Followers

Thursday, July 24, 2014

Peti Derma Berdarah

Salam,

Peperangan itu masih berlaku walaupun di bulan ramadhan. Korban masih meningkat, kecederaan makin meluas. Rumah kediaman, sekolah hospital malahan tanah perkeburan juga dibom dengan kejamnya sehingganya tiada lagi nilai kemanusiaan..............


Di jalan TAR Kuala Lumpur, orang orang kita sedang bergembira. Mereka sedang gembira bershopping untuk hari raya. Banyak pakai harus diganti, banyak duit ditaburkan justeru kerana ada yang sudah berggaji awal dapat bonos dan dapat pinjaman keewangan bagi menyambut raya ini....................

Dari awal petang di hadapan Sogo banyak pemuda berjalan dengan menggantung kotak derma di lehernya. Derma untuk gaza dikutip siang malam dan tidak mengira waktu solat. Rajin sangat nampaknya. Sungguh mulia benar hati mereka. Jika berjalan di tempat lain juga kita berjumpa kotak yang sama..... Nak bagi derma atau tidak ? Terpulang kepada anda.....Ada yang menampalkan no akaun bagi mengutip derma itu. Rasanya tentu banyak wang telah dikutip, cuma adakah benar salurannya, adakah benar benar sampai atau mereka mengutip derma untuk menyambut hari raya tahun ini untuk diri mereka ? Tolong jangan menjadikan gaza sebagai alasan untuk kepentingan diri anda...

Monday, July 14, 2014

Pembunuh Upahan

Salam,

Dulu kat kampung tu seronok sahaja.... Dari Tok Penghulu sampailah ke Tok siak surau semuanya boleh duduk pakat pakat makan sesama.......Bukan main meriah lagi bercerita.........

Hari ini sejak ustaz ustaz baru yang muda muda datang ke kampung keadaan dah jauh berbeza. Maklumlah pendapat orang baru nampaknya lebih bernas dari orang lama. Dulu kata babi haram sekarang dah boleh adjust adjust jadi halal terus dan senang dimasak sedap dimakan. Justeru dok kerana makan babi babi inilah hati terus jadi "kaudu" sampai tak kenal bangsa sendiri dan adik beradik sendiri.



Seisi kampung jadi tak tentu hala, ada yang murtad mengejut, ada yang tak kenal mana satu bini sendiri dan mana satu bini orang, main sodok sodok je....Ada kawan makan kawan, tikam sana tikam sini. Maka janganlah katakan ada pedoman agama sampaikan colok pun berdiri atas kubur melayu.



Sibuklah orang nak menolong luar negara tapi kampung sendiri lebih dari huru hara. Tenguk israel berperang dengan kejamnya, kat sini apa kurangnya dengan kekejaman yang ada..........


Saturday, July 12, 2014

Hari Raya Tidak Memilukan

Salam,
Lagu raya mula didendangkan dimana mana walaupun di bazar ramadhan. Sungguh benar orang kita nak beraya sambil tangannya penuh menghayun beg plastik besar di Jalan TAR. Tanpa mengira barangan yang mahal maka raya tetaplah raya.............


Tapi tidak semua orang dapat beraya dengan sepenuhnya kerana bebanan di bulan puasa ini bagikan melimpah limpah. Masa inilah kerja pemotongan letrik dan air berlaku, masa ini juga ada kisah kereta kena tarik. Masa ini juga road tax kereta " mati" dan tidak termasuk ada anak masuk sambung belajar dan anak anak yang demam teruk di hospital.


Di kala ada pihak syarikat yang mengeluarkan bonos, pekerja kerajaan serta perladangan yang dapat durian runtuh, masih ada juga orang yang tidak dapat gaji, tak dapat advance. Kesuntukan itu sangat sangatlah terasa sehinggakan modal nak buat kueh raya pun tak ada. Bagaimanakah keadaan orang orang yang semistinya membeli tiket keretapi dan bas seawal bulan ? Bagimana pula keadaan orang yang tak dapat cuti ?
Kekadang malas sensitif sangat, macamlah budak budak. Orang kata kita ini tidak mempunyai perasaan. Nak buat macam mana ya....duit eleeeeek ...!

Namun masa bujang dulu, pm makan pisang di tempat kerja di hari raya, dan kadang kadang tarik selimut di waktu pagi kerana baru sahaja habis kerja malam.......Masa itu raya tidak bernilai dan rasanya tahun ni cam tulah jugak......

Walaupun orang berkata bahawa hari raya itu adalah untuk mereka yang menang justeru kerana dapat melawan nafsu dan berpuasa penuh namun di Malaysia ini raya bermakna hidu penuh warna warni. Di hari raya semua orang beraya walaupun terpaksa berhutang dengan bank untuk beraya.....Selamat menyambut hari raya, selamat kena tipu dengan jualan murah, selamat meminjam dengan ceti dan bank. Selamat kena kelentong dengan orang berniaga semuga raya tahun ini dapat diraikan besar besaran...............