Monday, June 30, 2014

Surau As Soodiqin, Kasturi Bukit Beruntong

Salam Ramadhan,

Dulu orang kata bahawa tempat tinggal aku ni tempat JIN BERTENDANG. Ramai yang dah beli rumah di sini dan kemudian menjualnya semula kerana tidak tahan dengan jin jin yang ada. Kerana banyak jinlah maka tumbuhlah tesco, sekolah surau, pusat latihan dan sebagainya bagi menyekolahkan jin jin tersebut. Ada orang kata tempat ni jauh, Seremban lagi dekat dengan KL. Maka dengan sebab jauh itulah, saudara mara adik beradik macam tak larat nak singgah. Mereka lebih suka singgah di rumah rumah burung yang berada di tengah tengah kota......




Ini adalah gambar surau yang berdekatan dengan rumah aku, iaitu SURAU AS Soodiqin di Kasturi Bukit Beruntong yang mana susah sangat nak jumpa dalam google. Ada pun orang orang surau ini baik baik, walaupun aku ini jenis tenggelam timbul, almaklum balik rumah selalunya malam hari.




Seperti yang aku cakap tadi, orang surau ini baik baik dan tidak memilih bulu sepertinya tempat tempat lain. Tanpa menolak dan tidak mengira ahli atau tidak, tidak mengira siapapun maka kalau ada jemputan pasti mereka tidak mengecewakan tuan rumah...





Dulu berdekatan surau ini ada juga bazar ramadhan tapi tahun ni, berpecah pula di tiga tempat bazar ramdhan tu, satu dalam pekan, satu dekat masjid dan satu lagi di Seroja. Namun yang datang ke bazar tersebut bukanlah jin jin tapi manusia macam kita....







Kalau nak rasa sedap tak kueh kat sini, datanglah ramai ramai........

Saturday, June 28, 2014

Alahai... Dah Nak Dekat Puasa Rupanya

Salam,

Di kala orang orang surau tempat pm ada gotong rotong menyambut bulan puasa esoknya, pm pula masih tersangkut di tempat kerja. Mudah mudahan Allah merahmati anda sekelian wahai orang Taman Kasturi di surau As soodiqin Bukit Beruntung..... malangnya gambar surau sukar dicari dalam google...

Melalui pasar borong selayang pagi tadi, rata ratanya menunjukkan jem dan agak sesak dengan sebab terlalu ramai orang mencari lauk pauk sebagai hidangan menghadapi bulan ramadhan yang tiba esok. Pm tidak tahu harga ikan dan sayur bagaimana, mungkin harga semakin turun atau sebenarnya tak pernah turun bahkan semakin naik. Tapi ini adalah tradisi kita orang orang melayu darinya zaman nenek moyong yang begitu berbahagia memyambut bulan puasa...


Petang nanti sibuklah suruh anak cucu mandi dan mengajar niat puasa. Mana mana anak anak yang terlupa, jangan lupa talipon ajarlah balik niat puasa sebulan, niat puasa sehari di bulan ramadhan. Cam tu pun ada tiap tiap tahun. Makan malam ini agak mewah sikit, begitu juga surau bakal meriah juga dalam sehari dua ini.... Jangan lupa kunci jam untuk bangun sahur pagi esok..... Jangan terlajak pulak......tentu lapar sangat puasanya ya......Petang esok pastinya ada juadah yang best best....maklum menyambut puasa...



Jangan pengsan sudahlah.....

Wednesday, June 18, 2014

Kain Yang Terlondeh

Salam,

Aku nak menyambung kembali sebutan aku semalam pasal bangla ni......Pertamanya kena ingat jangan nak hina bangla dengan sebab dia orang itu manusia juga. Kedua banyak pula beragama islam yang masuk ke Malaysia ini, namun begitu ada juga yang cakap " bos, kalau pakai nama muslim lagi senang, lagi murah" Ini bermaksud ada yang budha tetapi menyamar jadi islam. Kisahnya ada sekor mamat ni aku marah dia makan di bulan ramadhan, last last mengaku dia budha. Ni, ejen punya kerja, maklumlah malaysia yang canggih ni mudah juga ditipu bangla...


