Followers

Saturday, November 23, 2013

Penantian Kekasih Awal Dan akhir

Salam....

Ada orang kuat dan gagah. kekuatannya melebihi gajah empat ekor tapi musnah kerana seekor nyamuk....Berapa lama kita dapat berdiri tegak.......?

Masih ingat pm tentang seorang kawan yang selalu solat bersama, beliau seorang yang berpenyakit darah tinggi dan bagaikan tidak dapat dikawal lagi. Namun beliau masih tetap senyum dan tenang. Suatu hari jam 10.50 malam kami berjumpa....Pm bertanya " esok kerja bila ?" " Esok kerja petang" katanya. Malam nan dingin itu terus berlalu.Kemudain pada  jam 4 pagi esok pm terima panggilan talipon menyatakan bahawa beliau itu telah meninggal dunia. Mudah....haya berjalan tidak sampai 20 minit dan terus tumbang.....



Seorang abang yang sering bergurau gurau bermain sms dengan pm telah mengakhiri hidupnya dalam gurauan biasa. Bila talipon berdering pm tidak menjawab, kemudian berdering lagi dan kemudian berdering lagi... Akhirnya pm mengangkat talipon.....terdengar suara tangisan...." abah dah meninggal" suara anak perempuannya meninggalkan pm dalam penyesalan....

Sungguhpun mati itu adalah untuk semua manusia merasainya... Sesiapa sahaja, pm  dan juga anda yang tidak ketahuan masanya......Pm terus bertanya kepada orang orang tua... bagaimana ya.  ? Sebenarnya mereka merasa takut dan juga ada yang tidak sabar menantinya dan ada yang tidak tertanggung dengan kesakitan yang ada...Bagaimanakah mahu menghadapi mati itu ?



Ada juga bersolat meminta mudahkan siratulmaut. Ada yang berterusan sakit tidak boleh berdiri, sengal sendi, rabun mata, hilang pendengaran........Entah ada masa untuk belajar, entah ada masa untuk bertaubat.

Dan hari ini kita masih terus berlengah lengah dan lalai...masih menanti nanti, masih bertangguh tangguh sedangkan badan semakin lemah. Sehari demi sehari semakin lelah.........jemputan masihkah jauh ?

3 comments:

Marina Monroe @Nanie said...

Bila umur dah meningkat dan ada pula penyakit2, wajiblah memikirkan kematian. Bayangkanlah malaikat maut itu menziarahi kita 70 kali sehari. Wajib doa taubat setiap solat. Mungkin itu solat yg terakhir.

Terasa sungguh masa sudah hampir bagi akak, setiap kali bershahadah akak mengalir airmata, terasa sayu pabila berzikir.

Panglima Muda said...

entah bila akan dijemput ...

Anonymous said...

ikuti tun det. tidak mati selagi umno berkuasa