Tuesday, November 12, 2013

Permainan Batin -2

Salam.

sambungan cerita permainan batin................

Seorang kawan mengajak pm ke Seremban, katanya dia ada kenalan bernama Pak Long di bandar itu. Pm sampai ke tempat itu menaiki bas sahaja pada waktu petang. Pm temui Pak Long yang  dimaksudkan di dalam sebuah bilik kecil di atas bangunan kedai. Dari cakap cakapnya, nampak gaya dia cari makan dengan ilmunya. Maksudnya semua berbayar.


gambar hiasan

Pm tidak menyatakan hasrat pm menemuinya. Pak Long mula bercakap cakap memperkenalkan dirinya. Dia menunjukkan kepada pm gambar anak muridnya yang lengkap memakai pakaian sami siam, tidak kurang juga gambar dewa dewi siam yang ditampalnya di tepi dinding. Pm sendiri kurang faham soal dewa dewi ini. Hanyalah hidung pm tidak selesa dengan bau coloknya. Sementara itu di tepi colok ada terletak sesikat pisang yang masih muda. Mata pm terus memandang kepada pisang itu dengan penuh tanda tanya. Pak Long tiba tiba berkata " jangan kau pandang pisang itu....itu setan "... Pelik juga orang tua itu, kalau setan mengapalah dia simpan di dalam bilik tersebut.



Dia kata dia orang islam, sambil menunjukkan sejadah buruknya. Menurut katanya jika yang datang menemuinya adalah orang bukan islam, dia akan bagi tangkal atau setidak tidaknya minyak pelita sembahyang tok kong. Tapi kalau yang datang itu adalah orang islam dia akan beri tangkal cara islam. Dia kemudiannya menulis serapah jampi melayu diikuti dengan ayat surah yusof. Dia bekalkan kepada pm satu tangkal dengan pesanan kalau tercium bau apa apa di rumah jangan ambil perduli. Akhirnya dia meminta bayaran RM 44/- yang sememangnya sedia ada dalam poket pm. 

gambar hiasan

Pm sampai ke rumah waktu maghrib. Sewaktu di dalam rumah pm ada terdengar pintu rumah diketuk diikuti dengan bau colok. Seperti yang dipesankan, pm tak ambil pusing....

Berhari hari menggunakan tangkal itu sangatlah menarik. Perasaan takut memang tak ada. Orang bawahan dan orang atas mengikut sahaja cakap pm. Kalau berdepan dengan orang besar atau penyangak sekalipun bagai boleh dijentik rasanya. Cuma.........pm mula malas solat....hati sering bergelora.....halal haram sepertinya tak nampak...................Anak dan isteri di dalam rumah seperti cacing kepanasan, resah seperti harimau di dalam kandang........

gambar haisan

Pm merujuk perkara ini kepada guru pm. Dia menyuruh pm mengeluarkan barang tersebut dari dalam rumah dan seterusnya memandikan anak isteri dengan limau.Setelah itu rumah harus dipagar semula. Pm buat semua itu, bukan hanya tangkal siam yang dikeluarkan tapi juga barang barang lain yang pernah pm milik sebelum ini. Barang barang itu pm letakkan di celah pokok kelapa sawit di seberang rumah.

Akhirnya rumah pm terasa aman, manakala pokok kelapa sawit itu terbakar dipanah petir..................


Syukur kepada Allah pm tidak ditembak petir tapi kenyataannya begitulah. Memadailah dua kisah ini tentang betapa butanya manusia mengenali tuhannya sehingga mencari perlindung yang lain selain dari Allah. Namun kalau tidak mencuba pasti kita tidak tahu rasanya, kalau mencuba pastikan anda sanggup menanggung risikonya.

Dalam bab mengenali tuhan bukanlah hanya sekadar cakap cakap dan agak agak. Dalam mencari itu juga banyak kesesatan yang ada. Bukanlah mudah bagi manusia merasai bahawa Allah itu perlindungnya dan kalau ada cumalah kata kata berlandaskan tawakkal. Pm menyeru kepada diri pm dan juga sahabat sahabat diluar sana. Janganlah kedekut mengajar kawan kawan dan anak anak tentang tuhan. Janganlah berfikir hanya anda seorang sahaja yang layak masuk ke syurga. Tapi ajarlah satu persatu yang baik baik... wallahualam.........................

4 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Seram.



Unknown said...

Alhamdulillah dah tinggalkan perkara2 berunsur syirik tersebut

chengmai said...

yakin lah dengan kuasa allah.renung2kan lah.

perjalanan pulang said...

tapi best kalau berasap rasap tu

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...