Followers

Saturday, February 8, 2014

Cinta Yang Tidak Pernah Di temui

Salam..............

Sudah lebih seminggu pulang dari dari Tanah Suci, pm masih lagi dalam keadaan kurang sihat terutama pada waktu malam. Untuk menjadi " sebab" kejutan perubahan cuaca begitulah mencabar sekali ditambahi pula habuk habuk hasil dari kerja kerja pembinaan di kota suci itu......Sambil berseloroh pm berkata " orang yang banyak dosa ketika pulangnya ke negaranya meman terkena sakit".............Ada orang suka mendengar cerita cerita yang misteri misteri dari sana, pada hal pak arab itu lebih kurang seperti kita juga bahkan mungkin terlampau lagi buruk perangainya. Apa nak buat, manusia ini mengikut budaya masing masing juga...

Bagaimana keadaan orang Malaysia di sana ? Pak Arab kaya " Malaysia bagus" Orang Malaysia terkenal dengan disiplinya tertibnya , berlemah lembut, tidak mengikut perasaan tidak melawan.....Semuamya ikut sahaja... Dalam erti kata lain " bersabar....redho dengan Qada' Allah. Bahkan sebelum bertolak ke tanah suci , orang orang malaysia diperingatkan supaya menjaga mulut lidah dan jangan cakap sembarangan walaupun detik detik jahat di dalam hati.....Pm pasti orang orang Malaysia adalah yang terbaik......

Airport Jeddah adalah ujian pertama untuk 5 jam berdepan dengan imigresen mereka. Untuk mendapat layanan baik kira nasib nasiblah, inilah kerana undang undang di dalam hati perut mereka. Lagi besar pangkat lagilah beraja di hati. Janagn persolankan keadilan jangan tanya kenapa orang ini dulu, kenapa saya kemudian, Janagan tanya kenapa dah beratur kat depan tiba tiba kena pusing balik ke garisan mula....Mereka tidak pernah berubah dan entah bila tahunnya akan berubah....


Setelah 5-6 jam itu maka lepaslah siksaan pertama. Kumpulan pm berkumpul di satu kawasan lapang menunggu bas untuk ke madinah. Bas tidak muncul , wakil menungggu tak nampak bayang telah memberi kegelisahan. Akhirnya bas muncul dengan seorang pemandu arab yang hanya faham sikit sikit sahaja bahasanya. Dia suruh kami makan dengan bekalan nasi sejuk berlaukan rendang daging. Selepas itu senyap sahaja sehingga beberapa jam kemudian. Akhirnya bas kami bertolah juga selepas sekumpulan lagi group dari Johor sampai... Rupanya nasib mereka lebih dahsyat dari kami ketika melalui emigresen itu...

Esoknya jam 7.00 pagi waktu saudi 19 Jan, kami sampai ke hotel penginapan di Madinah

Taklimat rengkas menyuruh kami berehat di mana diwaktu petang nananti kami akan dibawa melawat ke masjid nabawi dan makan rasul serta keluarganya. Kami cuma dengar sahaja, selesai solat subuh kami minum pagi dan selepas itu kami dengan dengan sendirinya masuk ke masjid nabawai melawat makam rasul dan solat di raudah............................................................

Kali pertama itulah pm menjejakkkan kaki ke masjid nabawi. Pm melihat banyak orang minum air zam zam. Sepertinya orang lain pm turut minum air zam zam sambil berdoa dan dalam sedar tak sedar air mata mengalir. Tapi kenapa ya? Kenapa itulah persolan yang tanpa jawapan


Memasuki ruang masjid itu sungguh mempersonakan.........


Sejuknya mata memandang, tenteramnya hati tapi air mata bagaikan tidak mahu keringnya ditambahi pula pada waktu waktu solat magirb isya dan subuh...........Imam terus membaca surah yang panjang, membawa hati pergi jauh...jauh dari tubuh jauh dari segalanya galanya dan kembali kepada sang pencipta...Pm tidak pernah bertanya kepada diri pm, berapakah banyaknya gajaran pahala yang Allah akan beri..sebaliknya hanya menyerah dengan redho.......

Alhamdulillah dengan mudah pm dapat bersolat di raudah iaitu tempat yang paling digemari orang , begitu juga melawat makam rasul pada awal pagi itu......


Apakah cerita misteri di kota Madinah ini ? Pm tidak tahu.......Di sini orangnya baik baik, cuaca sejuk, pakaian tidak berbau walaupun 3-4 hari. Semua orang rajin bersolat....Banyak juga yang melontar RIYAL di pasar pasar berdekatan masjid....



3 hari di kota Madinah rasanya bagaikan tidak mencukupi. Lebih lebih lagi bagi mereka yang kaki shopping. Ada sahaja yang di dalam ingatan, asal balik dari masjid mistilah singgah shopping. Dalam sedar tidak sedar, beg sudah bertambah berat.....Dimna pula niat nak beribadat tadi? Membeli sesuatu untuk ahli keluarga sebagai kenangan itu merupakan ibdah juga....Islam itu sangatlah luas dan bukan hanya membilang tasbih.....

Hari terakhir pm berangkat meninggalkan madinah, terasalah tersangat berat di dalam hati...Sambil melalui makam rasul memberi salam...." Ya Rasullulah aku nak pulang" hati terus berbisik. Manakala air mata gugur sepanjang perjalanan itu....." Kenapa ya.... hati terus bertanya....manangis meninggalkan makan seseorang yang tidak pernah terlihat oleh mata. Bahawa selama ini orang bercakap tetap cinta rasul, pm tidak pernah merasai apa apa... Tapi pada hari ini apabila pm meninggalkan makam itu barulah pm sedar betapa kuatnya ikatan nabi dengan umatnya......


3 comments:

Kakcik said...

Bila pulang, pastinya rindu datang bertamu di kalbu....

Panglima Muda said...

kak cik, terasa sangat kuat ikatannya di makam rasul. Saya rasa pelik. Betullah kata orang bahawa umrah itu bukanlah jalan jalan makan angin. Ada orang memperlekehkan umrah padahal untuk pergi haji masa kini bukanlah mudah. Mereka belum lagi merasai nikmat rindu

Kakcik said...

Betul. Mereka belum merasainya walaupun mungkin mereka telah bertamu ke sana.