Tuesday, March 10, 2015

Bukit Beruntung Beraksi

Salam,

Beberapa hari ini sibuklah makan kenduri. Jagalah kesihatan dan jangan pelahap sangat, terutama yang sebaya saya.......

Hari itu rumah saya kenduri, kenduri mengajak jiran sebelah menyebelah pakat pakat dan minta bantuan dihari kenduri anak saya. Kenduri kecil kecilan tetapi memerlukan juga tenaga.



Ada kawan kawan di surau bertanya tak ajak orang surau ke ( surau as soodiqin). Saya jawab, tang pakat pakat tu saya ajak orang sebelah menyebelah je tapi hari kenduri saya panggil orang surau buat tahlil.

Kenduri malam itu diserikan dengan seperiuk bihun sup. Jangkakan tidak ramai orang tapi jadi ramai juga dengan sebab kebaikan jiran jiran saya orang Kasturi Bukit Beruntung.


Saya teringat kata kata sahabat saya orang surau di sana, kami tidak pilih sesiapa, sesiapa jemput kami datang. Demikianlah kata kata yang sangat mengajak kepada kebaikan dan tidak ada pilih bulu. Mungkin ada setengah setengah tempat memilih ahlinya sahaja dan tidak termasuk perbezaan fahaman politik. 



Ye lah, tidak semua orang itu sama. Ada yang bekerja mengikut shift, ada yang bekerja di tempat yang jauh dan ada yang uzur serta segalanya. Soal surau adalah terbuka untuk sesiapa. Saya cadangkan biarlah ada anak anak muda diketengahkan kerana orang orang tua bakal pergi dan meninggalkan pelapis yang baru. Beliau setuju dengan pemikiran saya.

Saya gembira dengan kedatangan jiran jiran sekeliling saya, bahkan adik beradik di kampung pun saya jemput datang pada malam itu. Kalaulah ibu bapa saya masih ada lagi tentu mereka tumpang gembira. Gembira kerana kami meneruskan kehidupan bermasyarakat dan tidak hidup dalam keadaan kera sumbang. Di dalam hidup kita, kalau kaya pun kemanalah nak dibawa kaya itu, kalau nak berlagak pun kemanalah nak dibawa lagak itu. Saya berharap adik beradik terus bersatu, melupakan soal remah temeh dan saya berdoa semuga Allah menurunkan tenteranya dari langit, memperlihatkan sesuatu sehingga menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Amin...

No comments:

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...