Sunday, December 22, 2013

Di Penghujung Kiblat

Salam......,

Dia memegang tali itu untuk mengimbangi badannya yang sudah terlalu uzur. Hanyalah dengan bantuan tali itulah dia dapat berulang alik ke bilik air. Matanya telah buta untuk melihat segalanya galanya dan hanyalah tinggal rasa dan keinginan. Kalau dahulu dia masih boleh meihat nombor handphone untuk menghubungi anak anaknya, kini teramat sukar. Kehidupan nan sendirian itu penuh kegelapan walaupun ada makan dan minum dihantar oleh anak anak setiap hari. Dia sunyi dari apa yang pernah dinikmatinya dahulu.........." sungguh terhina aku ini " katanya hatinya.....



"Bapak dah solat " si anak bertanya. " Belum " jawabnya. Dia terus bangun ke bilik air memegang tali tali itu sebagai panduan perjalananya. Sampai disana dia terus berwuduk dan menggulung kain pelikat dengan baiknya dan berpatah balik ke tempat tidurnya. Solatnya cuma solat duduk, membaca dan terus membaca tentang apa apa yang masih diingati diantara surah surah lazim dan zikir zikir kerana mata telah tidak berguna lagi.....

" Bagaimana perasaan bapak " si anak bertanya lagi. " Aku takut" jawabnya. " Aku sudah berkali kali solat sunat untuk minta permudahkan keluar roh" sambungnya lagi. " Aku tidur selalu bermimpi melihat lembaga hitam datang " katanya menyambung cerita. Dia kelihatan benar benar gelisah. Gelisah kerana dia adalah  diantara seorang dua dari orang yang tua tua yang masih ada di kampung itu. Kawan kawan yang lain sudah lama meninggal dunia malahan ada yang sedang sakit tenat menunggu masa. Tapi dia masih hidup, berjuang dalam kesakitan, kegelapan, menanti terus menanti jemputan yang entah bila datangnya...." Bagaimanakah rasanya kematian itu " hatinya terus bertanya........



Tidaklah semudah itu nyawa itu keluar selaginya adanya nafas kehidupan. Perut masih mau makan, kisah dunia masih berlegar legar di sekeliling, tentang perangai anak cucu, tentang duit, tentang tanah berbidang bidang. Harta bakal diwariskan dan bukan lagi untuk kita yang tidak memerlukannya. Yang mati tetap akan mati dan yang hidup terus berkira kira.......  

Suatu senja dia menggelepar kesakitan. Anak cucu kegelisahan, ada yang saling berhubung menyuruh pulang, ada yang memanggil ambulan untuk bantuan. Ambulan datang membawanya ke hospital. Nyata nyawanya masih panjang.........



Esok lusa, kehidupan kena diteruskan lagi, masih berjuang untuk merasai dunia ini walaupun cuma tinggal sedikit. Yang sedikit itu masih ada nikmatnya masih ada harapannya masih ada peluangnya....

Dulu dia sendiri pernah berkata pada anaknya " mati itu hanya berpisahnya alam" Berpisah alam barzah dan alam nyata. Namun adakah semudah itu matinya, semudah itu berpisahnya tampa rasa sakit, bahang panas dan gelisah, sengal dan ngilu diantara nafas nafas yang tersekat sekat pergi dan kembali ?



Apa yang dipinjam harus dikembalikan satu persatu, dilepaskan perlahan lahan satu persatu. Ada mata telah hilang cahayanya, ada telinga telah hilang pendengarannya, ada mulut bagaikan tidak tersebut lagi kalimahnya, ada tangan dan kaki semakin hilanglah geraknya. Ada jantung semakin lemah denyutannya.

Bermula....baitullah itu adalah kiblat tubuh, lalu dipusingkan orang akan tubuh kita. Lalu berbisik bisik mereka ke telinga dengan kalimah kalimah Allah, disebutnya satu persatu. Kalau dahulu mungkin kita sempat berbisik bisik menyebut kalimah Allah ketika solat, maka mendengarlah telinga kita itu. Kalau dahulu dapatlah mungkin ada kerajinan kita mengerakkan tubuh ini dengan setiap kalimah Allah huakbar. Kini gerak itu semakin tiada.........Hanyalah tinggal hati yang bercerita. Mau kemana aku ini, mau kemana dibawa aku ini..

Akulah yang akan pergi meninggalkan nafasku dan tubuhku.........Tinggallah semuanya tanpa kiblat lagi.

