Followers

Tuesday, December 3, 2013

Hidup Sederhana

Salam,

Bulan 12 sudah bermula. bukan sahaja musim makin angin , musim kahwin tapi juga musim dapat anak. Tidak kira anak lelaki atau perempuan tapi memang kecohhhh bila dapat anak pertama. Cubalah tanya emak bapak mereka apakah persiapan yang sedang dilakukan selain dari memilih hospital yang mahal mahal untuk beranak.......



Kita semua maklum bahawa bersalin adalah perjuangan hidup dan mati namun mempunyai banyak hikmahnya. Banyak para para isteri meminta ampun dan maaf kepada suaminya kerana bimbang " tidak lepas" bimbang tersangkut sangkut tersentak.... wallahualam padahal buruk baik itu datangnya dari Allah...

Pabila anak itu lahir , kecoh lagi laki bini dan mertua yang ada untuk menamakan anak. Mertua kata begini, menantu kata begini, bini kata begini dan laki kata begini . Tidak termasuk datuk dan neneknya... Apakah yang penting sangat nama tu.....? Maka terjadilah nama nama yang sangat sedap dan panjang panjang menjela. Contohnya Siti Lilawathi Waqi Afrah Zaitun Shah Alam  binti...........Last last panggil wati je atau eton ke atau siti je.....Orang belajar agama pula kata lilawathi tu nama tak senonoh...


Begini sahaja, tenguk orang dolu dolu menamakan anaknya mengikut nama bunga.... Mawar, kuntum, melati...manakala anak lelaki dinamakan jantan, tuah, gaduk dan sebagainya. Pendek sahaja itu dan tidak berbelit belit. Kita harus berbalik kepada tujuan asal menamakan anak. Semua tujuan adalah baik dan berharap anak akan "berbahagia" seperti yang disebutkan. Namun adakah sesuai nama itu dengannya ?

Saudaraku....dalam menamakan nama anak anda, ukurlah baju dibadan sendiri. Jangan jadi anjing dengan bayang bayangnya. Jadilah orang yang bersederhana...... Wallahualam.


Mudah mudahan doanya di makbulkan Allah......................................................................

4 comments:

Sukma Haron said...

setuju sangat...orang sekarang letak nama panjang-panjang berbelit nak sebut.....

Anonymous said...

Salam,betul tu...nama yg panjang amat susah bila dipanggil nama dan semasa menulis dalam borang2.Kekadang tu nama-nama itu berat yang amat sehingga tak terbawa oleh situan punya nama. Cher semak remaja2 yang merogol,merempit mendadah,mengintai,meragut dan sewaktu dengannya....majoriti adalah nama Nabi atau nama Allah.Buat malu je....

Panglima Muda said...

betul betul..pm jumpa gadis rusia namanya fatimah. cantik lawa tapi......

chengmai said...

memang banyak orang kata apa ada pada nama,tapi masa saya baru lahir ke dunia saya di nama kan fatimah lepas tu halimah dua2 pun tak serasi hingga lah di tukar kepada nama yg sekarang kekal sampai sekarang.setuju sangat jangan bubuh nama anak kita panjang2 kadang2 ada yg berbelit nak menyebutnya sebab tu anak saya nama nya 5 huruf saja renung2kan lah.