Followers

Monday, April 21, 2014

Kalau Berumah Di Tepi Pantai

Salam,

Lama sudah pm tidak ada entry dengan sebab fikiran pm macam nak pupus je... Sebelum hilang kapalterbang tu dah rasa tak ada mod...

Sekembali dari umrah Febuari lalu, tiba tiba anak lelaki pm meluahkan perasaannya untuk " berbini". Lalu pm menasihatkan beliau berfikir masak masak sebelum buka mulut luas luas. Bila mulut dah terbuka, segala kerja dan niat akan terus berlansung dalam apa keadaan sekalipun. Dia kata, duit dah ada, cuma nak kenduri je kena cari. Diapun fikir nak kenduri kecik kecik sahaja, ala ala kadar panggil orang sikit sikit. Namun begitu pm telah membayangkan bahawa biasanya kejadian itu berlaku berbeza dengan rancangan.

Akhirnya dia buka mulut dengan perasaan PUTUS NIAT. Dia bercakap terang terang di hadapan keluarga isteri pm dan memberi kejutan kepada ibunya sendiri. Dan bermula dari hari itu persiapan pertunangan pun dilakukan. Di dalam gelombang menempuh hari hari yang berlalu itu, dengan izin Allah persiapan pun siap. Nak hantar sembilan barang tiba tiba jadi 15.....


Tanggal 18hb March, rombongan peminangan pun pergi ke Putera Jaya dengan sambutan hujan rahmat sepanjang hari di musim catuan air ini. Perbincangan seperti biasa dan agak menarik sambutan makan minumnya. Maklumlah, orang gaut pun berpeluang makan pulut kuning...


Syukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan baik dan berpuluh puluh gambar telah dipetik bagi kenangan di majlis itu...


Pm sangatlah berbesar hati dengan bantuan ahli keluarga dan jiran jiran tetangga serta angkatan muda yang menjadi tulang belakang yang mengurangkan sedikit pening pening lalat.


Namun seperti yang telah pm sebut, kerja kerja mendatang kenalah diteruskan. Bakal pengantin kenalah siapkan duit walaupun kenduri kecik kecik. Emak bapak tentunya pening dengan cadangan cadangan kaum kerabat, yang mana mungkin menambah acara makan dan acara menduit, acara mengena dan tak kena di dalam projek besar itu.

Di dalam mengharungi peristiwa itu, ada juga kaum kerabat kita yang mungkin sudah terlepas sesaknya dan kini menyaksikan KESESAKAN  kita pula. Dimasa ini kita pula mengharap bantuan orang, bagi yang berpengalaman, bagi yang mempunyai kemampuan kederat empat kerat. Tidaklah manusia itu terlepas dari singgung menyinggung, gesel menggesel sebagai adat kehidupan adik beradik satu emak satu perut, satu kelompok.......Maka di sana adanya pakat pakat.....pakat pakat nak tolong atau pakat pakat tak mahu tolong........Hanya Allah yang lebih tahu dan mendahului segalanya. 

Semuga Allah membuka pintu rezeki, memberi bantuan kerana tidak ada bantuan yang lebih sempurna selain dari Allah...

No comments: