Wednesday, July 1, 2015

BUDAYA MELANTAK

Salam,

Selamat berpuasa semua pm ucapkan dan juga selamat makan dan minum di waktu berbuka dan waktu sahur. Kalau cepat cepat makan , nanti tercekik pulak....


Ini adalah gambar pinggan pm petang semalam. Sebenarnya tidak tahu nak makan apa....sampai ke meja makan tu, carilah sedikit daging dan kuah, lepas ternampak mee...jadi campurkanlah dengan nasi...sambil sambil tu makan pengat pisang...isssss merepek sungguh cara buka puasa ni...


Cam ni rupanya hidangan yang tersusun, senduklah sesuka hati. Petang semalam anak dara pm ajak makan bersama budak budak kolej di Kepong.


Bergasak gasak budak budak mengambil makanan, pm lepaskan susunan mereka dulu dan selepas itu barulah pm menyerbu. Tak ada apa yang istimewa bagi pm bahkan lebih istimeawa lagi bazar ramadhan. Di bazar ramadhan pm boleh dapat banyak plihan


Dia orang ni ,kawan bangsa cina pun panggil datang untuk berbuka puasa. Seingat pm dulu dulu ada juga kawan pm bangsa cina yang suka tumpang sekaki berpuasa dan berbuka sama sama. Dia orang cakap seronok. Cuma tu lah...masuk islam tak mau....tak mau kena potong anu katanya....

Walaupun anda makan dalam restoran, di luar sana iaitu dibazar ramdhan sangat meriahnya dengan orang ramai...



Pelik....kan, bila orang makan benda mahal mahal waktu berbuka dan seolah olah esok tak ada peluang nak makan lagi...Semua nak telan serentak denga keadaan perut yang tidak sebesar mana..Apa apa pun ini memang budaya malaysia... Budaya melantak.....

1 comment:

Anonymous said...

Makan sebelum mati itulah resam dan tradisi yang terfikir dalam otak rakyat malaysia yang tidak mahu berfikir selepas makan tersandar kedinding hinggakan solat diundurkan.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...