Followers

Saturday, November 2, 2013

Jangan Bersedih

Salam...........,

Kota raya membiarkan kita dalam berbagai darjat. Ada manusia semakin sombong memperlihatkan darjatnya dan ada pula orang menghina diri membawa dirinya sehingga serendah rendah kedudukan. Adakah kita mewarnakan hidup kita atau sebenarnya kita adalah pelakon mewarnai kisah kehidupan ini...

Bagaimana kita harus meneruskan kehidupan kita ? Menadah tangan dari pagi sehingga ke petang, minta dan terus meminta kepada tuhan. Bak kata arwah P. Ramlee " ulat dalam batupun boleh hidup"


Kenapa dia tercampak di tepian ini. Anak anak mungkin tidak ada yang suka, mungkin rumah orang orang tua sudah penuh. Mungkin orang orang kerajaan terlepas dan tertutup mata pandangan, lantas makcik ini terus menghuni kaki lima ini

Perhiasan kota ini tetap ada di musim tahun melawat malaysia... bagi menunjukkan betapa miskin penduduk sekitaran kita. Negara kita tidak ada tempat untuk membuang perhiasan ini.. Isinya terus tumbuh dengan berbagai bagai cara dan rupa


Di sana sini sempit, kekadang tanpa ruang...........Mereka terus menghuni kota ini....dan kita hanya mampu melihat....




1 comment:

baby comel said...

susah nak cakap, seharusnya negara makin maju dan perkara2 sebegini pihak berkuasa perlu ambil tindakan. Apa yg menyebabkan mereka terpinggir begitu? susah nak jawab kan.. tak sampai hati saya melihatnya