Jam 8.20 lagi....talipon berdering....." bapak dah meninggal" demikian bunyinya......Perjalanan pertama sudahpun berakhir. Tinggallah yang hidup ini menurut langkah.....Hari ini kita masih boleh tamak dan sombong, hari ini masih boleh berlari lari menghentak bumi....makanlah apa yang hendak dimakan, buatlah sesuka hati......

Thursday, December 19, 2013

Berlayar Diatas Darat

Salam,

Aku teringat ketika zaman zaman aku tidak ada kenderaan dulu. Asal nak balik kampung aja baik dekat ataupun jauh kenalah pergi ke Pudu Raya. Bukan masalah bas sebenarnya di sini tapi kita  suka mengikut kelakuan orang. Seperti biasa setelah turun dari bas di leboh Ampang, Bankok Bank atau juga di Kota Raya, semua orang akan pakat pakat menapak ke Pudu Raya. Yang herannya ialah aku tenguk orang jalan laju laju macam lumba jalan kaki. Bila aku tenguk orang jalan laju, akupun sama jalan laju.....padahal bukan semua orang mengejar bas......


Di tangga besi naik ke bangunan tu biasanya terjumpa seorang lelaki china meminta sedekah dalam keadaan meniarap diatas tangga. Selipar kanannya disarungkannya kepada tangan kanannya. Manakala di tepi jalan ke arah Pudu Raya itu selalu juga nampak pak cik tu jual batu cincin. Ada sebijik batu besar diletakkannya di muncung botol coca cola... Dahsyat apabila aku hampir terkena.....Aku masih ingat kata katanya" Yang suka datang melihat, yang tak suka sila berlalu, saya cuma mencari makan".....Di akhirnya apabila sudah terkumpul 20 orang dia berkata" saya tidak minta awak apa apa , cuma RM 20 sorang buat belanja makan saya" Yang bengongpun turut bagilah RM 20/- untuk satu batu cincin yang tersangatlah hikmatnya, bayangkanlah 20x 20 dalam sejam dia dapat RM 400/-....dan kalau ada pelakun upahanpun mungkin 5 orang...

Cerita disini adalah untuk memberi ingatan bahawa kita jangan mengikut perangai orang dan kegilaan orang dalam membuat sesuatu. Dalam kegilaan itu adalah nafsu semata mata. Yang ke duanya kita selalu tertipu dengan orang yang cerdik metametik sebelum kewujudan MLM masa kini. Yang ke tiga kita lebih percaya batu dari Tuhan yang maha kaya.  Sehingga ke masa kini batu batu masih memenuhi jari yang kononnya boleh memberi rezeki dan menolak bala bencana.

Belajarlah mengenal usaha dan percaya kepada diri sendiri dan jangan keliru dan celaru dalam mengenal cahaya dan mengenal diri ....Kata arwah guru saya " ilmu yang kelihatan sedkit itu adalah ilmu yang tinggi" wallahualam......

Saturday, December 14, 2013

HIKAYAT ORANG TAK NAK BERKAWAN..

Salam,

Apabila tuan tuan menjadi orang penting dan sangat diperlukan, bagaimanakah tuan tuan membahagikan hak kepada mereka yang memerlukan ?

Sebagai seorang yang hidupnya sebagai jambatan, pm terus menambah kenalan di semua jabatan jabatan kerajaan malahan swasta yang pm lawati. Seperti biasa kami berbual bual panjang, ajak makan dan mengambil nombor talipon. Bila ada apa apahal kerjanya jadi mudah dan senang dihubungi. Namun ada manusia yang pm temui yang manis manis kata katanya dihadapan sahaja. Setelah diajak ajak makan, lepaslah temboloknya, esoknya bila dihubungi, panggilan terus tidak dijawab.

gambar hiasan

Sms tak jawab, bbm tak jawab , we cheat tak jawab,,,,hilang entah kemana.... Tau tau timbul hegeh hegeh minta tolong kat kita....Bila kita contact bos dia, barulah dia nak bermuka muka nak tunjuk baik. Rata ratanya sangat memerlukan sesuatu walaupun cakap cakapnya berbunyi ikhlas....

Menurut kata kawan pm seorang polis berpangkat sarjen " dia orang tu tak nak kawanlah tu "....Kekadang pm malas nak bagi kad atau menerima kad orang. Banyaknya wayang bermuka muka untuk menghabiskan beras. Banyak yang tak baik dari yang baik.........Banyak yang tidak berfikir tentang hasil haram yang keluar masuk....Janji jadi duit.........