Ada syarikat mengambil bangla secara lansung terus dari negaranya , ada pula jalan rengkas iaitu "hangkut" melalui ejen. Dah terang terang dah bahawa bangla ni datang Malaysia dengan tak tahu apa apa, ada juga yang bawak sijil sekolah darjah 10 yang sikit punya tinggi tapi apa pun tarak. Kita pula kat sini kena menyekolahkannya balik melalui kelas tadika. Kena ajar bercakap , kena ajar kerja, kena ajar beradap, bagi rumah, bagi makan, bagi kain baju. Ada pulak anak anak dara , janda bangsa kita yang meleleh air lior sampai menitik nitik ...


Anda tak rasa pelik ke bila tukang pasang alat kereta,tukang buat kereta pun bangla, lepas tu anda komplen pasal kereta berasap di tengah jalan. Anda tak pelik ke bilamana masuk ke hotel, penyambut tetamunya bangla, yang kemas bilik pun bangla, yang tukang hidang pun bangla, tentu sekali tukang masak pun dia jugak...Kenapa bangla tu tak beli sahaja hotel tu. Dah tu pulak hotel dikatakan taraf 5 bintang ?

Sebenarnya ahli perniagaan tak sensitif lansung, tak ada deria rasa. Janji berniaga sedangkan kemaluan ditunjuk ditayang tayang dihadapan umum.

Korang tau tak diaorang ni kena diajar cara mandi, diajar pakai minyak wangi kemudian barulah buat laki....Itupun kalau tahan.......

Satu yang aku suka ialah bila surau tempat aku penuh dengan bangla waktu solat, mereka sembahyang beramai ramai dan berimam. Lepas sembahyang berlongok ramai ramai sebab " time" nak makan. Budaya mereka tetap ada dan memang penat MENYEKOLAHKANNYA...


Anak anak bangla selalu hantar duit 3/4 dari gaji ke kampong halamannya. tinggal kat tangan hanya 100-200 ratus je. Lain hantar kampong, buat rumah besar besar. Cukup masa dia balik bangladesh, selepas dua bulan datang balik kerja kat sini. Senangnya dia keluar masuk. Sekarang bangla dah pandai pilih kerja yang gaji banyak, gaji sikit tak mahu, kerja busuk sikit tak mahu. Seorang bos kerja house keeping yang aku kenal pernah cakap dekat bangla pekerjanya " saya bos, benda busuk pun saya angkat tapi lu tak mahu"...Itu menunjukkan bahawa bangla jua ada hidung tapi kita tak ada hidung kerana nampak mereka wangi sahaja.

Diakhir kata, kalau tak ada mat bangla ini, sape pulak nak buat kerja, anak melayu kita sekolah nak jadi bos sahaja........

Tuesday, June 17, 2014

Kampongku Kampongmu

Salam,

Dah senyap pun isu babi tu sebab dah dihalalkan oleh "pak ularmak". Namun begitu aku mengambil kesempatan juga menasihat anak anak aku berkenaan pancaroba yang lebih teruk akan ditemui di masa akan datang. Dimana di waktu itu "Quran" lansung orang tak nak pakai. Yang orang nak pakai adalah cakap cakap orang yang nampak pandai tapi bodoh sesangat.....Eloklah pada hari ini belajar belajar bukak kitab agama balik, hapal mana mana yang patut, basic pun tak apa, buku sekolah rendah pun tak apa, bukak bijik mata besar besar kenal halal haram makruh, sunat, shubahat dan sebagainya. Janganlah dimasa akan datang melihat orang bertelanjang tapi mengatakan orang yang bertelanjang itu ada memakai baju.... Kalau dah telanjang tu kira telanjanglah...nak berhujah apa lagi....Nak bagi alasan boleh sebab "sekadar" hiburan ke?



