Wednesday, October 29, 2014

Indah NYA Pongong

Salam,

Malas rasanya nak dengar tapi kena dengar jugak. Benda benda tak senonoh yang orang tak suka tapi ada yang sangat suka iaitu " PERBICARAAN ORANG MAIN PONGGONG"



Bukan orang kmpung tahu tapi satu negara tau dan kemudian satu dunia tahu bahawa di Malaysia orang suka main ponggong sampai masuk mahkamah. Tak ada benda lain ke ?...Bila orang tanya " you dari mana ? " Kita jawab " dari Malaysia.... Selama ini orang cakap " Malaysia bagus".. Sekarang orang cakap " itu tempat orang main ponggong".... Nak sorok muka kat mana weeeeh...



Tak kira sape menang sape salah, tak kira benda masuk dengan tusukan atau kerelaaan, tak kira dengan izin atau paksaan tenyata surat khabar Malaysia sangat laku tentang hal ini...............

Tuesday, October 28, 2014

Mengintai di Celah Celah

Salam,

Dah solat ? Soalan yang sering kuberikan kepada anak anak ? Memang susah, bukannya susahnya pada diri sendiri  tapi juga kepada anak bini. Mengapa payah sangat solat ni ? Ada orang cakap susah solat ni kerana tidak mengenal diri. Nak mengenal diri cam mana pulak ?



Sekarang, zaman ini semua orang dah liat. Liat sangat nak menunduk, liat sangat nak merendah diri, liat sangat nak mengaku diri tu hamba. Yang ada sibuk sibuk sibuk..... Sibuk dengan kerja, mesyuarat dan banyak benda yang penting penting. Time makan adalah time solat ? Tentulah makan didahulukan. Tengah dok suap suap tu, tiba tiba azan, tentulah kasi perabis satu pinggan atau dua pinggan. Time asar adalah time minum petang ...Jadi kena minumlah dulu............


Magrib cam mana ?, masa tu dalam kereta nak balik rumah, mana ada sempat nak singgah surau. Balik rumah nanti kita Qada' lah.... Sampai kat rumah selepas makan letih pulak. Apa lagi tidolah dulu....Bila masa ada kesempatan nak solat ni ?

Marilah kita duduk diam diam, cubalah renung renungkan, kita mungkin barisan terakhir, generasi akan datang akan lebih dahsyat lagi. Semakin hari semakinlah lupa, semakin hari telah tiadalah hamba yang tinggal adalah tuan tuan hamba....................

Monday, October 27, 2014

Belahan Jiwa

Salam,

Dah lama tak ada entry, tak ada mood, tak ada cerita dan susah sangat nak mendapatkan cerita...

Seperti yang pernah dulu pm sebut bersangkutan pesanan orang lama iaitu " akan tiba suatu waktu dimana adik beradik akan menjadi orang lain, dan orang lain akan menjadi adik beradik"

Baiklah marilah kita sebutkan bagaimana orang lain menjadi adik beradik kita....Beberapa tahun yang lalu ketika anak anakpm masih kecil, pam telah menyewa rumah di kawasan Selayang Baru. Boleh dikatakan bahwa jiran jiran pm itu baik baiklah belaka tambahan pula kita duduk jauh dari adik beradik seibu sebapa, maupun sebelah sendiri atau disebelah pihak isteri.

Suatu hari makcik di belakang rumah mengajak pm sekeluarga pergi ke Port Dickson untuk mandi manda bersama keluarganya. Oleh kerana keadaan pm begitu kekurangan, ajakan mereka pm terima. Pada masa itu pm memang tidak mempunyai sebarang kenderaan dan peluang berjalan seperti ini sangatlah dinanti nantikan. Kami semua bertolak ke PD dengan menaiki sebuah van kepunyaan keluarga mereka.



Setelah kembalinya dari mandi manda itu , makcik itu dengan tiba tiba memulakan jarumnya. Dia ingin meminjam pay slip pm sebagai penjamin membeli alat karaoke. Selepas beberapa hari itu terdengarlah suara nyanyian  di rumah mereka dalam keadaan begitu gembira sekali. Entah bagaimana pm terdengar berita bahawa mereka ingin membeli teksi pula selepas itu. Pm kemudiannya mengambil keputusan mengambil balik pay slip pm yang masih berada di tangan mereka.



Beberapa bulan kemudian anaknya pindah ke tempat lain berdekatan kawasan tersebut. Nak jadi cerita pada satu hari datanglah seorang lelaki cina menuntut bayaran bagi alat karaoke tersebut kerana sudah beberapa bulan tertunggak. Makcik sebelah mengatakan bahawa anaknya telah berpindah dan akhhirnya pm yang kena menjawab......

