Saturday, September 21, 2013

Mari Jolok Kuat Kuat

Salam.................,

Nak marah siapa ? Nak lempang siapa ?

Dulu emak bapak suruh sekolah...tinggi tingi pun tingkatan 5, paling paling koman timgkatan 6.....lepas  tu keluarlah cari kerja... Yang perempuan menamatkan cita citanya terus kahwin dan beranak pinak.......

Yang lepas SPM semuanya nak kerja kerani sahaja dan paling paling koman jadi kerani jamban. Mintaklah tolong segala saudara mara dan orang orang besar untuk dapat kerja majlis daerah atau pejabat pos. Paling lekeh masuk askarlah...masa tu ada sijil darjah 6 pun dah kira baik....

Kerja kampung dah tak buat dah...menoreh getah menanam padi tinggalkan sahaja kepada orang tua tua. Anak anak yang sudah bekerja akan kirimkan duit tiap tiap bulan...Berniaga pastilah tak mungkin, sebab hanya china di pekan yang buat kerja tu. Setakat berniaga nasi lemak tu , emak kita buatlah.....

Bila indon mula masuk Malaysia, kita dah jadi bos....setakat pecah memecah batu buat bumbung rumah bagi ajalah pada indon. Akhirnya indon pandai buat rumah sendiri yang lebih cantik di hujung kampung. Semua orang buat pekak, majlis daerah pekak, ketua kampung pekak Akhirnya hujung kampung jadi bandar, anak anak kita kerja jadi kuli di kedai indon................................



Masuk pula Bangla......kita suruh kerja di kedai carpet dan kedai minyak. Lama lama kedai carpet jadi kepunyaannya, kekasih hati kita jadi bini dia.....Orang kita ada power dapat lesen juga sebab kita bumiputra.. Ada lesen kita pajak pada Bangla selepas tu orang orang kita marah marah kenapa biarkan Bangla berniaga. Kita pakat berhimpun beramai ramai suruh halau pendatang asing...... Dalam pakat himpun nak halau ada pula pakat pakat nak bawak masuk yang baik punya. Nak amah cantik cantik dan beri gaji lebih besar dari anak dara Malaysia.....

Sekarang Myamar pula....Hari hari kerjanya bergaduh, bunuh sana sini, mabuk tak tentu hala.....perempuan dia berniaga dan buat bandar pula kat sana. Bila kita tanya, " mereka tu semua pekerja" jawab dari orang tak reti tanggung jawab......................



Jangan marah marah bang...tak baik....tanah kita kedai kita, masa depan anak kita....semuanya penjajah dah ajar.... Penjajah ajar kita duduk diam diam sebab hujung tahun ada bonos, tiap tiap bulan ada pencen. Apa susah kata mereka........................betul betul dah jadi pak kaduk.....

Sekarang myamar pun dah cantik cantik dan lawa lawa.....tampal bedak putih sikit


3 comments:

PCL said...

sakit mata tengok depa hidup selesa di negara kita, bukan dengki apa yang depa buat tapi sedih dengan orang kita jadi Tuan yg tak mampu bersuara.

Rubiatul Adawiyah said...

ha.. tu la.. undang2 negara kita tak berkuatkuasa. kalau lah negara kita lebih tegas, xde nya jadi macam tu :)

Kekzamanis said...

Salam Pak Din.. Pertama kali singgah sini.. Menarik tulisan Pak Din ni. Memang banyak betulnya apa yang Pak Din tulis tu.. Orang Melayu kita ni pandai komplen jer, tapi kerja memilih.. Dah dapat keje elok2, pemalas lah pulak.. walaupun negara kita ni dah lama merdeka, tapi kepala otak masih lagi di bawah belenggu penjajah.. Ermm..
UNDIAN IKHLAS ANDA DIPERLUKAN!

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...