Wednesday, April 23, 2014

Senja Itu Indah

Salam,

Hari ini pm dah tua dah....tak ada rahsia rahsia pun...dah umur 25 tahun...ha ha ha ha....kasi terbaliklah.....52 tahun.......


Macam biasa ...ada kek malam tadi. Kali ini tak beli, ada orang tukang buat dari Kepong, kek coklat sahaja tapi pm tak makan pun..

Ada tetamu yang datang dari sebelah sebelah rumah dan juga anak anak meraikannya....








  Ada tukang baca doa juga

Makanan tambahan, kueh udang, spegeti, agar agar, , buah epal, air teh tarik sudah kira mencukupi untuk segala galanya tanpa kek import dari kedai....


Cam ni lah budak budak yang ada, pasal makan suka sahaja.....


Petang semalam sebenarnya pm rasa kurang sihat, rasa pening dan mual serta jantung rasa macam dicucuk... Ingatkan semalam dah dekat abis dah tapi tuhan panjangkan umur.... 52 tahun sebenarnya ' waiting list'

Tuesday, April 22, 2014

Kerana Pulut Santan Binasa

Salam,

Semalam di dalam keadaan mata mengantuk itu masih sempat menonton filem " langgar ' di TV. Cerita tentang pembunuhan, dendam dan gaduh gaduh berpuak puak. Biasalah hero misti menang walaupun berakhir dengan kesedihan juga.... beliau menyerah diri kepada pihak polis


Melihat kepada cerita itu, teringatlah di waktu budak budak, walaupun tidak selasak mana tapi badan puas berhempas pulas. Suka suka hati main parang, berguling sana sini, hempas menghempas. Pendik kata kekuatan adalah carian pertama. Semua itu adalah faktor pengaruh keadaan semasa, pergaualan, dari apa yang dilihat, dibaca dan diketahui. Berani dengan keadaan darah muda yang mempunyai nafsu serta keinginan.

Minggu lalu pm pergi ke kampung di utara tanah air dengan tujuan nak berurut. Tukang urat kata, terdapat keretakan pada buku lali, tulang belakang sudah lari dari kedudukan asal dan tidak termasuk kepada urat urat yang bersimpul serta masuk angin. Benar, penyakit lenguh lenguh dan ngilu di bahu kiri serta sengal sengal di bahagian kaki dan lutut betul betul mengganggu ketenangan. Dia tanya masa budak budak dahulu pm buat apa ? Tersenyum sendiri dibuatnya.....pm bukan kaki bola, bukan main badminton, bukan juga main dam haji atau dam ular. Pm masuk gimnastik.......dengan cikgu jepun di stadium merdeka. Pandainya tak lah sangat tapi terhempasnya banyak juga.......


Kesimpulannya kita dapat apa yang kita pernah buat. Kalau dahulu sesedap hati kita pukul orang maka pada hari ini jangan hairan kalau badan kita sakit sakit dengan sebab apa yang kita pukul dan hentak dahulu  itu adalah hak Allah. Kalau kita dahulu suka panjat sana sini, jangan hairan kalau hari ini adalah sumbat sumbat, sengal pilu sana sini...Semuanya berbalas dan tidak ada yang percuma.................walaupun mungkin anda ada hak meminta ampun....

Kita sebenarnya tidak amanah menjaga tubuh badan kita, main sapu sahaja. Kalau makan
mee megee sampai berbungkus bungkus dan minum teh tarik sampai bergelas gelas..........


Kita nak senang dan mudah, makan mengikut nafsu padahal sudah ada nasihat mengatakan supaya kita bersederhana.....betulllah manusia ini melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga badan badan mereka pun rosak.........

Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah dia dari golongan yang membuat kerosakan.


Monday, April 21, 2014

Kalau Berumah Di Tepi Pantai

Salam,

Lama sudah pm tidak ada entry dengan sebab fikiran pm macam nak pupus je... Sebelum hilang kapalterbang tu dah rasa tak ada mod...

