Followers

Thursday, September 5, 2013

IBU MERTUAKU DALAM INGATAN

Salam,

Malam tadi pm menonton filem Ibu Mertuaku. Cerita lama yang pm pernah tenguk tapi ingat ingat lupa jalan ceritanya. Malam tadi pm melihat nama pm disebut.....iaitu anak kepada Sabariah itu........


Pembikinan filem adalah pada tahun 1962 iaitu tahun kelahiran pm menyebabkan pm teringat kepada arwah bapak pm. Beliau yang mempunyai suara mirip mirip arwanya P. Ramli yang pernah pm temui baju kot putih, seluar putih dan songkok sengetnya......Rupa rupanya orang tua kita menamakan anak ikut macam filem jugak. 

Tidak banyak pm tau tentang bapak pm tapi dengar khabarnya dia tidak "ngam" dengan arwah nenek. Dengar khabarnya orang dulu dulu kalau orang merantau menumpang tempat orang dikira hina sangat. Manakala orang yang berkampung halaman itu dikira baguslah.

Melihat kepada keadaan bapak yang tinggal berumah di tanah arwah atuk telah menunjukkan bahawa sebenarnya beliau tidak mampu seperti orang lain. Akhirnya beliau membeli kebun getah seluas 7 ekar manakala separuh dari tanah itu dinamakan diatas nama arwah emak pm. Tanda tanya  akhirnya terjawab juga...........Kemampuan suami dilihat melalui isterinya.......................

Walaubagaimanapun................semua perkara telah berlalu. Filem Antara Dua Darjat juga sudah berkali kali ditayangkan. Sememangnya orang dulu dulu adalah orang susah dan kahwin pulak dengan orang senang senang.......................

2 comments:

Kakzakie said...

P Ramlee sgt kreatif dlm membuat cerita. Gambaran pada masyarakat sebenarnya dan kalau diteliti masih ada lagi senario itu hingga kini sebab itu filem dia everlasting sampai PM pun masih suka menonton lagi malam tadi kan..kan..:)

BUNDA a.k.a KN said...

cerita karya yang kreatif...berjaya menyentuh dan meruntun jiwa sesiapa saja yang menonton...