Monday, November 11, 2013

Pengawal Keselamatan Tidak Selamat

Salam.......,

Pengawal Keselamatan kini tidak lagi menjamin selamatnya harta benda kita......Dahsyat tu... tapi nak buat macam mana.... kenyataan......kan



Pm tak reti pasal pengawal keselamatan. Bos pm dulu seorang bekas DSP diri Bukit Aman mengajar pm bahawa  kerja kami  adalah " jaga". Jaga dalam erti kata lain adalah kerja orang tak sekolah. Memadai duduk bangun dan tidur dan kalau menulispun main tiru tiru....." saya melaporkan tempat ini baik adanya".....

Kalau nak mengorat anak dara orang janganlah bermimpi. Pasti status jaga ini diragui. Tidak mampu mengeluarkan belanja hantaran lantaran ekonominya sangat meleset. Tinggal di rumah atau asrama yang disediakan, Uniform juga disediakan. Gaji 2 kali sebulan dan setengahnya diberi duit pinjam RM 10/- sehari dimana cukup bulan duit pinjam itu di tolak RM 300/- tidak termasuk tolak duit unifrom buruk tu dan juga asrama. No freee... semua berbayar. Bekerja 12 jam sehari dimana mereka begitu jauh dari masyarakat. Jangan sebut pasal disco, masjid juga......mereka jarang mempunyai masa. Cuma ada masa mengurut dan membelai senapang atau cota.



Bila kerajaan mengingatkan tangga gaji tidak kurang dari RM 900. Gaji jaga juga naik.... Dulu ada gaji dan elaun. Sekarang ada gaji sahaja. Campur tolak kena tipu jugak. Kerja mati matian 12 jam dengan gaji RM 1300 katanya. Selepas 12 jam barulah nak dikira duit over time nya. Kesudahannya tidak balik balik ke rumah, tidur makan di tempat kerja, kepalapun jadi biol dengan sebab nak dapatkan lebih duit over time. Dapat gaji bukanlah boleh enjoy ke mana mana . Bayar hutanglah.......Hari hari tenguk duit hantar ke bank, lama lama hilang akal dan terus merompak bank tu pula. Samalah jika hari hari "jaga" rumah orang kaya, lama lama jadi pencuri di sana. Tidak ada siapa nak pejuang nasib mereka. Hak mereka sebagai rakyat telah dibeli oleh nepal myamar dan bangla. Rata rata syarikat keselamatan lebih suka bangsa asing dengan sebab tak perlu mengadakan cuti tahun dan EPF, tak perlu fikir pasal MC. 



Hari ini "jaga" telah di UP GRADE kan. Mereka telah disebut sebagai polis bantuan. Ada syarikat telah membela mereka dengan gaji yang lumayan. Tapi jaga tetap jaga. Fungsinya tetap sama dan mereka juga bakal jadi perompak atau setidak tidaknya menembak kepalanya sendiri dengan pistol. Dalam sedar tak sedar ada sesuatu yang kurang disana......................................

Jika pemandu teksi diberi kursus kesedaran sebelum mendapat lesen, kenapa tidak kepada "jaga" Kenapa main ambil masuk bekerja sahaja. Kenapa tidak ada kursus "public servis" Kenapa hanya ada kawad dan menembak....Jangan marah kalau kena tembak ya....

Sesuatu yang harus difikirkan......cukup tahun kerajaan dapat bonos, ada kesatuan sekerja yang lantang berjuang. Jaga masih termenung dihujung sana.......memikirkan untuk membuat jenayah kesudahannya....

4 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Assalam Pm,

Seingat akak, masa akak kecik2 dulu, kerja jaga kebanyakkannya orang 'Benggali'. Even dalam filem PRamlee pun menggunakan seorang benggali.

perjalanan pulang said...

betul tu.. selepas tu orang melayu ambik tuas tu tapi orang tua tualah. Selepas tu orang muda pula masuk. Sekarang bangsa asing

Anonymous said...

Selepas itu pula jadi perompak dan tembak sampai mampus ,lebih elok yang kena tembak tu bapa menteri yang import dan beri KP untuk jadi kerakyatan dan jadi pemilih undi PR , undang-undang Negara bolih dibeli demi kepentingan politik gila kuasa

Anonymous said...

Sama je skrg pun 2016 dah masuk syarikat pengawal keselamatan tetap memperhambakan bangsa sendiri tipu gaji tipu epf dan semuanya tipu..... bayangkan saya sekarang gaji masih 1300 basic masih rm 640 alasan gaji minimun.... mcm bodo je... tapi demi sesuap nasi tuk anak anak kerjala jugak...... adoi takde sapa nk pantau... semua makan duit..... suap sana suap sini.....

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...