Sunday, November 3, 2013

Panggilan Kaabah

Salam,

Pm adalah diantara beberapa orang murid Datuk Empat di kampung kami. Datuk Empat ini bukan mengajar silat tetapi mengajar mengaji Quran. Nak kata bagus sangat tidaklah tetapi sekurang kurangnya dapat lah mengenal huruf dan belajar tajuid secara ringkasnya. Dalam bab lagunya, memang pm jadi "simpang karenang". Mengaji asal ada bunyi, kekadang sedap dan kekadang tak sedap lansung. Maka seperti biasa apabila kita meliuk keterlaluan, rotan akan singgah ke belakang. Sekali " sap" menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.


Keadaan sebegini tidak mungkin dirasai oleh anak anak kita. Hari ini budak budak belajar mengaji di dalam kelas berhawa dingin, bercampur gaul lelaki perempuan. Hayun quran ke sana sini tanpa hormat dan tanpa wudu'. Tidak terasa membawa Quran dan mertabatnya bagaikan buku cerita kisah cinta.

Orang kata Islam itu  hakkul yakin tapi entah di mana yakinnya. Nak kata tak belajar, banyak pula yang masuk tahfiz bahkan dari kecik kecik lagi. Anak anak dibalut berbungkus bungkus tapi si emak dibiar telanjang. Hari ini emakbapak kebanyakkan mampu menyekolahkan anaknya. Pagi sekolah biasa manakala petang sekolah agama. Budak budak itu sentiasa penuh masanya sehingga tidak sempat menonton tv. soal makan alhamdulillah, kalau sudah masuk dua sekolah tentu belanjanya dua kali ganda dan siap dengan dibekal talipon bimbit lagi....

Inilah zaman kita hampr tidak merasa apa yang kita buat. Kita belajar banyak buku dan kitab tetapi telah hilang menafaatnya dan tidak dapat apa apa walaupun hanya tinggal sepotong ayat. Kita mendirikan solat tetapi solat kita entah dimana manakala kita pula terbang jauh dimana-mana. Harapan untuk banyak beribadah diwaktu tua, hanyalah cita cita dan bayangan gurauan. Pm rasakan bahawa di dalam usia sebegini untuk menghapal sepotong doapun terasa siksanya. Asyik asyik......lupa......

Pm suka menasihat diri pm dan juga saudara saudari tuan tuan dan puan puan sekelian...." jagalah makan" Lihatlah dari mana sumbernya, dimana datangnya....Duit yang banyak tidak dapat membeli keberkatan hidup. Benda yang tidak berkat akan membawa kehidupan yang tidak berkat juga. Jagalah hati, jagalah hati kawan kawan dan jiran, jangan menyakitkan mereka. Kegembiraan menyakitkan orang lain akan membakar ketenangan kita sendiri. Ingatlah wahai kawan kawan, berilah anak anak duit yang halal, makan pakai yang halal kerana yang halal itulah membawa berkat...........

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Tuan tuan,

Perjalanan kita semakin jauh dan semakin dekat pula ke penghujungnya, mudah mudahan Allah memudahkan kita... Amin


Abang sulung pm telah datang kepada pm memberikan doa ini, di saat usia kami merangkak semakin tua. Dahulunya kami semua terpisah oleh kerana fitnah dunia. Wang dan pangkat tidak dapat membeli siratulrahim...........................................

1 comment:

Aimacomel said...

setuju sgt dgn ayat terakhir. Wang dan pangkat tidak dpt membelli silaturrahim..

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...