Pm ke rumah Atok semalam untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan putera sulungnya. Ketika pm sampai " geng dato" sudahpun pulang dan bersilisih di jalan. Dari MRR 2 itu dengan mudahnya Datok berdesup balik.....
Selepas membuat panggilan talipon di pintu pagar dewan, kelihatan atok dengan baju melayu berwarna kuning melambaikan tangan. Wajah atok di dalam gambar dan wajah sebenar...serupa aja..
Kata atok kawan kawan blogger ada datang....Sesuatu yang menarik sebenarnya bilamana di dalam kenduri kendara ada orang yang lansung kita tak pernah jumpapun dapat kita jemput. Tapi jika semua kawan kawan atok dalam blogger dan fb datang, pastinya atok kena buat bajet besar juga. Apa apapun , syukur, kelihatan atok begitu tenang menyambut tetamu yang datang.
Dari jauh " uncle " melambai tangan kepada pm. Rasanya baru jumpa dua kali tapi kami masih mengingati. Pm juga sangat berharap pakcik lie datang. Kurang pastilah......
Sempat melihat pengantin denga pelaminnnya yang sangat menarik
Terjumpa juga dengan blogger lain yang memang lansung belum mengenali pm. Maklum pm seorang penulis kecil kecilan.....Agak agak suka barulah menulis dengan idea yang suka hati sahaja.
Tenguk wajah mereka rasa macam pernah jumpa sahaja. Dimana ya ? Di pasar keramat, di pasar borong atau di Jom Heboh......Mana mana ajalah.......yang pastinya jangan lupa follow ya...
Ini gambar DJ di dewan kenduri tu
anak dara pm jumpa tapai....
Gambar pelamin yang cantik
Akhir kata selamat pengantin baru..Kepada atok selamat mendapat cucu insyaallah dan sesuailah jadi ATOK..........
7 comments:
Salam singgah, membalas kunjungan PakDin... :D
Akak tak dapat hadir undangan dari Atok, spt biasa bila sakit bisa2 badan melanda, baring seharian.
Pm pun serupa dalam gambar masa berjumpa dirumah Dato LF.
Entah bilalah dapat akak bersama berkumpul dengan bloggers lagi.
Kami pun agaknya berselisih ngan Pak Din..
kita tunggu siapa pulak menjemput kita di bulan 12 ni
pakcklie rasa ralat juga kpd tuan rumah dan juga geng blogger pd majlis tersebut..walau tak berjanji dgn sapa2 , niat dah ada tapi tak juga mengizinkan di akhirnya untuk kita bertemu.., ada masa kita jumpa nanti. insyaAllah.
Assalamualaikum PM
Alhamdulillah
saya cukup gembira dan terharu dengan kedatangan PM dan keluarga,
terima kasih banyak2, dengan kehadiran PM, majlis saya bertambah ceria
maaf serba kekurangan
moga ukhwah berpanjangan
assalammualaikum...membalas kunjungan
Post a Comment