Followers

Monday, April 4, 2016

Sebuah Perjalanan

As salam,

Seperti yang orang lain pernah sebut, bahawa untuk pandai kita kena melalui kepayahan. Kekadang kepandaian itu tidaklah seberapa tetapi halangan dan dugaan itu berat dan pahit untuk diterima. Di dalam hidup ini kita menyarungi tubuh badan membawanya kemana mana. Rasa sakit dan nikmat adalah lumrah dan menjadi amanah kepada kita untuk mengendalinya.


Hospital bukan sahaja tempat untuk berubat tetapi tempat berehat. Sejauh manakah kita dapat berehat dan dapat menemui kerehatan itu. Makan minum mengikut masa, melalui pemeriksaan, ambil darah, keluar masuk bilik x-ray, mandi, tukar pakaian dan tidur......melaluinya berhari hari dengan kebosanan....Kata cikgu, hospital adalah tempat orang menanti rahmat Allah.

Sedar tidak sedar orang sebelah, orang hadapan kita telah bertukar..........., sedar tidak sedar orang hadapan kita telah meninggal dunia. Kelihatan hanya tubuh badanya yang tinggal tiadalah berguna lagi............


Jam 3.30 pagi setelah berjam jam berada di wad kecemasan aku dipindahkan ke wad 5D. Semua penghuni wad tidur dengan nyenyaknya. Aku tetap ada pelawat oleh jururawat yang bertugas, menghujani aku dengan soalan soalan yang sama. Macam biasa pagi pagi sudah kena cucuk, makan ubat.....namun jangan lupa solat selagi kita masih hidup bernyawa duduk didalam sangkar badan ini. Kemana pun tetap kena solat, sakit bagaimana pun tetap kena solat, tidak boleh berdiri kita duduk, tidak boleh duduk kita baring....dan akhirnya jika lansung tidak berdaya masih ada lagi solat ya....Cuma kekadang itu kita malas dan banyak alasan......



Aku tidak lama lama di 5D.....aku ada perjalanan lain.......aku kena ke Kedah ketika itu. Sebenarnya aku tidaklah sakit, yang sakit cuma tubuh aku.......

Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya. (Ar-Ra'd:4)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujah-hujah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur. (Al-Furqaan:50)


Sunday, April 3, 2016

KARNIVAL KASTURIAN

As salam,
Lama sudah saya tidak menulis dan sekian lama itu juga saya tidak menyentuh computer. Saya fikir saya tidak akan kembali ke pejabat saya oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan, namun hiukmah itu datangnya dari Allah dan memberi pelajaran kepada tubuh yang masih hidup......

Sebelum saya menulis cerita panjang berjela, ada baiknya saya masukkan gambar ini sebagai berita di tempat kediaman saya di Kasturi Bukit Beruntung. Pada tanggal 27hb March 2016, berlansunglah karnival kasturian di tempat saya itu. Berbagai aktiviti di jalankan di mana beberapa gambar sempat saya rakamkan melalui lanser saya....
ini gambar pintu hadapan.



Pak Siak yang begitu aktif berniaga sejak akhir akhirnya ini, kedainya berada betul betul berada di kepala simpang berdekatan pondok rela


 Aktivit perniagaan, dengar kahabarnya ada 30 gerai....





Acara berkuda...memberi peluang anak anak mengenali kuda...



Acara memanah

 Mesyuarat memilih AJK baru bagi surau ....




Wayang pacak, acara ini lambat diadakan sebaliknya diganti pada malam tadi iaitu pada  2hbapril 2016.

Diharap pada masa masa akan datang, bermacam macam perkara dapat diadakan untuk sajian penduduk kasturi khasnya dimana kenikmatannya dapat dirasai oleh sekelian penduduk sekitar yang sudi datang menjenguk....wallahualam