Melihat kepada keadaan itu marilah menasabah diri, bawak bawak bercermin muka. " Hari ini tuan tuan berada ditempat dan kedudukan yang baik, esok tuan tuan dah pencen, tuan tuan taulah nasib tuan tuan" Taring tuan tuan tidak dapat kekal lama, taring orang muda yang tuan tuan tidak kenali akan bangkit menyengat. Kehidupan tuan tuan bakal tinggal kenangan sahaja. Lepas tu tuan tuan nak buat haji minta ampun ke, setelahnya tuan tuan menyusahkan orang bertahun tahun lamanya....Cukupkah dengan perkataan aku menyesal, cukupkah dengan kata kata aku bertaubat......Sesuka hati kau je....


Thursday, December 12, 2013

Mimpi Yang Tak Sudah

Salam,

Minggu lalu pm terkejut dari mimpi jam 3.30 pagi. Mimpi rumah jiran terbakar, bahangnya sampai ke rumah pm dan kereta pm juga turut musnah. Bila terjaga pm sempat membaca doa tolak bala, minta minta Allah jauhkan segala bala bencana walaupun mimpi sebanrnya adalah mainan tidur. Esok lusanya tak jadi apa apa.... alih alih tau tau pasal seorang pekerja pm masuk wad kerana demam denggi.....


Malam tadi mimpi lagi bertemu seorang kenalan lama yang datang mengurut belakang pm. Susah nak urut katanya. Kelihatan beliau keletihan sangat. Bila terjaga dari mimpi barulah pm teringat bahawa beliau ini sudah jadi arwah 2 tahun yang lalu. Dia ni nakal sikit dulu dulunya, kaki mengendap, kaki judi. Dia ini bagi pm adalah cikgu dunia yang baik. Menurut katanya hasil duit judi tu kita jangan ambil semuanya sebaliknya suku daripadanya diberi pada orang lain.

Suatu hari beliau mengendap mat saleh dari sebelah bangunan melalui corong rahsia di dalam kegelapan. Seperti biasa perangai mengendap ini ramai juga pengikutnya. Pada hari itu beliau dapati ada seseorang berdekatan dengannya. Lama juga beliau di sana sambil bercakap cakap dengan member sebelah itu. Yang peliknya member sebelah itu tidaklah menyahut apa apa  melainkan berdehem sahaja. Sudah selesai mengendap kawan pm itupun berpaling kepada member sebelah itu. Bukan main terperanjat dia kerana di dapatinya kawan sebelah itu adalah lembaga hitam yang berbulu tubuh badan. Dengan itu beliau menyusur perlahan lahan dan terus cabut....



Dia pernah menceritakan kepada pm bahawa rumah yang di beli di Lembah Jaya itu adalah hasil judi. Tidak hairanlah selalu kena banjir dan tenggelam. Nakalnya tak mengenal halal haram, asal jadi duit sahaja. Maka banyaklah bercampur baur. Setelah dia berhenti kerja dia sering sakit dan bertahun tahun pm tidak pernah berjumpa dengannya. Mungkin waktu itu dia telah bertaubat wallahualam. Mudah mudahan Allah mengampuni semua dosanya dan siapalah kita ini untuk menentukan syurga neraka manusia.....

Hanyalah pelajaran disini kita ambil ialah bertaubatlah selagi sebelum nyawa sampai ke kerongkong...dan dalam hidup janganlah melampau lampau dan juga jagalah batasan......

Tuesday, December 10, 2013

Tetamu Yang Datang

Salam,

Saudara saudari di sana sudah menunaikan UMRAH ? Pm belum lagi dan dalam rancang rancangnya pertengahan januari ini insyaallah. Mungkin pm perlukan nasihat dari kekawan dalam beberapa perkara....

.
Persiapan untuk pergi umrah ini pm lihat seperti hendak menyambut raya juga. Tenguk kepada list yang ada, pm percaya ada juga orang masih meraba raba seperti pm. Misti keliru apa nak bawak. Takut bawa benda benda yang lansung tak pakai dan memberatkan beg sahaja......

Nak cerita sedikit, mingu mingu lalu pm sibuklah cari kain ikhram. Dengar khabar kat mydin harganya RM 36/- dan ada pula di kedai kedai kawasan Chow Kit ini menjual dengan harga RM 80/- sehelai. Mengikut katanya bergantung kepada kain. Akhirnya pm berkenalan dengan seorang tuan kedai yang menawarkan pm harga sehelai RM 30/-. Tidak melepaskan peluang pm belilah 2 helai........