Kesimpulannya, orang buat baik mistilah ada sebab dan kita ini tidak pernah berhati hati dengan sebab kerana fikirkan MACAM adik beradik. Bagaimakah pula adik beradik kita pula ajak ajak sangat kita makan makan ........nak cakp susah , tak cakp pun susah. Sekarang ni makcik mungkin tu dah meninggal dunia, anaknya pula entah dimana. Namun cerita ini masih lagi dalam diingatan....wallahualam.

Sunday, October 12, 2014

Keluhan Sang Isteri

Salam,

Alahai seronoklah orang kawin tu " bisikan sang isteri. Lalu kujawab "eloklah, bersyukurlah, tenguklah keadaan kami. Nyatanya hidup itu tidak seindah mimpi.



Melihat kepada pakaian pengantin, betapa gahnya senyum simpul seorang wanita setelah berlansungnya akad nikah. Memang sungguh meriah.... Saudara mara kawan kawan, jiran jiran bersama sama meraikan. Lampu kamera tidak hentinya menyilau mata. Semuanya ingin dipahatkan di dalam memori. Memori yang bakal dikenang di hari esok lusa atau 10 tahun lagi...... Sampaikah nanti ke sana ?



Penikahan hari ini sepertinya kehidupan makan angin, pasangan bakal bertukar tidak sampai 2 tahun. Anak anak berbin dan berbintikan dengan banyak nama lelaki dan tidak termasuk yang entah mana satu bapaknya. Sungguh rengkas kehidupan perkahwinan itu. Manusia tidak henti mencari cari apa yang mereka kehendaki kerana yang sedia ada bagaikan tersalah pilih....................

Saturday, October 11, 2014

Jalan Jalan Berduri

Salam,


Apa terjadi bila umur anda meningkat setengah abad ? Sudah banyakkah harta yang dikumpul. Sudah banyak bekalan akhirat, sudah selesaikah urusan dunia..............?

Kekadang kadang hati masih berbisik setelah memandang ke cermin muka " aku masih muda". Apatah lagi berpakaian lengkap bersongkok berbaju melayu atau memakai sut hitam bertali leher. Sampai umur 62 tahun pun rasanya masih gagah.

Tambah gembira juga ada diantara kawan kawan kita yang berkhidmat dengan kerajaan dan mendapat imbuhan bonos setiap tahun dengan berbagai elaun serta dijanjikan pencen iaitu duit yang tak kan putus sehingga ke hujung nyawa. Kawan kawan kita yang merangkak dalam swasta atau bekerja sendiri ini bagaimana pula ? Adakah belanjawan 2015 ini akan menggembirakan mereka seperti kata kata penjawat awam di dalam TV semalam" terimakasih pm". Dengan nada gembira kerana DAPAT MENAMBAH hutang sehingga ke 100 ribu.

Mungkin agaknya kawan aku yang berniaga bahulu akan tersenyum kerana tepong tak kena GST tapi dia tetap berdepan dengan minyak petrol yang tidak dapat diganti dengan minyak gas atau minyak kelapa.


Bagaimana dengan rumah mampu milik ? Susah nak cakap... Ada ke lagi rumah harga 50 ribu ? Lelong lelong pun nak sampai 150 ribu. Sejak cerita mampu milik ini, masih banyak kaum keluarga kita hidup menyewa. Suka tak suka kena sewa sebab bank tak layan orang swasta ni... tak ada jaminan pencen macam orang kerajaaan. Anak saudara aku beli beli rumah 200 ribu kat rawang, hanyalah dia bernasib baik sebab bininya cekeegu sekolah. Dalam erti kata lain" pandailah dia mengunakan kemudahan"

Oleh yang demikian jangan kutuk kerajaan, jangan jadi pembangkang tapi bekerjalah dengan keraaan, semua anak anak pun masuk kerja kerajaan, minta kawan kawan dalam kerajaan tolong...Anda akan menikmati segalanya. Tak perlu lagi ada prinsip hidup tak mahu disuap untuk makan kerana segala kebahagiaan telah terbukti..........

Hari ini aku dengan kekawan aku yang bekerja swasta dan sendiri ini sedang bermenung, kami kena berhempas pulas untuk hidup untuk segala galanya sambil meniti usia semakin senja ini.....Dimata kami ada pemimpin yang gila kuasa semakin kaya hasil dari rempuhan gas pemedih mata anak bangsa. Ada pemimpin yang memperbodohkan kita dengan ceritanya sehingga kita terasa berada di dalam syorga. Kenyataannya neraka tetaplah neraka.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...