Sunday, December 1, 2013

Kalau Tidak Kerana Padi

Salam,

Dah lama tak ada entry, hilang segala idea berakal nak menulis.......

Hari Sabtu lalu pm jadi orang tua pergi kursus umrah di banguanan kondo belakang The Mall...Bermula dari jam 8.30 pagi sehinggalah jam 1.00 tengahari.....


Kesian ustaz tu bagi ceramah 4 jam... , namun belajar sehari tidaklah mencukupi rasanya. Berbagai rupa dan perangai orang yang datang dan tak tidak termasuk perangai pm sendiri. Begitulah indahnya alam maya ini sedangkan jari kita pun tidaklah sama panjang pendiknya......


Begitulah kita ini sewaktu muda muda tidaklah mahu belajar, bila sudah berumur begini terkial kial menghafal doa. Sekejap ingat sekejap tak ingat...sekejap lagi lupa terussssss. Maka di tempat kursus itu ada yang membawa buku macam nak periksa dan ada yang relex je dengar ustas berceramah. Akhirnya mata mula mengantuk dan terkuap kuap berkali kali. Kata kata ustaz didengari tengggelam timbul......hilang perlahan lahan......ishhhhhhhhhh sedapnya tidur........

2 comments:

PCL said...

Pakdin..Ustad kalau pandai buat lawak ramai pendengar yg jegei bijik mata...tapi kurus haji mana mai lawaknya pulak kan..haha layan, takpa PM masuk majlis ilmu dapat pahala...insyaAllah.

perjalanan pulang said...

cam tu lah

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...