Pada harinya tuan kedai tidak ada, pm singgah ke kedai tersebut untuk membelek belek jubah.. Seorang pekerja bangla mengatakan bahawa jubah di kedainya itu bernilai RM 120/- tetapi beliau mahu menjualkan dengan harga RM 85/- sahaja. Pm fikir tidak mahu membeli dahulu, nanti nantilah.........Jumaat lalu pm lalu di hadapan kedai tersebut dan kelihatan " aji" tuan kedai tersebut berada di sana. Sekali ini pm mencuba nasib pm kepada tuan kedai tersebut. Menurut kata aji itu, harga jubah tersebut bernilai RM 160/- dan kalau pm hendak membeli dia menawarkan RM 100/- setiap sehelai.....Wah nampaknya aji tu nak " try pm". Benarlah pada musim ini orang bertanya " bila nak pergi" selepas itu hentak kita cukup cukup........ Kata orang kalau hendak beribadah janganlah nak berkira tetapi ini soal berniaga sebenarnya.......patutlah aji tu ada 2-3 kedai...Wallahualam......



p/s... sesiapa nak nasihatkan pm dialu alukan..seringkasnya nak bawa apa ya ?

Sunday, December 8, 2013

Saudara Mara Itek

Salam,

Ketikanya bertemu sahabat bersongkok kami bersembang panjang. Rata ratanya makcik bertudung juga tidak kalah sembangnya menceritakan "adik beradik" atau saudara maranya yang bersepah di Kuala Lumpur ini. Pelik ya orang KL memang tak ada dalam KL, banyak orang berhijrah yang berumah tangga di sini. Sahlah semua saudara maranya adalah orang kaya kaya dan pegawai tinggi kerajaan yang melempah sampai ke Puterajaya. mana mana yang miskin tidaklah pulak disebut...

gambar hiasan

Sahabat kita yang bersongkok itu menceritakan bahawa tokeh kedai hujung itu adalah sepupunya. Hebat juga dia ni, mungkin nanti dapat makan free atau sekurang kurangnya diskunnnnn...Pm tanya, adakah perempuan indonesia di kedai itu adalah isteri sepupunya, dia kata tidak... perempuan itu rakan kongsi katanya........Maka ramailah orang bersongkok berlonggok di kedai itu , tambahan pula dekat sedikit dengan PWTC.....



Semalam pm lalu di kedai itu dan terjumpalah dengan kelompok mereka. " tak makan kat kedai sebelah " tanya pm. " Tidak mahu" katanya. " Itu kedai indonesia " tambahnya lagi.....Pm hairan juga..agaknya orang tak kenal mana indon dan mana jawa kelang......



Pagi tadi pm singgah di kedai yang dimaksudkan untuk makan roti canai...." Abang ada sepupu datang masa persidangan kelmarin" tanya pm. Tuan kedai tersenyum sahaja..." Abang orang Kulim ke " tanya pm lagi...." Tak, saya orang seberang " jawabnya ringkas.....



Bagi pm kalau nak kira saudara mara kita semuanya memang banyak termasuklah mat saleh tu sebab semuanya anak cucu adam....Tak usahlah nak menunjuk nunjuk mencari bau bau bacang dengan orang orang yang ada duit. Dia orang bukanlah kenal dengan kitapun. Eloklah kita bersyukur dengan apa yang ada dan jangan menambah nambah cerita....


Saturday, December 7, 2013

Kebahagiaanmu Adalah Kedukaanku

Salam..........

Sahabat sahabat dari negeri yang dahulunya kebal dengan pembangkang telah datang ke sini. Sungguh meriah berkumpul di sini. Datangnya bukan sahaja sebagai wakil tapi juga dapat berjalan jalan membeli belah di Kuala Lumpur. Kegembiraaan semakin bertambah bilamana semuanya ditaja dari banyak sudut. 



Setiap hari yang berlalu ini, pm duduk di celah celah mereka. Bukannya nak menyebuk tapi saja nak dengar dengar berita apa khabarnya dikampung sana. Rata ratanya kelihatan bersemangat di dalam parti mereka, maklumlah sudah banyak menerima bantuan. Mungkin selama ini keindahan itu tidaklah dapat dikecapi dibawah payung pembangkang. Pm hanya mampu tersenyum......rezeki dia oranglah tu.....



Kita hendak menjerit sepertimana lagi. Orang orang kita yang dahulu bersama sama kita begitu bersemangat kini berpindah ke pihak lain. Semangat tidak mencukupi tanpa dana yang kuat. Orang orang kita perlu duit sebenarnya walaupun hanya sekadar dapat membeli sebuah hand phone bagi melegakan rasa kesusahan. Kini nilaian hand phone akan dinaikkkan lagi dimana semua orang akan merasakan kebahagiaanya walaupun dimasa hadapan kita bakal berdepan dengan segala macam hal......



