Wednesday, August 21, 2013

Ubat Paling Mujarab

Salam,

Di sana sini masih banyak rumah terbuka sempena Hari Raya Puasa. Ada yang meraikan di dalam pejabat dan dewan dan tidak kurang juga membuat khemah di luar rumah. Hari ini pm nak sebut berkenaan anak anak kita yang baik baik belaka.

Anak disebut juga sebagai cahaya mata. Pada hari raya anak anak juga menjadi sumber rezeki emak bapak yang menumpang duit raya. Adakah anda memantau kelakuan anak anak anda di rumah orang atau di hadapan tetamu ?


Kehidupan moden banyak membiarkan anak anak membuat sesuka hati. Emak bapak tidak pernah pukul ataupun jentik kerana terlalu memanjakan mereka. Ada budak budak membuat bising di hadapan tetamu, ada yang menangis melalak menunjukkan perangai. Emak bapaknya diam sahaja. Ada yang menconteng dinding rumah orang, memecah pinggan mangkuk, menabur nabur kueh raya ke dalam longkang, merosakkan kusyen tempat duduk, bermain dengan hiasan rumah orang, mencalar kereta tetamu, bergaduh dengan anak anak tetamu atau tuan rumah. Emak bapaknya membiarkan sahaja....."Biarlah nak buat macam mana, dah perangai budak budak"



Anak anak sebenar mengikut perangai emak bapak. Bagaimana buasnya perangai emak bapak semasa kecil begitulah rupa perangai anaknya masa kini. Bagaimanakah emak bapak kita mengawal kita sebenarnya ?

Senang sahaja....ibu anda mempunyai penyepit asli.....cubit cukup cukup budak tu.. ada cubitan halus yang menyakitkan dan ada cubitan besar dan siap pulas sekali....settle.... Pernah juga emak bapak kita menunggu tetamu pulang dan selepas itu kita kena libas dengan rotan cukup cukup, paling sedap ialah kepala tali pinggang......Berdesup....lain kali budak tu beringat sangat........Lain kali juga tak perlu libas, main jeling sahaja... budak budak sudah bertempiaran lari....Jadinya ubat cara traditional ini cukup bermakna sehinggalah kita ini jadi orang dan boleh sampai ke universiti.....Kalau nak main pujuk pujuk susahlah.....main lempang lagi senang...........



4 comments:

Anaasuria said...

setuju sesangat..
anak2 saya semua hero, memang aktif.. nak pukul salu rasa kesian pulak.. penyudahnya tak berjalan gi umah orang.. tunggu lah dia orang besar sikit, dah berakal nanti baru la boleh nak melawat rumah sedara mara dan jirang tetangga.. tapi kalau mereka bertandang ke rumah, memagn sangat diraikan..

Farah Waheda Wahid said...

paling kurang berkenan bila orang tua bercakap budak pun mulut boleh tahan, berlumba2 nak bercakap...

Sukma said...

kekadang ada budak-budak yang buat perangai macam mak bapak dia jugak...tak kisah...biarkan....
kita sebagai tuan rumah rasa geram jer....tapi apa nak buat takkan nak bising pulak.......huhu

chrngmai said...

setuju sangat memang anak2 zaman sekarang macam tu la perangai nya tapi kita sebagai mak bapak kena la pantau anak kita.nasib baik anak saya tak macam tu sebab saya dah latih dari kecik.zaman saya kecik lagi teruk bila jiran datang je kalau kita masih tak beredar mak saya cuma jeling je saya dah faham.sebab sabelum tu dah di bagi amaran.itu yg saya buat pada anak saya tak pernah pun saya pukul.renung2kan lah.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...