Followers

Thursday, August 1, 2013

Kakak Payu Dara Besar

Salam......,

Kakak tu aku jumpa hampir setiap malam. Pakaiannya tetap mengikut fesyen Saripah Aini waktu muda. Seperti juga Kajol dalam filem Bollywood bajunya membelah bahagian dada dan menonjolkan aset orang perempuan. Kegelapan malam dalam cahaya yang samar samar telah membutakan mata Sang Lelaki. Lelaki tetap memerhatikan kakak itu iaitu seorang perempuan tua yang didewasakan di lorong hitam. 


Aku dengar kakak tu ada anak, ada rumah besar tapi kenapa dia tidak duduk di rumah sahaja ? " Kakak tidak boleh tidur malam " katanya. " Habis tu kakak macam mana" tanyaku padanya. " Beginilah" katanya. Dia terus mengheret kakinya di sepanjang Bukit Bintang, merintasi jalan besar dan lorong mencari pelanggan. Telah tidak kelihatan pelanggan muda kecuali kepada mereka yang sesak sesak. Yang selebihnya adalah orang tua, itupun bukan untuk apa. Hanyalah kerjanya menemani orang minum minum di Bar. 

Malam bulan puasa, malam hari raya tetap sama baginya. Perjalanannya telah jauh dan sukar untuk kembali serta entah dimana penghujungnya. Bukan dia seorang sana, malahan ramai lagi. Ada juga aku dengar telah kembali menjadi manusia setelah bernikah dengan seorang lelaki Indonesia. Aku sendiri melihat kain telekong bergantung di ampaian. Cuma kasihan ibunya kerana tidak ketahuan projek anaknya selama ini.

Di dalam hidup ini juga kita tidak boleh menghitung syurga dan neraka orang. Siapakah kita......

5 comments:

PakcikLie PCL said...

tajuk tu buat sy susah hati nk klik, tp sy pecaya panglima punya entri bukan berbaur sex melampau..hehe.

hakikat dan realiti kehidupan di dunai, bukan kita menentukannya..selebihnya hanya perancang yg termampu dibuat utk menjalaninya.

anyss said...

Assalamualaikum,
Jadi sebahagian dr tanggungjawb sosial kita utk ubah, tapi takat mana kemampuan kita?

Panglima Muda said...

masalah ini berada di depan mata kita. Kita sentiasa menunggu siapa yang mahu mulakan. Sepertinya gotong royong membersihkan kawasan. Kemana perginya wakil rakyat yang kita undi dalam PRU 13

chengmai said...

apa nak buat pak din selagi ada pelanggan selagi tu la dok ada depa ni.renung2kan lah.kita pun tak tau pasai apa depa buat kerja ni.

azieazah said...

Yup. Selagi ada permintaan, penawaran tetap kena wujud juga.

Ada orang sengaja, ada orang terpaksa rela.. tak kurang yang enjoy melakukannya.