Followers

Sunday, September 15, 2013

Kalau Sudah Jodoh

Salam....................

Rasa macam nak kiamat...... Beberapa hari ini aku melihat musim hujan. Air bertakung di sana sini dan selalu mengajak kita berfikir, nak redah atau tidak. Kalau redah juga, memboboklah air masuk ke dalam kereta. Tidak kiralah kereta baru atau kereta lama....air tetap nak masuk


Pagi Jumaat lalu aku ke KL melalui Jalan Bt, Muda. Cuaca agak baik waktu itu cuma nasib aku yang tidak baik. Entah bagaimana ada batu mengenai cermin tingkap kereta sebelah pemandu. Aku tergamam, entah dari mana pulak datangnya batu itu. Menoleh ke tepi jalan, aku melihat sekumpulan pekerja Indonesia sedang memotong rumput. Pastinya batu itu bertebangan justeru kerana terkena mesin rumput tetapi menghadapi masalah pula tidak tahu siapa punya salah. 



Aku menhan salah salah seorang dari mereka. " Bapak, batu itu dari mana " tanya salah seorang lelaki indon itu. Memangnya kerja bodoh kalau cakap cerita yang tak masuk otak. " Beginilah" kataku...." Saya tidak menyalahkan kamu atau sesiapa atau juga batu itu. saya cuma mahu ganti rugi atau hantar sahaja ke kedai dan ganti cerminnya" kataku lagi. Dia cuba menghubungi bosnya tapi tak dapat. Kemudian beralih kepada penyelianya.......

" Saya demam bang" suara penyelianya jelas melalui talipon. " Habis tu bagaimana kereta saya " aku bertanya lagi. Dia menyuruh aku ke kedai cermin berdekatan berdekatan bulatan pahang segala kos gantian akan ditanggung olehnya. Berbekal kepercayaan aku ke sana dan pemilik kedai itu sepertinya tau tau aku nak datang.

Sedang menunggu sambil minum di kedai tiba tiba aku mendapat panggilan talipon. " Bang saya mungkin terlambat sampai. tolong kasi no account bank " katanya.  Biar betul orang ni....aku sangat risau kalau kalau dia kencing kuat sangat........

Tapi dia buat kerja betul, dan masukkan duit RM 100/- dalam bank. Cermin dah diganti... nampak cantik tapi tak ada tinted pun.....Kalau kena batu alamat berkecai terus..........................


2 comments:

Anonymous said...

Memanglah penyelia atau syarikat tu kerja betul. Masukkan duit nampak amanah sgt sebab penyelia dan syarikat tidak rugi apa2 dgn gantirugi tu. Tau tak sapa yg keluar duit tu sebenarnya? Syarikat akan potong gaji pemotong rumput tu. Klau benarlah memang batu tu disebabkan oleh pemotong rumput berbaloilah tapi kalau disebab punca lain, bukankah meninaya pemotong rumput tu yg pendapatan tak seberapa. Bagi saya setakat 100 lebih baik halalkan sebab pemotong rumput tu lebih susah dari kita..

Panglima Muda said...

setuju dengan pendapat anda tapi saya pasti dengan kerana kumpulan mereka berada di kira kanan jalan. Sifat bertanggung jawab itu saya puji dan hanya bernasib baik kena kereta tapi kalau terkena penunggang motor tentu lebih dahsyat lagi. Lagi satu saya juga tidak suka tanya tentang langkah langkah keselamatan awal mereka seperti di dalam akta 1994 (OSHA). Saya fikirkan kerja di Malaysia begitulah dan tidak perlu terlalu mengikut undang undang. Kalau mengikut undang undang pastilah mereka juga tidak boleh bekerja. Ini soal keselamatan harta awam dan juga orang awam yang lalu lintas. Siapa yang akan bertanggung jawab ? Kerajaan ? Belum lagi soal PPE (Personal protective equipment)