Sunday, October 6, 2013

Berikan Aku Kebahagiaan

Salam,

Hari Ahad ni pm dapatlah merehatkan kepala dan tak mahu fikirkan benda berat berat. Rupanya otak kita tidak boleh lanyak macam mesin. Bila otak letih fikiran akan berjalan sendiri tanpa kawalan, kita bengong sekejap. Badan letih dan apa bendapun letih. Bila kita cakap dengan orang agama, dia orang suruh kita sembahyang.



Kita sembahyang tapi fikiran kita dok berpusing begitu jugak. Sedar sedar bacaan fatihah dah habis. Tau tau dah sampai sujud dah. Kita tadi dimana ya ?........Samalah juga dengan keadaan orang tak tentu hala, tak tau mana nak tuju. Bila beban kerja sudah meliputi jiwa dan raga akhirnya kita tumbang. Masa tu orang syarikat, orang sebelah buat tak tahu sahaja. Bila dah tumbang terus, siapalah nak hantar beras kat rumah kita ya ?

Kita berehatlah dan cari tempat tenang. Manalah ada tempat tenang ...tolong kasi tau. Adakah berehat di tepi pantai kita akan tenang, adakah duduk duduk dengan anak anak dan bini bini kita akan tenang..?



Yang penting kita melupakan sesuatu yang berat di dalam fikiran kita......Usahalah....dan marilah berdoa semoga Allah memberi kita jalan....

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, anak hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku di (genggaman ) tangan-Mu, telah lewat (dan berlaku ) hukum-Mu kepadaku, ketetapan-Mu padaku adalah adil, Aku memohon kepada-Mu dengan (perantara) seluruh nama-Mu (yang baik), yang telah Engkau sebutkan bagi diri-Mu, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau Engkau ajarkan kepada seorang dari hamba-Mu atau Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, Agar Engkau menjadikan Al-Qur’an sebagai hujan (penyiram) hatiku, cahaya (penerang) dadaku, penghilang kesedihanku, pengusir duka dan kegelisahanku.”


1 comment:

chengmai said...

bukan susah sangat nak cari ketenangan pergi lah ka taman tasik bila kita tengok air di tasik dengan tiupan angin dah tentu tenang,tengok cerita katun ke,bergurau dengan kucing ke,berkebun ke, tapi sabelum tu solat dulu minta pada tuhan agar di tenang kan hati dan lapang kan fikiran kita kalau tak caya cuba dulu
renung2kan lah

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...