Followers

Tuesday, July 23, 2013

Jin Mata Satu

Salam......

Kalau tahun dulu dulu, time ni orang sibuk sangat buat kueh raya atau menyusur di tepi sungat berdekatan Masjid India. Hari ini macam biasa je... Tempah kueh pun tidak, beli kain langsir juga tidak, beli baju raya juga tidak. Selamba sangat......


Sebenarnya raya ni untuk budak budak je. Dia orang je yang seronok kerana dapat benda baru baru. Kita ini sudah selalu sangat rayanya. Asal dapat duit gaji kira kita rayalah, masa itu boleh beli apa suka. Maka kita dah baisa simple simple. Pakai baju t'shirt dan kain pelikat pun dah kira raya dah. Lagipun raya tu bukanlah lama sangat, setakat pagi tu pergi sembahyang, balik sembahyang melawat kubur dan lepas tu makan makan makan makan makan......abihlah raya tu di depan TV...


Zaman ini manalah ada orang suka kunjung mengunjung....Asyik beraya di rumah sendiri sesama anak beranak. Maleh nak jalan jalan berheret heret dengan anak anak. Yang terima tetamupun macam ikhlas tak ikhlas je. Tambah lagi menu tiap tiap rumah adalah kueh yang sama. Rupa lain lain tapi rasanya serupa je. Kalau nak beli yang sedap sedap tentu harganya mahal dan kalau dah sedap dan mahal, maka makan sendirlah.... Mana yang tak sedap itu bagilah orang makan ......

Seperti biasa setelah berpenat makan, kita pakat tidur terbungkang di petang raya. Kenyang sesangat kerana membalas dendam sebab sebulan berpuasa. Itulah hakikat raya masa kini yang mana ostad ostad kena perbetulkan.....Malam nanti ada pulak pesta jantan betina....emak bpak tak marah... maklumlah RAYE.....

7 comments:

Sukma Haron said...

har raya lebih kepada budak-budak, kita sebagai orang tua kena bawa anak-anak kenalkan kat sedara mara yang dekat dan jauh.....hehe

JunAina said...

Beraya kat kampung masih lagi meriah, kunjung mengunjungi. Bab juadah raya pulak sekarang ni dah pelbagai tapi biasanya kalau kat tempat saya kebanyakan rumah ada ketupat palas kalau tak ada macam tak rayalah pulak.

JunAina said...
This comment has been removed by the author.
Knor said...

kita kena suka juga..baru le anak semangat..kena le terangkan apa itu raya..raya kat kmpung best le..tapi kmpg udah tak ader...

tenku butang said...

heee.. betui2.. sebenarnya raya ni untuk budak2 jea.. teman pun budak2 lagi.. nak main bunga api leh?hik3

Queenie said...

raya tahun ni saya pun tak buat apa2, minggu lepas kemas2 bekas kuih raya, terjumpa satu balang biskut tak berusik, ntah camner dlm sibuk2 boleh terlepas pandang la pulak, dah selamat masuk tong...

banyak dah benda tak betul yg jadi budaya masa kita raikan raya, ostad ostajah pun sama jer nampaknya...tp depa ada cukup alasan sendiri2 hehehe...

Panglima Muda said...

salam...sambutan yang sangat baik tapi saya macam inilah.. belum bersiap pun