Followers

Tuesday, January 14, 2014

Suruh Bercerai

Salam.......,

Bukan hari ini tapi juga semalam dan hari hari sebelumnya berbagai kisah keganasan suami diutarakan oleh kaum hawa. Menjelaskan bahawa lelaki memang tidak berguna tapi perempuan tetap kena kahwin dengan lelaki dan tidak mungkin perempuan berkahwin dengan perempuan.



Lelaki memang ganas dan segala galanya ganas, itulah komen wanita di dalam mesyuarat tingkap dan persatuan wanita tapi sang ketua mesyuarat itu balik rumah peluk lakinya juga........Siapakah yang benar sebetulnya. Adakah wanita sukakan suami yang lembut, bersopan santun mengikut cakap, senang disuruh, senanglah kalau nak buat sesuatu ? Wanita akan berbahagia dia atas kesenangan itu ? Mereka mengambil contoh Nabi Muhammad SAW sebagai suami yang baik dan berlembut. tetapi adakah mereka sedar bahwa Nabi Muhammad juga adalah seorang yang tegas.



Terdengar cerita dari kampung di seberang sana kisah seorang wanita yang hidupnya bagaikan menanggung suaminya. Suaminya suka suka hati untuk bekerja, manakala harta isterinya dimakan sesuka hatinya. Kejam sangat bunyinya tapi rumah tangga itu telah berlangsung sekian tahun lamanya. Elok sahaja kedua laki bini kesana kemari. Akan isteri itu pula, apa sahaja kehendak suaminya diturutinya. Yang sakit mata, sakit tengah belakang adalah saudara mara yang terdekat melihatnya. Maka datanglah persoalan siapa tanggung siapa ..

Lalu datanglah saudara perempuan yang alim menasihatnya dengan kata bahawa dia berhak meninggalkan suaminya, boleh minta cerai............

Pm teringat satu hadis..

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:
لَوْ كُنْتُ آمِرًا لِأَحَدٍ أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا
Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain niscaya aku akan memerintahkan istri untuk sujud kepada suaminya.


Sunday, January 12, 2014

TETAMU DI MUKA PINTU

Salam.........

Islam itu indah, begitulah detik hatiku bagaikan mengalunkan lagu...............Hanya tinggal beberapa hari lagi aku akan berlepas untuk menunaikan umrah. Sepertinya orang lain aku sangat berharap supaya selamat pergi dan kembali. Dalam masa yang sama aku bermohon kepada Allah untuk mendapat ilmu yang yakin dan memberi menafaat.

Seperti yang dirancangkan sebelum berlepas, sukalah hatiku untuk memanggil jiran jiran sebelah menyebelah untuk diajak makan bersama sama. Kepada adik beradik dekat dekat kujemput juga dengan kata " datanglah ke rumah malam ni, ada sikit makan makan" Sebenarnya aku ini "simple"....setakat doa doa tu sesiapapun boleh... Yang penting makan....

Pagi semalam aku pergi berkursus untuk kali ke 3, sementara anak bini di rumah beserta kawan kawan yang terdekat pakat pakat masak  masak sikit sikit....


Tapi ahli mesyuarat tingkap ini dah buat plan lain....


Pukul 7.00 malam dah jadi macam  ni


Selepas aku solat maghrib, ahli mesyuarat tingkap dengan tiba tiba bersuara " awak jemput orang surau untuk baca doa"... Mai oiii aku terperanjat....".Malam ni malam sabtu kau orang boleh tahan ke " aku mula bersuara. " Insyaallah cukup " kata mereka.... Fikiran Ahli mesyuarat tingkap ni sukar diduga, kenapalah tak cakap awal awal. 

Waktu Isya' aku berjemaah di surau dan akhirnya menjemput sekelian yang ada...Waktu balik ke rumah kelihatan ahli mesyuarat tingkap menyediakan benda benda yang entah datang dari mana









Kesimpulannya...." kerja Allah" manalah manusia tahu....Alhamdulillah semua cukup. Nasi bariani dan laksa pun cukup.... Allah meraikan Tetamunya......

Thursday, January 9, 2014

Air Mata Emak Bapak

Salam...,

Makanan di kantin sekolah terlalu mahal ? Banyak jerit tangis yang aku dengar dengan begitu sayunya. Ada yang bawa duit 50 mengikut standard orang dulu dulu untuk membeli makanan di kantin....tak bernilai nampaknya walaupun merupakan wang emas..


