Followers

Saturday, July 12, 2014

Hari Raya Tidak Memilukan

Salam,
Lagu raya mula didendangkan dimana mana walaupun di bazar ramadhan. Sungguh benar orang kita nak beraya sambil tangannya penuh menghayun beg plastik besar di Jalan TAR. Tanpa mengira barangan yang mahal maka raya tetaplah raya.............


Tapi tidak semua orang dapat beraya dengan sepenuhnya kerana bebanan di bulan puasa ini bagikan melimpah limpah. Masa inilah kerja pemotongan letrik dan air berlaku, masa ini juga ada kisah kereta kena tarik. Masa ini juga road tax kereta " mati" dan tidak termasuk ada anak masuk sambung belajar dan anak anak yang demam teruk di hospital.


Di kala ada pihak syarikat yang mengeluarkan bonos, pekerja kerajaan serta perladangan yang dapat durian runtuh, masih ada juga orang yang tidak dapat gaji, tak dapat advance. Kesuntukan itu sangat sangatlah terasa sehinggakan modal nak buat kueh raya pun tak ada. Bagaimanakah keadaan orang orang yang semistinya membeli tiket keretapi dan bas seawal bulan ? Bagimana pula keadaan orang yang tak dapat cuti ?
Kekadang malas sensitif sangat, macamlah budak budak. Orang kata kita ini tidak mempunyai perasaan. Nak buat macam mana ya....duit eleeeeek ...!

Namun masa bujang dulu, pm makan pisang di tempat kerja di hari raya, dan kadang kadang tarik selimut di waktu pagi kerana baru sahaja habis kerja malam.......Masa itu raya tidak bernilai dan rasanya tahun ni cam tulah jugak......

Walaupun orang berkata bahawa hari raya itu adalah untuk mereka yang menang justeru kerana dapat melawan nafsu dan berpuasa penuh namun di Malaysia ini raya bermakna hidu penuh warna warni. Di hari raya semua orang beraya walaupun terpaksa berhutang dengan bank untuk beraya.....Selamat menyambut hari raya, selamat kena tipu dengan jualan murah, selamat meminjam dengan ceti dan bank. Selamat kena kelentong dengan orang berniaga semuga raya tahun ini dapat diraikan besar besaran...............

1 comment:

uncle gedek said...

uncle takde bonus!

huhuhu