum tentu boleh menjadi ibu mertua yang terbaik.....................................



Anda sebagai seorang menantu perempuan belum tentu berada di dalam keadaan selesa. Dengan ketidak kemampuan suami atau kerana atas sebab sebab tertentu , anda memulakan hari keindahan anda di rumah suami anda bersama seluruh keluarga mereka. Dari hari pertama, kedua ke tiga dan seterusnya, kemanisan tidak terus berkekalan. Tidak kira anda siapa, seorang peguam, pekerja kilang, ustazah atau juga cikgu, anda tetaplah menantu yang menjadi orang asing dalam segala bentuk. Apa sahaja anda buat dan lakukan,  tidak akan terlepas dari pandangan. Jangan mimpilah untuk bergurau gurau dengan suami atau baring baring diatas pangkuan di hadapan TV seperti dalam filem melayu.



Jika suami anda adalah anak emas, anda akan berpeluang menikmati sedikit kebahagiaan. Jika suami anda mudah dapat duit dari ibunya walaupun dia tidak bekerja, anda juga dikira bernasib baik. Jika anda mengandung dan bersalin, ibu mertua anda dengan senang dan bersedia untuk membantu. Suami anda tidak perlu membeli barang barang dapur dan segala perbelanjaan seperti minyak motor dan kereta serta duit rokok mendapat sumbangan dari ibubapanya. 

Jika anda kelihatan sedikit berkempuan manakala suami anda adalah anak perak atau gangsa, nasib anda akan lebih mencabar lagi. Jika anda menjadi bendahari memegang duit suami anda, anda akan dipersoalkan. Makan minum suami anda , pakaian suami anda, kesibukan suami anda adalah persoalan ibu mertua anda. Dalam tidak sedar anda tidak tahu bahawa kelebihan anda menjadi saingan kepada ibu mertua. Ingatlah bahawa orang yang lebih tua tidak suka disaingi. " anak aku, aku lebih tahu tentangnya" itulah kata kata yang akan anda dengar.

Anda perlu tahu, di dalam rumah itu bukan hanya ada persaingan anak emas dan perak tetapi juga akan ada persaingan cucu. Jangan berkecil hati jika anak anda yang selama ini ditatang telah tidak diperdulikan. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan jangan terlalu lama bermain main di rumah ibu mertua....... get out !!!



Ustaz ustaz di dalam TV belum tentu boleh menasihatkan penonton, buku buku panduan untuk keluarga bahagia belum tentu jadi ikutan. Sedangkan dengan tuhan manusia sanggup durhaka inikan pula dengan aturan dan ajakan manusia..........

Beruntunglah kerana mempunyai ibu mertua yang baik dan beruntunglah jika dapat menjadi ibu mertua yang baik. Belajarlah dari pengalaman........

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...