Sunday, August 4, 2013

Tangisan Di Tanah Kuburan

Salam.....

Cuti raya telahpun bermula..... Ada yang sudah bertolak balik ke kampung dan ada juga orang masih membilang hari. Hari Raya nan sehari dua itu begitu meriah persiapannya. Kali ini kita bakal mendengar lagi pusara di lebuh raya. Sana sini ada kemalangan, bukan hanya melibatkan bangsa melayu tetapi juga bangsa bangsa lain kerana cuti raya adalah cuti untuk semua.

Seperti biasa di hari raya pertama banyak orang pergi menziarah kuburan. Rata rata kalau ditanya, "pagi pagi pergi melawat kubur dulu" kata mereka. Entah apa nak dibuat di sana. Mungkin masa itulah kesempatannya untuk melawat kubur sana saudara di sana, duduk duduk di tepi kubur ramai ramai sambil membaca surah yassin dan doa, sambil mencabut rumput sehelai dua. Nyatalah sudah lama tidak melihat tanah kuburan. Inilah adalah satu budaya tidak termasuklah bergambar dan menangis di tepi kuburan macam dalam filem...

gambar hiasan

Jika kita menegah atau cakap macam macam, nanti tidak pula orang mahu melawat kubur ibubpa dan saudara maranya. Salah seorang dari pekerja pm pernah meminta kebenaran untuk keluar sebentar melawat kubur ayahnya di pagi raya. Pm tanya " kau nak buat apa di sana" . " Saya nak tuang air mineral 2 botol di sana " katanya. " Kenapa kau nak buta begitu" saya terus bertanya. " Saya tenguk banyak orang tuang air di tanah kubur " katanya lagi.......

Hari ini dia telah menjadi orang lebih cerdik. Dia telah mula menghapal alquran dan berulang alik ke masjid. Dia tidak lagi menuang nuang air di tanah kuburan di hari raya. Jasad di sana tidak memerlukan air lagi. Ibu bapanya tidak menantinya di tepi nensan di setiap hari raya. Yang ada hanyalah jasad yang telah hancur dan batu nensan yang menjadi tanda kenangan. Yang ada hanyalah hiasan yang cantik cantik mengikut kemampuan ahli keluarga. Tapi mereka sebenarnya berada di hati kita dengan perpisahan alam yang sementara. 

Bacalah ayat ayat suci walaupun dimana anda berada, bacalah doa walaupun anda berada di hujung dunia. Perhubungan ibubapa dan anak tidak pernah putusnya....

p/s... sungguh kasihan mereka yang tidak berilmu, mengupah orang mendoakan ibubapanya. Tahlil menjadi perniagaan yang menguntungkan. Satu malam RM 10/-... 30 malam RM 300/-......Sekali upah baca tahlil RM 50/-....Takkan salam tangan dengan imam tangan anda kosong je ?

7 comments:

✿INA AINAA✿ said...

InsyaAllah, nanti saya nak melawat kubur nenek saya.. lama dah tak menziarahi

perjalanan pulang said...

melawatlah...

atuk said...

Salam Ramadhan PM

ramai yg menziarah sambil membaca ayat2 suci...moga pahalanya sampai kepada Allahyarham

PCL said...

teguran sinis yg membina...benarlah budaya ikutan semakin menjadi, sebaiknya jadikanlah ia sempurna ...jika tidak berdoa dari jauh itu lebih bermakna.

Unknown said...

sungguh PM..walaupun x dapat melawat yakinlah bahawa kita mmpu menghadiahkan mereka doa dan ayat2 suci al-Quran..=)

azieazah said...

Sungguh besar ujian dan dugaan bagi orang yang sebebgitu, tapi duit banyak. Kemudian tak faham konsep pula.

Doalah setiap kali lepas solat, tak kira samada kita sempat ke kubur atau tidak.

Seorang anak buah saya selalu desak kami mak-mak sedara lawat kubur arwah nenek (mak kami). Saya kata, tak wajib pun ziarah kubur, tapi doa kena selalu.

chengmai said...

Betul bagai dikata doa dari mana pun sampai juga tapi harus di ingat bila ada masa pii la melawat kubur tu tak payah tunggu raya bukan apa takut naik hutan batu nesan tumbang tanah pun mendap.dalam dok selalu pi pun tgok2 ada tanah mendap.renung2kan lah

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...