Monday, June 2, 2014

Jodoh Kita Pasti Datang

Salam,

Semasa berada di kota Mekah , pm dan ahli keluarga pm dan rombongan kami mengerjakan umrah sebanyak 3 kali. Manakala tawaf sunat pula terpulanglah kepada ahli keluarga jemaah. Seperti biasa ibadah umrah merangkumi sekali dengan Sai iaitu perjalan ulang alik dari safa ke Marwah......


Pada hari sebelum datang, fikiran mula banyak membayangkan bagaimanakah rupa safa marwah itu. Ada juga fikiran jahat mengatakan takut takut tersesat atau juga perjalanan jadi terbalik atau tidak betul kiraan ulang aliknya. Berbekal pada bimbingan ustaz kali pertama pada malam itu, kebimbangan telahpun beransur pulih, pendik kata pergi seorang pun " no problem"


Ada yang sangat gelabah tidak tahu apa nak baca. Ada yang bawa buku dan berjalan perlahan lahan sambil membaca bersama sama keluarga. Kelihatan amat bersantai, dimana boleh singgah minum air zam zam. Ada juga yang kelihatan duduk duduk di tepi tepi dinding berehat  tapi bagi pm kalau dah duduk duduk begitu bilalah nak habis.......Cepat buat, cepat habis....selesai bertahlol.....cepat habis pantang...


pm dan di belakang itu kakak dan abang ipar pm

Sebenarnya bacalah apa yang boleh dibaca, cakap melayu pun tak apa seperti kata ustaz, hati kita jangan lalai dari mengingati Allah. Namun kalau sudah berhenti henti dan bersembang itu, entah kemana pula fikirannya...Tapi tiba tiba pulak azan berkumandang tanda masuk waktu.... Semua jemaah berhenti, dimana pula tempat mengambil wudu'.......?........Kita tidak tahu apa fahaman orang, ada yang selamba berdiri tegak mengerjakan solat, ketika itu pm  ada membawa botol spray.....Tentu mudah kerjanya...




Atau ada air zam zam boleh digunakan...................................



Pm juga berkesempatan mengambil gambar ketika sai........bangunan yang berbumbung, dingin dan tidak panas. Berjalan pantas merupakan senaman juga dimana kita akan berpeluh peluh........Waktu dahulu lansung tak ada bumbung dan lebih mencabar.....Sekarang benar benar makan angin........


Bukan seperti di Madinah, perempuan dan lelaki berasingan...Tapi sewaktu sai disini, semunya sama sahaja. apabila waktu solat tba kelihatan baris bersambung sambung. Ada kelihatan perempuan tengah tengah, manakala dikiri kanannya lelaki. Adakala perempuan sujud didepan, lelaki pula berdiri di belakang. Bila berjalan, berasak rasak berlaga laga. Kata orang yang penting niat......Salah seorang jemaah perempaun dikalangan kami tersipu sipu malu kerana ternampak kemaluan lelaki. Maklum lelaki berakaian ihram, mana ada seluar dalam. Dah bahagian perempuan tersebut nampak benda itu sedangkan kota mekah ini luas pandangannya.

Berbagai ujian ditempuh dan ada juga kesalahan dibayar cash....Usahlah merungut, terimalah dengar sabar. Kalau anda terkena, ingatlah apa yang anda telah buat....Kalau kehidupan anda berbahagia bersyukurlah.....Tapi jangan takut, dirikan solat taubat, kita kesana kerana nak bertaubat menyuci diri....Taubat bermaksud jangan buat lagi.... Bagi yang telah lama pulang ke tanah air, jangan buat buat lupa bahawa anda telah bertaubat...

Kembali kita kepada cerita apa nak dibaca ketika sai...Berbekalkan buku yang ada, kita bacalah mengikut kesesuaian. Tak perlu keliru memilih buku, kita mungkin tidak mampu menghafal kesemuanya...Tak perlu tunjuk terrror...ini bukan tempat menunjuk. Jika ada ketua kumpulan yang lebih arif, lebih baik ikut dia...

Kita kesini untuk merendah diri, melihat diri yang terlalu kerdil didalam jutaan manusia. Semuanya berpakaian sama, hanya segelintir berbelang belang. Ada orang tua dan kanak kanak juga anak kecil yang masih bayi. Orang Malaysia kebanyakkannya mampu ke sini "percayalah".....Tapi halangan serta alasan juga semakin banyak. Semuanya kerana menunggu...nantilah.....nantilah...insyaallah.... Insyaallah itu bermaksudkan kalau Allah izinkan........Dah pastinya Allah izinkan tapi tak sampai jugak...Ada sebab lain, nak tunggu anak kahwin, nak tunggu panggilan haji, cucu tak ada orang jaga dan paling paling tidak duit tidak cukup lagi.....Walaubagaimana pun terpulanlang kepada anda kerana usia semakin pendik, kesihatan juga belum tentu lagi dimasa akan datang.........Mudahan mudahan mendapat kurniaan dari Allah


No comments:

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...