Janganlah marah.....kita tidak mempu membeli hati dan maruah mereka. Janganlah marah melihat keseronokkan mereka berpasang pasangan bagikan pengantin baru dengan baju melayu dan bertudung merahnya.....Salahnya orang orang kita tidak mahu bersatu kerana gelap matanya dengan wang ringgit. Terimalah kekalahan itu dengan tangisan membayar apa sahaja yang tercatit........

Wednesday, December 4, 2013

Hujan Semalam

Salam,


Hujan semalam tiada hentinya,
mengatur cerita dihujung pena
tentang banjir di kampung kita
tentang jalan menunggu mangsa...



Hujan semalam nan kembali
menceritakan duka bermahajalela
ketikanya syaitan lapar berbisik
ketikanya darah jadi menggila

Bukannya dunia tiada cinta
bukannya manusia hilang harga
bukannya sabar tiada di dada



Tapi,
Salam bagai tidak disambut
manis bagai ditabur garam
bercampurlah tanah dan air
menjadi nanah nan cair.............................


Tuesday, December 3, 2013

Hidup Sederhana

Salam,

Bulan 12 sudah bermula. bukan sahaja musim makin angin , musim kahwin tapi juga musim dapat anak. Tidak kira anak lelaki atau perempuan tapi memang kecohhhh bila dapat anak pertama. Cubalah tanya emak bapak mereka apakah persiapan yang sedang dilakukan selain dari memilih hospital yang mahal mahal untuk beranak.......



Kita semua maklum bahawa bersalin adalah perjuangan hidup dan mati namun mempunyai banyak hikmahnya. Banyak para para isteri meminta ampun dan maaf kepada suaminya kerana bimbang " tidak lepas" bimbang tersangkut sangkut tersentak.... wallahualam padahal buruk baik itu datangnya dari Allah...

Pabila anak itu lahir , kecoh lagi laki bini dan mertua yang ada untuk menamakan anak. Mertua kata begini, menantu kata begini, bini kata begini dan laki kata begini . Tidak termasuk datuk dan neneknya... Apakah yang penting sangat nama tu.....? Maka terjadilah nama nama yang sangat sedap dan panjang panjang menjela. Contohnya Siti Lilawathi Waqi Afrah Zaitun Shah Alam  binti...........Last last panggil wati je atau eton ke atau siti je.....Orang belajar agama pula kata lilawathi tu nama tak senonoh...


Begini sahaja, tenguk orang dolu dolu menamakan anaknya mengikut nama bunga.... Mawar, kuntum, melati...manakala anak lelaki dinamakan jantan, tuah, gaduk dan sebagainya. Pendek sahaja itu dan tidak berbelit belit. Kita harus berbalik kepada tujuan asal menamakan anak. Semua tujuan adalah baik dan berharap anak akan "berbahagia" seperti yang disebutkan. Namun adakah sesuai nama itu dengannya ?

Saudaraku....dalam menamakan nama anak anda, ukurlah baju dibadan sendiri. Jangan jadi anjing dengan bayang bayangnya. Jadilah orang yang bersederhana...... Wallahualam.


Mudah mudahan doanya di makbulkan Allah......................................................................

Sunday, December 1, 2013

Kalau Tidak Kerana Padi

Salam,

Dah lama tak ada entry, hilang segala idea berakal nak menulis.......

Hari Sabtu lalu pm jadi orang tua pergi kursus umrah di banguanan kondo belakang The Mall...Bermula dari jam 8.30 pagi sehinggalah jam 1.00 tengahari.....


Kesian ustaz tu bagi ceramah 4 jam... , namun belajar sehari tidaklah mencukupi rasanya. Berbagai rupa dan perangai orang yang datang dan tak tidak termasuk perangai pm sendiri. Begitulah indahnya alam maya ini sedangkan jari kita pun tidaklah sama panjang pendiknya......


Begitulah kita ini sewaktu muda muda tidaklah mahu belajar, bila sudah berumur begini terkial kial menghafal doa. Sekejap ingat sekejap tak ingat...sekejap lagi lupa terussssss. Maka di tempat kursus itu ada yang membawa buku macam nak periksa dan ada yang relex je dengar ustas berceramah. Akhirnya mata mula mengantuk dan terkuap kuap berkali kali. Kata kata ustaz didengari tengggelam timbul......hilang perlahan lahan......ishhhhhhhhhh sedapnya tidur........

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...