Dalam sebut sebut begitu, teringat pula seorang dari anak lelaki aku yang nak masuk belajar ke ILP hujung bulan ni. Selepas SPVM dia kerja di bengkel seorang pakcik melayu. Dibayar gaji secara GAJI MELAYU, selepas tu masuk pula kerja kilang yang pemiliknya juga melayu, pun dapat gaji secara melayu......Paling paling tidak budak budak macam anak aku ni bekerja cuma 3-4 bulan lepas tu ceritanya sambung belajar. Maka dengan alasan itu dia dapatlah GAJI MELAYU...



Bersambong pada kisah itu, selepas SPM budak melayu masih sekolah lagi selama 3 tahun. Dah keluar nanti kalau nasib baik dapat kerja sepertimana yang dia belajar. Nasib tak baik dia kerja kuli manakala Bangla jadi bos...



Selama 3 tahun itu syarikat syarikat dan peniaga peniaga tempat mengambil bangla jadi pekerja mereka. Gajinya pula lebih lumayan dari bangsa kita dengan sebab selain dari bangla dapat duit , ejen pekerja asingpun dapat duit atas angin. Kecualilah bangla bangla tu bekerja secara mencuri curi atau bekerja sendiri. Kat chowkit ada banyak kedai bundle yang dimiliki bangla tapi diatas tiket orang melayu juga. Sekali sekala datanglah DBKL sapu kedai mereka........ tau tau dah bukak balik selepas beberapa hari kemudian. Musim operasi tempat tu nampak lengang je.....selang beberapa hari muka yang sama mucul balik. Agaknya bangla bangla pergi bercuti gamaknya........



Cerita pasal anak melayu susah nak dapat kerja, cerita peniaga melayu merungut tentang kedai bangla tumbuh macam cendawan memang dah lama dah.... Dah berapa kali mengundi, cam tu jugak. Pembangkang menang atau pihak pemerentah menang pun nampak sama jugak. Hari ini kita dengan bangla makan sama sama satu pinggan, dah tak ada beza pun. Ada orang cakap bangla rajin , melayu malas tapi aku tenguk si bangla kalau korang tak jaga dia akan lagi tambah pembelit...... Nak buat cam mana tak ada orang melayu nak kerja dan orang melayu pulak nak kerja senang senang. Nak kerja duduk je, sampai tak mahu cari down line...

Sangat sedih bila anak anak kita tidak dapat belajar sebaliknya hanya diberi angan angan oleh kolej kolej yang ada. "Esok awak keluar kolej awak akan dapat kerja itu inilah...." Bila dah keluar, puas memohon sana sini tapi tak laku....tempat tempat anak anda telah dipenuhi oleh bangla sebagai pekerja mahir. Senang, epf tak payah potong, mc tak laku, cuti tahunan tak ada, cuti mingguan tak ada......Tokeh tak perlu pening dengan persoalan pejabat buruh.........

Monday, June 9, 2014

Syurgaku Syurgaku

Salam,

Pm bukan nak tulis pasal babi walaupun kawan pm kata kita kena menghormati orang yang makan babi, bagi respect dan jangan menghina....



Kita kembali kepada yang dilarang, bukan sahaja babi tetapi kepada juga perkara perkara lain yang dilarang oleh agama. Namun soal babi lebih sensitf dari arak, gayanya sangat menggelikan dan terasa sangat dahsyat. Bagi mereka yang sudah belajar tinggi di luar negara mungkin tidak terasa sangat dengan sebab benda itu sentiasa berada di depan mata. Bagi orang melayu....oh tidak sama sekali walaupun dia seorang yang tidak taat pada agama..............

