Thursday, October 3, 2013

Akal Monyet

Salam...........

Pm berasa kurang senang untuk beberapa minggu ini. Hujung bulan oktober ini ada pihak nak melawat bangunan tempat pm bekerja. Pening kepala memikirkan persiapan....macamlah presiden Amerika nak datang...Dalam sibuk sibuk  begini terdengarlah pula kisah keihlasan dan ketaatan. Bertambah marah lagilah rasanya.......

Ginilah ceritanya.....Ada seorang budak lelaki yang baru sahaja kahwin beberapa bulan lalu denga seorang budak perempuan yang hidupnya yatim piatu. Baguslah nampaknya kerana perbuatannya dikira baiklah tu. Namun justeru kerana dia selalu poket nipis, pengantin perempuan itu hiduplah dengannya di rumah ibunya. pendek kata duduk rumah emaklah............

Nak jadi cerita isterinya mengandunglah anak pertama dan baru baru ini isterinya masuk hospital kerana kurang sihat. Yang pm tak suka dengar adalah dia balik ke rumah meninggalkan isterinya yang sedang muntah teruk di hospital. Kalau balik sekejap tak apalah, kalau sekadar tukar tukar baju tapi dia balik lama sangat. Emak budak lelakipun balik jugaklah kerana nak mengurus suami di rumah.

Kitapun tahu bahawa dekat hospital tu ada nurse dan doktor. Kalau  apa apa hal panggil doktor dan kalau nak kencing panggillah nurse. Kerajaan bayar gaji dia orang. Kitapun tahu bahawa kat hospital ada time melawat. Sebagai suami kita nak datang time melawat sahaja ke ?. Yang si ibu pula, dah tahu menantu tu anak yatim piatu, kita boleh balik rumah jaga laki ke ?

Sebenarnya pm tak sukalah nak menyebuk pasal masalah orang. Ada jugak lebih teruk dari itu. Persoalannya setakat mana perempuan kena thoat kat suami ? Tanya ustaz, tentu dia keluarkan hadis berjela jela....Thoat maksudnya ikut semua cakap suami....sampai tak boleh menunggu bapak atau emak atau menantu yang sakit sakit sakit sakit sakit sangat ?


4 comments:

Queenie said...

apa nak buat PM..isteri berapa rami boleh dicari, emak cuma sorang....
- itu la prinip sesetengah org..nasib la saper yg kawen yg lelaki camtu...mentua camtu...

Bunda_nora said...

saya 3 anak bersalin ke apa ke semua suami uruskan..nak buat camne, duduk diperantauan..bila dah balik menumpang kat umah parents..bersalin lagi, mak lah yang jaga dalam pantang..kene gift n take lah..

perjalanan pulang said...

alhamdulillah kalau anda bernasib baik

chengmai said...

memang isteri wajib taat pada suami kalau suami tak izin kan memang kita tak boleh pergi walau pun ka rumah ibu bapa kita sendiri sabelum kahwin shurga di bawah tapak kaki ibu salepas kahwin beralih ka bawah tapak kaki suami pulak.sebagai suami walau bagaimana pun bertimbang rasa lah kapada isteri kamu jangan jadi kan isteri kamu anak durhaka.renung2kan lah.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...