Saturday, August 3, 2013

GILA BINI ORANG

Salam,

Kawanku seorang lelaki bujang. Kelewatan jodohnya hanya kerana dia terlalu leka di zaman mudanya. Zaman mudanya membawanya ke setiap lorong hitam dan putih, mendaki setiap bukit dan puncak gunung dan akhirnya tersedar bahawa ada sesuatu yang kekurangan.

Suatu hari kutemuinya berpayung dengan seorang janda muda di tepi jalan. Aku tersenyum kerana memang tidak disangka sangka bahawa janda yang selama ini menggegarkan tempat kerjaku itu telah tersangkut hati padanya. Gegarannya amat terasa pabila dia berbaju kebaya moden menonjolkan benda benda yang patut patut dan tak patut. Kemampuan orang lelaki hanyalah menelan air lior sambil mencuri pandang. 

gambar hiasan

Perhubungan itu akhirnya sampai ke pintu gerbang perkahwinan setelah bersusah payah menpuh segala dugaaan yang datang. Hasil dari persetujuan abang lelaki janda itu, merekapun bernikah.................Pada suatu hari dia datang berjumpa aku menceritakan sesuatu........." isterinya keluar rumah dan tak pulang pulang".....Hairan sungguh, baru sahaja kahwin dah ada problem. Hari hari seterusnya juga begitu menyebabkan kami menasihatkannya supaya mengadu ke pejabat kadi....

Tidak beberapa lama, isterinya pulang tapi kelakuannya sudah berlainan. Tidurpun sudah membahagi belakang. Payah betul ni.............



Akhirnya terbungkarlah rahsia apabila mengetahui bahawa isterinya itu tersangkut kepada seorang pak aji. Kalau nak dibeza bezakan kawan aku ni lagi hensem dan muda dari pak aji ni. Entah apalah pak aji ni ada, entah apakah benda yang dimiliki oleh pak aji ini sehingga isteri kawan aku berubah hati. Nak katakan kawan aku ini bukan lelaki, pembohonglah....Kegilaan isterinya sangat jelas, sehingga membawa pulang seluar dalam dan sejadah pak aji itu di dalam beg. Hari hari kemudiannya isterinya hilang lagi..........



Tidak beberapa lama kemudian timbullah perkataan TEBUS TALAK.... dan selepas itu tutut Fasah. Kemudian datang pula cerita kononnya kawan aku ini ada pukul bini. Berbagai bagai caralah isterinya hendak melepaskan diri juteru kerna pak aji itu. Akhirnya dengan usaha nafsu itu , lepaslah isterinya tetapi entah kahwin atau tidak dengan pak aji itu tidaklah diketahui.

Kawan aku ini membujang lagi dan kemudian bertemu jodoh dengan seorang gadis pahang. Sekarang dah bahagia dan ada 2 orang anak.

Cerita seperti ini sudah banyak kita dengar. Bukanlah senang untuk menjadi seorang isteri yang baik andainya tidak cukup pendidikan agama. Bukan juga senang menutup mata pandangan jika nafsu melebihi akal. Arwah bapak mertua aku pernah berkata" anak darakan banyak, kenapa digilai bini orang "

Sebenarnya melihat bini orang itu memang seronok, mencinta suami orang juga seronok. Benda yang berlawannan itu banyak sungguh nikmatnya. Waktu itu janganlah hendak ditanya soal hukum hakam. Lagi tua lagilah banyak akalnya.........Ada orang tersangkut kerana budi, ada yang tersangkut kerana suka suka, ada yang tersangkut kerana kasihan. Biar apapun janganlah cakap besar, jangan mencebik mulut mengata orang, jangan sebut apa apa sebab hari itu hari orang, hari kita entah bagaimana nasibnya.......


4 comments:

Azian Elias said...

Macam2 hal.

Azian Elias said...

Macam2 hal.

Ayah Zain said...

salam pak hj

chengmai said...

Tuhan bagi otak boleh fikir mna betul tak betul.kalau perempuan tak bagi titi mcm mna lelaki nak meniti.yg lebai tu memang sah2 tuhan nak menduga iman dia tapi sayang dia tewas dah ada contoh shaitan gagal menggoda nabi adam untuk memakan buah larangan tapi hawa berjaya tak kan tak tau.saya dah banyak ada kawan yg ada laki tapi main kayu tiga kesian tgok laki dia orang kena tipu hidup2 sebab bini pandai berlakun tapi taraf laki tu kan tinggi bila rahsia bocor kena cerai tapi sayang bila dah pegang title jane tak kawin pun dgn kekasih gelap dia pada semua bini2 orang renungkan lah

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...