Sekembali dari umrah Febuari lalu, tiba tiba anak lelaki pm meluahkan perasaannya untuk " berbini". Lalu pm menasihatkan beliau berfikir masak masak sebelum buka mulut luas luas. Bila mulut dah terbuka, segala kerja dan niat akan terus berlansung dalam apa keadaan sekalipun. Dia kata, duit dah ada, cuma nak kenduri je kena cari. Diapun fikir nak kenduri kecik kecik sahaja, ala ala kadar panggil orang sikit sikit. Namun begitu pm telah membayangkan bahawa biasanya kejadian itu berlaku berbeza dengan rancangan.

Akhirnya dia buka mulut dengan perasaan PUTUS NIAT. Dia bercakap terang terang di hadapan keluarga isteri pm dan memberi kejutan kepada ibunya sendiri. Dan bermula dari hari itu persiapan pertunangan pun dilakukan. Di dalam gelombang menempuh hari hari yang berlalu itu, dengan izin Allah persiapan pun siap. Nak hantar sembilan barang tiba tiba jadi 15.....


Tanggal 18hb March, rombongan peminangan pun pergi ke Putera Jaya dengan sambutan hujan rahmat sepanjang hari di musim catuan air ini. Perbincangan seperti biasa dan agak menarik sambutan makan minumnya. Maklumlah, orang gaut pun berpeluang makan pulut kuning...


Syukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan baik dan berpuluh puluh gambar telah dipetik bagi kenangan di majlis itu...


Pm sangatlah berbesar hati dengan bantuan ahli keluarga dan jiran jiran tetangga serta angkatan muda yang menjadi tulang belakang yang mengurangkan sedikit pening pening lalat.


Namun seperti yang telah pm sebut, kerja kerja mendatang kenalah diteruskan. Bakal pengantin kenalah siapkan duit walaupun kenduri kecik kecik. Emak bapak tentunya pening dengan cadangan cadangan kaum kerabat, yang mana mungkin menambah acara makan dan acara menduit, acara mengena dan tak kena di dalam projek besar itu.

Di dalam mengharungi peristiwa itu, ada juga kaum kerabat kita yang mungkin sudah terlepas sesaknya dan kini menyaksikan KESESAKAN  kita pula. Dimasa ini kita pula mengharap bantuan orang, bagi yang berpengalaman, bagi yang mempunyai kemampuan kederat empat kerat. Tidaklah manusia itu terlepas dari singgung menyinggung, gesel menggesel sebagai adat kehidupan adik beradik satu emak satu perut, satu kelompok.......Maka di sana adanya pakat pakat.....pakat pakat nak tolong atau pakat pakat tak mahu tolong........Hanya Allah yang lebih tahu dan mendahului segalanya. 

Semuga Allah membuka pintu rezeki, memberi bantuan kerana tidak ada bantuan yang lebih sempurna selain dari Allah...

Tuesday, April 15, 2014

Siapa Kuat

Salam,

Dulu bukan main hebat lagi.....Senang senang nak cincang orang. Paling paling tidak main pijak pijak sahaja. Asal geram main potong saja...Tu  belum lagi sumpah sumpah semacam sang kelebai....Punyalah kuatnya kalau dipijak boleh jadi abu......



Dulu, apa yang datang dapat ditepis, ombak datang boleh ditepis, kilat menyambar boleh dikuesssss sahaja. Macam badang yang makan muntah hantu.... tapi itu dulu bang oiii

Dulu, bukan main senang panjant panjat, gunung mana tak di daki, lurah mana tak dituruni....Itu dulu bang..


Tapi sekarang dah tua......urat urat dah berselirat bersimpul mati, sudah bertindan tindan macam akar pinang...sudah menjadi tempat hantu segala hantu bertenggek dan menyelam keluar masuk...


Sekarang hati hatilah...tidak semua yang indah itu bahagia, tidak semua yang cantik itu sempurna. Kalau tak larat eloklah duduk diam diam dan jangan percaya pada apa yang anda lihat...


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...