Followers

Saturday, July 27, 2013

Baju Baru Di Rumah Baru

Salam.........................

Khamis lalu, Mak Usu bersahur di rumahnya, itulah sahur yang bermakna baginya sebelum ke masjid. Petangnya mak usu dapat memakai baju baru penuh wangi wangian. Ramai orang mengantar Mak Usu ke sana dan malamnya mak usu tidak perlu bersolat terawih lagi kerana dia telah berpindah ke rumah baru.


Inilah gambar Mak Usu yang aku ambil tahun lalu. Dia nampak sihat. Tahun ini dia ada talipon aku dan memberitahu  bahawa dia hendak membuat umrah lagi. Rajin benar dia ke sana. Dia suruh aku doakan dia sihat dan selamat sampai ke sana. Lepas ini Mak Usu tak perlu pergi umrah lagi dan juga tidak sempat melihat aku pergi umrah.

Jam 2.18 petang Khamis lalu, aku sampai ke Hospital Ampang. Waktu duduk di dalam bilik menunggu doktor datang memaklumkan bahawa mereka hanya ada 20 minit untuk usaha yang terakhir. Sepertinya Mak Usu menunggu aku datang dan kemudian pergi meninggalkan kami semua dalam seribu kenangan. Alfatihah...........

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum pak din lawa jugak arwah ni ya.nak buat mcm mna masa dia dahsmpai kita pun belum tau lagi.sya ni sejak mak dah tak ada mcm hilang semangat hari2 dok ingat kan dia walau pun dah lebih setahun.sama2 lah kita sedekah kan al fatihah kapada arwah.

Marina Monroe @Nanie said...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Alfatihah

ANIM said...

Al fatihah untuk arwah Mak Usu..
lembut dan tenang wajahnya..
meninggal pula di bulan puasa..
mudah2an ditempatkan bersama mereka yang beriman

Azian Elias said...

Inna lillah..semoga dia tenang di sana..

Raudzah Z said...

Alfatihah untuk arwah..semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman..