Followers

Tuesday, September 17, 2013

Dari Hati Ke Hati

Salam...........

Petang semalam tak hujan, aku balik agak lewat semalam sehingga aku temui ahli meyuarat tingkap di hadapan rumahku....


Inilah yang berlaku pada hari cuti di setiap hujung minggu. Walaupun kita tidak membuka rumah kebajikan namun perkumpulan seperti ini berada di mana mana. Gossip yang keluar mengalahkan surat khabar kerana berita berita terkini agak lewat jika tidak ada ahli mesuyarat tingkap.

Apakah peranan ahli mesyuarat tingkap :

1. Menyampaikan berita terkini
2. Ziarah menziarahi jiran
3. Menolong jiran tetangga
4. Pesta makan makan
5. Promosi barang jualan
6. Cebik bibir mengutuk.

Dalam hidup bermasyarakat ini cikgu aku pernah berkata. " Kau nak buat baik, perdulikan apa orang kata" Betullah tu... Dalam hidup ini kita sangat berkira, nak bersedekahpun kita berkira. Tapi kalau hidup terlampau pemurahpun tak boleh jugak kerana ada pula manusia yang mengambil ksempatan......

" Kakak, ada buat teh tarik tak , teh tarik kakak sedaplah " begitulah suara suara sumbang waktu maghrib. Adakalanya kita bagilah jugak sebab dia dah puji " sedap". Tapi kalau fikir fikir susu dah naik harga tentu jawapan kita sudah bertukar bunyinya.

Kepada orang perempuan di luar sana aku nak pesan bahawa pujian itu racun sebenarnya. " awak nampak cantik dan kuruslah" katanya. Padahal badan tu tak berubahpun, hari hari tala KFC dan MD.

maaf anda jadi model saya

Aku melihat dan hanya mampu tersenyum. Dunia ini tidak pernah habisnya.... Jom jongging bersama pakcik dan makcik ini....


3 comments:

Queenie said...

kat tempat saya ni pun ada AMT - Ahli Mesyuarat Tingkap/Tembok...
saya bersyukur ada alasan yg kukuh utk tidak bercampur dgn mereka malah saya pun ada sebab terbaik utk terpaksa menarik diri dari kumpulan yaasin...bila matlamat telah menghalalkan cara, saya rasa penat sangat!

bg saya peranan awal sangat penting, saya takkan layan benda2 ni semua, biar la apa org nak kata, hari ini mereka tengok saya dalam satu "ruang" yg tersendiri, janji saya bayar yuran yg dikutip oleh surau dan masjid dan tak berat tulang utk kerja2 kemasyarakatan yg berfaedah, yg titik bengik tu saya tolak ketepi jer, mereka memenuhi bangku kosong disebelah rumah saya utk bergossip tapi mereka tak mungkin nampak kelibat saya, mereka tau saya sibuk memasak di dalam dan tak suka diganggu, jadi semua leceh meceh jiran tetangga tertolak dari kepala hehehe...habis cerita.

kalau nak dilayan atau kaalu nak terlalu menjaga perasaan orang, sampai bila?

Panglima Muda said...

alhamdulillah tapi sekali sekala kena joint......

chengmai said...

saya mana ada masa nak bergossip dengan jiran2 pi kerja gelap balik pun dah gelap bila cuti nak la jugak melayan suami buat apa yang patut kalau nak jumpa jiran2 pun masa kenduri kendara itu pun kalau depa mula dok ngumpat saya tak join pun tak biasa.tentang pompuan ni memang suka di puji tapi kita harus pandai menilai pujian itu sama ada ikhlas atau ada maksud yang tersirat renung2kan lah.