Apa boleh buat semua barang sudah naik harga walaupun air lior. Maka langkah langkah penjimatan disebut sebagai kata kata hikmat yang patut ditampal di dinding sekolah. Tulislah perkataan " BERSABARLAH atau BERSYUKURLAH pada dinding sekolah itu..... Setiap kali air mata anak anak murid mengalir lantaran kelaparan sila tunjukkan perkataan itu.....

Seingat aku, bila sesi persekolahan bermula, air mata emakbapak yang gugur terlebih dahulu. Apatah lagi emak bapak yang bekerja di dalam sektor swasta. Ada yang gaji lambat, ada yang bonos tak dapat, ada yang memang tak cukup lansung.......



Waktu pilihanraya kelmarin aku tenguk korang bukanlah main sukanya. Ada aja duit masyukkkk. Tukang cakap pun duit masyukk, tukang gantung banner pun duit masyukk, tukang ampu pun masyukkk jugak, dan tukang masyukk lagilah tambah masyukkkkkkk


Sekarang semua yang masyukkk dengan aku aku sekali termenung nak beli ikan termenung... Aku tidak salahkan pemerentah tapi aku marah bila tenguk korang terlampau suke sangat...Orang tua tua dahulu dah pesan " jangan terlampau suka nanti dapat duka "

Sekarang ambillah kata kata hikmah... Berjimat cermatlah, jangan terlalu banyak menggunakan gula kerana tidak baik untuk kesihatan. Semua kata kata hikmat ditulislah pada dinding dinding pejabat, dinding masjid , gereja kuil dan tok kong dengan tulisan tulisan emas dengan harapan serta menanam semangat membaca dikalangan tua dan muda...

Berbalik pada kisah dulu, dimana hari pertama persekolahan aku telah memanjat pejabat ceti yang haram tapi halal. Ceti pun tak ada pagi itu kerana menghantar anaknya sekolah. Aku menunggunya sampai ke tengahari....semuanya kerana nak sekolahkan anak anak. Bila berjumpa ceti, ceti ambik gambar aku bagi menggadaikan maruah, dia ambil kad bank aku. Sesudah dapat duit, aku bergegas ke sekolah dengan sebab nak bayar yuran sekolah anak anak. Di waktu itu mana orang nak menangis bersama sama aku....Baju sekolah susah sangat nak tukar, adik pakai baju abang, adik ini pakai pulak baju abang...Abang kakak pulak kekadangnya hanya ada sehelai baju je dengan seluar begitu juga kakaknya. Kalau kotor, balik sekolah basuhlah dan keringkan... esok pakai balik....

Belanja sekolah......bagi roti je sebagai bekal... Adakala roti bun, adakala roti krim adakala, roti disapu mentega yang dibawa dari rumah. Ada yang tak makan, tengah hari menumpang di rumah orang. Orang tu ajak anak aku makan, budak budak tu tak nak makan... Balik ke rumah waktu petang barulah makan...

Anak orang lain sekolah biasa waktu pagi, sekolah agama waktu petang. Kalau tak sekolah agama takut nanti tak RETI agama pulak. Anak aku tak sekolah agama lansung sebab aku ini tidak mampu macam korang. Nak buat cam mana kalau anak aku tak reti agama.............Hari ni aku dengar sekolah agama lagi mahal dari sekolah biasa.....Maka banyaklah orang bijak pandai agama dimasa akan datang dan sentiasa memelihara maruah dan aurat ....

Hanya aku nak pesan pada korang.....aku, emak bapak korang, saudara mara korang semuanya dah bersusah terlebih dahulu tanpa bantuan, tanpa sokongan...bagi membesarkan anak anak. Hari ini adalah hari korang pula menitik menitiskan air mata bertempayan bagi menebus air mata kami yang terdahulu. Tidak ada hidup yang tanpa cabaran, tidak ada senang yang tanpa didahului dengan kepayahan.....10 tahun lagi atau 20 tahun lagi mungkin korang akan senang.......wallahualam.

Wednesday, January 8, 2014

Hanya Sekeping Hati

Salam.........

30 tahun yang lalu seorang kawan memberitahu pm bahawa perkara yang teramat susah adalah untuk menjaga hati manusia. Pm angguk sepertinya tersangat faham , padahal tak faham lansung.....