Soal hukum dapat ditukar setelah dikaji selidik setelah juga ada kepentiungan kepada pihak tertentu telah lama ada. Asal  sahaja yang pelik pelik, maka dicarinya orang berserban itu menyelesaikan. Sesudah diputar putar, dibelit belit, semuanya jadi ok.....Siapa berani bangkang ? Orang tak reti tapi ada pengaruh pun pandai juga bercakap cakap,



Bagi pm kalau korang nak makan, makanlah...samaada secara terang terang atau sorok sorok tapi jangan ajak orang makan, jangan pengaruh orang supaya makan, jangan buat cerita supaya orang tak ada alasan untuk makan....Siapa kata makan tu tak sedap, kalau tak sedap tentu ramai orang tak makan. Maka tukang masakpun susah nak meresepikannya.. .......Next cerita, masuk neraka pun ok dengan sebab Allah yang menjadikan neraka. Sesiapa yang masuk neraka dengan cerita kebenarannnya tidak akan terasa bahang panasnya...Sungguh berani manusia zaman ini ya............



Hanya pm terbaca...

Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)



Jadinya rupa babi juga tidaklah dapat dipuja, tidaklah dapat dihormati, tidak dapat di respect....suspect....

Tuesday, June 3, 2014

KALAU DAH KATA "HARAM" MEMANG HARAMLAH

Salam

"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (al-Baqarah: 172-173)



Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168)

"Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa , emak saudara sebelah ibu , anak saudara dari saudara lelaki dan anak saudara dari saudara perempuan kamu ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 )


Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yg diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dgn Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, & janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezeki kepadamu & kepada mereka, & janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yg keji, baik yg nampak di antaranya maupun yg tersembunyi, & janganlah kamu membunuh jiwa yg diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dgn sesuatu (sebab) yg benar". Demikian itu yg diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).



كِتَابٌ أُنْزِلَ إِلَيْكَ فَلَا يَكُنْ فِي صَدْرِكَ حَرَجٌ مِنْهُ لِتُنْذِرَ بِهِ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ

Ini adl sebuah kitab yg diturunkan kepadamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dadamu karenanya, supaya kamu memberi peringatan dgn kitab itu (kepada orang kafir), & menjadi pelajaran bagi orang-orang yg beriman.


Quran tu orang suruh baca, zaman sekarang dah ada terjemahan yang sangat terang. Jangan nak pening pening pasal halal haram. Hari ni Quran tu jadi perhiasan  jadi hantaran untuk orang kawin, jadi lagu melagu, bertambah tambah digital lagi tapi hukum tak nak pakai.....Tak salah ikut ijmak tapi janganlah buat semak kepala orang......Kalau orang atas sana berlaga, kita tak payah berlagalah.... Dalam Quran dah terang kata haram....jangan pandai pandai nak buat cerita pusing pusing jadi halal.......sorry gua tak makan gaji untuk blog ini....

Monday, June 2, 2014

Jodoh Kita Pasti Datang

Salam,

Semasa berada di kota Mekah , pm dan ahli keluarga pm dan rombongan kami mengerjakan umrah sebanyak 3 kali. Manakala tawaf sunat pula terpulanglah kepada ahli keluarga jemaah. Seperti biasa ibadah umrah merangkumi sekali dengan Sai iaitu perjalan ulang alik dari safa ke Marwah......


Pada hari sebelum datang, fikiran mula banyak membayangkan bagaimanakah rupa safa marwah itu. Ada juga fikiran jahat mengatakan takut takut tersesat atau juga perjalanan jadi terbalik atau tidak betul kiraan ulang aliknya. Berbekal pada bimbingan ustaz kali pertama pada malam itu, kebimbangan telahpun beransur pulih, pendik kata pergi seorang pun " no problem"


Ada yang sangat gelabah tidak tahu apa nak baca. Ada yang bawa buku dan berjalan perlahan lahan sambil membaca bersama sama keluarga. Kelihatan amat bersantai, dimana boleh singgah minum air zam zam. Ada juga yang kelihatan duduk duduk di tepi tepi dinding berehat  tapi bagi pm kalau dah duduk duduk begitu bilalah nak habis.......Cepat buat, cepat habis....selesai bertahlol.....cepat habis pantang...


pm dan di belakang itu kakak dan abang ipar pm

Sebenarnya bacalah apa yang boleh dibaca, cakap melayu pun tak apa seperti kata ustaz, hati kita jangan lalai dari mengingati Allah. Namun kalau sudah berhenti henti dan bersembang itu, entah kemana pula fikirannya...Tapi tiba tiba pulak azan berkumandang tanda masuk waktu.... Semua jemaah berhenti, dimana pula tempat mengambil wudu'.......?........Kita tidak tahu apa fahaman orang, ada yang selamba berdiri tegak mengerjakan solat, ketika itu pm  ada membawa botol spray.....Tentu mudah kerjanya...




