Followers

Wednesday, October 30, 2013

Cinta Tidak Berkekalan

Salam,

Selama sebulan setengah saya menunggu JKKP datang melawat. Saya pening menyediakan dokumen yang diminta dengan sebab saya ini tidak sekolah. Saya kurang pemahaman tentang apa jenis yang mereka minta dan akhirnya mengambil keputusan menemui rakan rakan sejawatan dengan saya untuk meminta nasihat. Rata ratanya semuanya seperti saya yang bingong bingong ini dan kalau ada yang saya jumpapun kebanyakkannya berlagak pandai padahal mereka sendiripun terapung.

Sayapun mengambil ikhtiar menghubungi kekawan yang pandai namun kepandaianya hanya mereka sendiri yang pakai. Saya gunakan internet sebagai panduan dan berbekalkan sedikit pengalaman saya mula mengayuh sendiri computer saya. Saya berdoa kepada tuhan untuk mendapat pertolongan.

Akhirnya muncul seorang sahabat dari tempat lama menyediakan sedikit bekalan kepada saya. Saya terharu dengan pertolongannya namun diakhir ceritanya saya dimaklukan bahawa apa yang diberikan kepada saya adalah tidak ketepatan kerana dia sendiri pun terapung.

Dalam proses penyediaan maklumat, saya menerima respon yang kurang baik dari syarikat. Pertama syarikat sendiripun kurang faham kedua kekawan dalam lain jabatan tidak semuanya mahu bekerja sama. Saya beri nasihat dan tunjuk ajar, ada yang main pekak badak tak mahu terima. Bagi mereka untuk menyelesaikan masalah berdepan jkkp adalah masalah jabatan saya dan bukan mereka. Untuk kali ini saya berniat untuk melepaskan sahaja walaupun persediaannya hanyalah seperti melepaskan batuk di tangga. 

Banyak perkara menjadi otomatik terutama penyediaan latihan. Seperti biasa panggil budak budak berkumpul, ambil nama, ambil gambar , buat cerita sedikit dan akhirnya buku latihan telah tercipta. Hari demi hari persediaan semakin kemuncaknya dan akhirnya siaplah ................saya mampu tersenyum.

Malam terakhir menunggu hari esoknya membuat saya teringat kata kata guru saya " apabila telah sampainya takdir allah maka tiadalah doa dan tiadalah jampi" Benarlah itulah kenyataannya....

Esoknya saya saya begitu tenang walaupun ada kawan kawan di lain tempat menyatakan kesudian membantu. Saya tahu bahawa kita berjuang seorang dan matipun seorang. Alhamdulilah ketua ketua lain jabatan datang duduk semeja dengan saya dan berbekalkan dengan apa yang ada kami berdepan. 

Akhirnya semua berlansung dengan baik walaupun tidak sepenuhnya. Pengalaman ini mengajar saya tentang perjuangan yang kita sendiri perlu selesaikan. Banyak rakan rakan kita sendiri hanya pandai bercakap mengadakan ngadakan cerita, kita tertipu dan tidak semua orang akan bersama kita di saat kita menghadapi suasana genting. Kita hanya banyak kawan kawan untuk sama sama ketawa.....tapi yang pentingnya kita perlu tahu bahawa Allah mendahului segala galanya.


4 comments:

Marina Monroe @Nanie said...

Tertarik saya dengan baris ayat ini

"saya tahu bahawa kita berjuang seorang dan matipun seorang".

Saya terfikir dah lama dengan ayat ini malah 'diri' telah bersaorangan dari dalam perut ibu dan alam2 sebelumnya. Kembali ke alam barzakh pun bersaorangan.

Wallahualam.

Didunia pinjaman sementara inilah saja kita ada peneman,anak2 dan kawan2.



PakcikLie PCL said...

PM , saya dah alami perkara sama..dlm bidang kerja saya..laksana bila ada kerosakan dilaporkan. Ramai yang datang melihat keadaan dan semuanya berkelayakkan untuk menyelesaikan tapi yg memerhati dan memberi komen lbh dari mahu menyelesaikannya..
keakhirannya berseorangan juga menyelesaikannya...sesungguhnya Allah bersama dan sentiasa bersama dgn org yg memohon kepadaNya.

Panglima Muda said...

alhamdulillah, kita masih belajar

chengm said...

itu lah resam dunia renung renung kan lah