Followers

Thursday, December 19, 2013

Berlayar Diatas Darat

Salam,

Aku teringat ketika zaman zaman aku tidak ada kenderaan dulu. Asal nak balik kampung aja baik dekat ataupun jauh kenalah pergi ke Pudu Raya. Bukan masalah bas sebenarnya di sini tapi kita  suka mengikut kelakuan orang. Seperti biasa setelah turun dari bas di leboh Ampang, Bankok Bank atau juga di Kota Raya, semua orang akan pakat pakat menapak ke Pudu Raya. Yang herannya ialah aku tenguk orang jalan laju laju macam lumba jalan kaki. Bila aku tenguk orang jalan laju, akupun sama jalan laju.....padahal bukan semua orang mengejar bas......


Di tangga besi naik ke bangunan tu biasanya terjumpa seorang lelaki china meminta sedekah dalam keadaan meniarap diatas tangga. Selipar kanannya disarungkannya kepada tangan kanannya. Manakala di tepi jalan ke arah Pudu Raya itu selalu juga nampak pak cik tu jual batu cincin. Ada sebijik batu besar diletakkannya di muncung botol coca cola... Dahsyat apabila aku hampir terkena.....Aku masih ingat kata katanya" Yang suka datang melihat, yang tak suka sila berlalu, saya cuma mencari makan".....Di akhirnya apabila sudah terkumpul 20 orang dia berkata" saya tidak minta awak apa apa , cuma RM 20 sorang buat belanja makan saya" Yang bengongpun turut bagilah RM 20/- untuk satu batu cincin yang tersangatlah hikmatnya, bayangkanlah 20x 20 dalam sejam dia dapat RM 400/-....dan kalau ada pelakun upahanpun mungkin 5 orang...

Cerita disini adalah untuk memberi ingatan bahawa kita jangan mengikut perangai orang dan kegilaan orang dalam membuat sesuatu. Dalam kegilaan itu adalah nafsu semata mata. Yang ke duanya kita selalu tertipu dengan orang yang cerdik metametik sebelum kewujudan MLM masa kini. Yang ke tiga kita lebih percaya batu dari Tuhan yang maha kaya.  Sehingga ke masa kini batu batu masih memenuhi jari yang kononnya boleh memberi rezeki dan menolak bala bencana.

Belajarlah mengenal usaha dan percaya kepada diri sendiri dan jangan keliru dan celaru dalam mengenal cahaya dan mengenal diri ....Kata arwah guru saya " ilmu yang kelihatan sedkit itu adalah ilmu yang tinggi" wallahualam......

4 comments:

Sukma Haron said...

teringat dulu-dulu selalu balik kg kat puduraya...memang tengok ramai orang jalan laju-laju...semuanya nak cepat....hihi

PakcikLie PCL said...

owh macam tu jugak org jual ubat...dikelilingi penuh org menonton entah apa yg dicakapkannya...at last sekali dia cuma jual minyak angin...mula dgn 'pelakun upahan'beli sebagai mengumpan yg lain...dan akhirnya habis satu round pakat dok beli. Berhenti sekejap dan mula lagi...itu dululah sekarang ni taktau lah ada lg ke yg nak kena mohong !

Panglima Muda said...

ada pakcik, orang melayu kita masih tebal dengan cerita mstik ni. Sekarang dia orang dah ambil title ustaz pulak sebab orang melayu suka pada bab bab agama walaupun sudah double pembohongnya. Yang tak faham agama ni pakat beli buku buku doa yang mana mengisi kepercayaan berlandaskan insyaallah....Semua benda memanglah insyaallah pakcik walaupun nak start motor. Tak salah berdoa tapi semua kena beli...air lior ustaz pun kena beli jugak. Dari buku sampailah ke CD...tapi tak satupun boleh tunjukkan boleh tahan peluru berpandu......maka insyaallah meletop jugak... maka jadi takdir kata deme...Jadi mati tu sudah memang takdir tuhan kata mereka padahla tuhan bagi akal, pakcik..

zino said...

teringat kisah kena pickpoket masa nak balik kg di puduraya.. berebut nak naik bas...(masa tu memang kena berebut pun) tetiba duit dah tak ada.. pegi buat report dan inspektor yg baik tu bagi 5 inggit buat tambang balik kg.. sampai kg mengadu dengan mak minta duit utk balik KL sedih..