Lain kita rasa, lain pula orang rasakan apatah lagi tentang apa apa yang berlegar difikiran orang , manalah kita tahu.... Mula mula pm fikir diri sendiri sahaja...orang kata pm tak ada hati perut, tak ada perasaan. Bila pm mula buat baik fikir fikirkan hati orang, orang pulak tak fikirkan hati pm....Soal hati tu memang berat ya ?

Dalam umur umur begini, malas sangatlah nak pertikaikan apa apa lagi, suka hati koranglah nak buat apa. Malas nak dendam dendam, marah marah dan nak balas balas... Esok lusa bakal berjumpa jugalah kita semula. Kalau hidup pun kenalan kita juga dan kalau mati pun kenalan kita juga..Siapa nak menang, bagilah menang, siapa nak kelebihan dimata manusia , ambillah kelebihan itu...Kita ni dah tua.....menunggu masa nak habis sahaja.....



1 Ciri-ciri munafik

Sabda Rasulullah SAW:
"Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat."

Saturday, January 4, 2014

Layang Layang Bertali Benang

Salam,

Azan zohor telah berkumandang....pm masih disini setelah " menyampuk" coretan kawan kita " Suria Lekat Lekit"  Perangai pm menyampuk tak tentu hala ini memang ada tak baiknya. Ya lah orang nak cerita beri pengajaran pm pulak nak masukkan bab akidah.....isshhh buat orang marah je nanti....

Pm nak sentuh sedikit tentang " New Year ". Dulu masa budak budak pm pun seronok juga sambut NY tu apatah lagi waktu itu pm bekerja di Bukit Bintang. Pm sebenarnya seronok tenguk orang seronok. Ye lah, di Bukit Bintang tu macam mcam rupa orang ada. Paling seronok pula tenguk orang mabuk tertonggeng tonggeng, Kalaulah yang mabuk tu orang perempuan ...lagilah suka melihatnya. Tapi yang tak sedapnya bila ada orang suka bergaduh gaduh, sembelih menyembelih, tembak menembak.....Penatlah dibuatnya. Namun pada waktu itu pm memangnya sangat jahil. almaklum... "akulah segala galanya....."

Bila hampir tiba NY itu berbagai PERANCANGAN dibuat. Kalau yang berniaga itu pastilah merancang rancang apa yang mahu diketengahkan. Bagi pm pula adalah langkah langkah keselamatan bagi melayan karenah orang ramai. Betapapun merancang rancang sekalipun, ada juga peristiwa  berlaku di luar jangkaan. Misalnya ada orang tersepit dipintu lift, tersalah masuk tandas, tersalah peluk bini orang, tertelan penutup botol atau tersalah bayar bil .........kalau nak disebut memang banyak misal tak masuk akal. Di dalam situasi begitu, kami mengumpulkan banyak anggota di setiap sudut dan termasuk jugalah bagi kawalan lalu lintas. 



Bermula jam 12.00 malam itulah bergemalah Bukit Bintang bagai dirasuk hantu jembalang bila mana muzik berbunyi kuat dimana mana, manusia bersorak melompat bersuka suka sambil mengucapkan dan mengucupkan sebagai tanda selamat tahun baru



Dari jam 7.00 malam kami bertugas sehinggalah jam 5.00 pagi dimana keadaan kembali reda. Esok paginya kita bukan hanya melihat sampah sampah memenuhi jalan tapi juga melihat manusia bergelimpangan ditembuk tembuk dengan tanpa ada rasa kemaluan.

Sekarang pm tidak lagi mendengar semua itu. Malam tahun baru sangatlah sepinya. Hanyalah bantal menemani mimpi.......lagi best...siapa nak tenguk tv... lantak koranglah.....

Namun esok paginya setelah solat subuh jam 6.20 pagi.... ketika pm sedang berkemas kemas memasukkan barang ke atas kerusi belakang kereta, pm telah terjatuh ke dalam longkang  yang kebetulan betul betul berada di sebelah kereta.... betul betul happy new year....kaki luka dan calar serta sengal sengal terhentak yang pm dapat.... Petang itu longkang tersebut telah ditutup oleh anak anak. Benarkah manusia ini hanya merancang.....Hanyalah Allah tembat kembali....