Atau ada air zam zam boleh digunakan...................................



Pm juga berkesempatan mengambil gambar ketika sai........bangunan yang berbumbung, dingin dan tidak panas. Berjalan pantas merupakan senaman juga dimana kita akan berpeluh peluh........Waktu dahulu lansung tak ada bumbung dan lebih mencabar.....Sekarang benar benar makan angin........


Bukan seperti di Madinah, perempuan dan lelaki berasingan...Tapi sewaktu sai disini, semunya sama sahaja. apabila waktu solat tba kelihatan baris bersambung sambung. Ada kelihatan perempuan tengah tengah, manakala dikiri kanannya lelaki. Adakala perempuan sujud didepan, lelaki pula berdiri di belakang. Bila berjalan, berasak rasak berlaga laga. Kata orang yang penting niat......Salah seorang jemaah perempaun dikalangan kami tersipu sipu malu kerana ternampak kemaluan lelaki. Maklum lelaki berakaian ihram, mana ada seluar dalam. Dah bahagian perempuan tersebut nampak benda itu sedangkan kota mekah ini luas pandangannya.

Berbagai ujian ditempuh dan ada juga kesalahan dibayar cash....Usahlah merungut, terimalah dengar sabar. Kalau anda terkena, ingatlah apa yang anda telah buat....Kalau kehidupan anda berbahagia bersyukurlah.....Tapi jangan takut, dirikan solat taubat, kita kesana kerana nak bertaubat menyuci diri....Taubat bermaksud jangan buat lagi.... Bagi yang telah lama pulang ke tanah air, jangan buat buat lupa bahawa anda telah bertaubat...

Kembali kita kepada cerita apa nak dibaca ketika sai...Berbekalkan buku yang ada, kita bacalah mengikut kesesuaian. Tak perlu keliru memilih buku, kita mungkin tidak mampu menghafal kesemuanya...Tak perlu tunjuk terrror...ini bukan tempat menunjuk. Jika ada ketua kumpulan yang lebih arif, lebih baik ikut dia...

Kita kesini untuk merendah diri, melihat diri yang terlalu kerdil didalam jutaan manusia. Semuanya berpakaian sama, hanya segelintir berbelang belang. Ada orang tua dan kanak kanak juga anak kecil yang masih bayi. Orang Malaysia kebanyakkannya mampu ke sini "percayalah".....Tapi halangan serta alasan juga semakin banyak. Semuanya kerana menunggu...nantilah.....nantilah...insyaallah.... Insyaallah itu bermaksudkan kalau Allah izinkan........Dah pastinya Allah izinkan tapi tak sampai jugak...Ada sebab lain, nak tunggu anak kahwin, nak tunggu panggilan haji, cucu tak ada orang jaga dan paling paling tidak duit tidak cukup lagi.....Walaubagaimana pun terpulanlang kepada anda kerana usia semakin pendik, kesihatan juga belum tentu lagi dimasa akan datang.........Mudahan mudahan mendapat kurniaan dari Allah


Sunday, June 1, 2014

Mimpi Yang Nyata

Salam,

Selepas pulang dari tanah suci, pm pernah bermimpi mengerjakan tawaf bersama abang pm dan kemudian bermimpi pula melawat makam rasul dan berdiri betul betul dihadapan makam Saidina Abu Bakar. Mimpi sebagai mainan tidur itu membawa kembali kenangan berada di tanah suci dan merasakan bahawa peristiwa itu baru sahaja berlaku di hadapan mata............


Seingat pm ketika pm baru sahaja sampai ke kota mekah, pm tidak nampakpun dimana itu kaabah. Pm sangka Kaabah itu besar dan tinggi dan boleh dilihat dari jarak jauh sepertinya di dalam gambar gambar yang dilihat di dalam buku dan majalah.



Pada malam ketibaan kami, bas kami berhenti di tepi jalan. Hotel yang disediakan adalah hotel ekonomi yang mana tidak semistinya pekerja hotel tolong mengangkat semua barang barang kami. Dengan itu mana mana beg yang boleh dibawa, eloklah dibawa sendiri. lebih tepat lagi, niat beribadah itu lebih tebal dari memikirkan keselesaan. Dengan berpakaian ihram kami menaiki tangga batu ke arah hotel di celah celah kedai. Kami disuruh makan namun keinginan makan juga tiada kerana keinginan mengerjakan umrah melebihi dari itu. Seorang ustaz berbangsa indonesia menyuruh kami turun ke lobby pada jam 11.30 malam bagi tujuan umrah. Kehidupan dalam berikhram ini sangat membatasi kami, kebimbangan takut batal wudu' juga menghantui fikiran begitu juga pantang larang yang lain


Jam 12.00 malam kami bertolak dari hotel berjalan kaki ke masjidilharam. Pm melihat banyak orang berjalan menuju ke tempat yang sama. Apabila mahu memasuki pintu utama, ustaz menyuruh kami menanggalkan selipar dan menyimpan dalam karung dan kemudian  menyimpannya di satu sudut yang dipercayai selamat. Kami memasuki masjidil haram melihat keadaannya disepanjang perjalanan ke kaabah. Akhirnya Kaabah nampak berdiri tegak di hadapan mata iaitu pada ketika kaki telah memijak lantai marmar yang sejuk. Sungguh sejuk dipandang mata, sungguh terpegun ketika itu. Di dalam hati mengatakan rupanya ini adalah tempat diimpikan oleh semua orang Islam menjejakinya...." tapi kenapa ya"..." Apakah yang ada pada batu yang berbalut kain hitam itu....mengapa ada orang memeluk dan meruntun kain kaabah bagaikan tidak mahu melepaskannya. Bahkan terlalu banyak orang berhimpit himpit mencium hajar aswad. Pm melihat beberapa orang tua dilindungi oleh beberapa laki laki dimana orang tua itu dibawa terus ke  hajar aswad....Rasanya begitu mulia hati anak anak jika mereka dapat membawa ibu tua mereka mengelilingi kaabah dan mencium hajar aswad.



Namun di sana bukan hanya untuk beribadah tetapi berlaku kekasaran tolak menolak bagaikan mengejar sesuatu, lelaki dan perempuan berlaga tanpa batasan. Ada kumpulan yang kuat bukan sahaja dengan suaranya tetapi juga kuat tubuh badan merempuh orang ramai, orang orang tua , kanak kanak yang tidak berdaya. Ada yang solat di atas laluan orang tawaf mengganggu jemaah lain berjalan. Semuanya mahu mencukupi rukun tawaf sebanyak 7 pusingan. Dikala kita sibuk berjaga jaga supaya bahu kiri sentiasa seiringan dengan kaaabah, kelihatan jemaah lain sibuk mengambil gambar, berjalan tidak mengikut aturan, berpeluk peluk dan bersembang sembang sesama kawan kawannya Tanpa memperdulikan perbuatan mereka ibadah umrah harus diteruskan juga.......

Selesai tawaf  kami solat sunat dan berdoa dan terus bersai...Kesimpulannya alangkah indah melakukan ibadah ini bersama keluarga, alangkah indahnya jika kita punya wang yang banyak dimana dapat menghimpun keluarga kita di sana. Alangkah indahnya jika kita dapat meperbetulkan akidah alhli keluarga kita. Yang indah indah itu tidak semuanya dapat kerana hidup perlu perjuangan....tiap tiap sifat itu memangnya diuji dengan perbuatan.......bersambung...

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...