Tuesday, August 28, 2012

Ye Ke ....

Salam..........,

Pm pernah terdengar ketika orang orang tua dahulu marah marah kerana anak cucunya membuat bising mengganggu ibadahnya. Betulkah suasana bising itu mengganggu ibadah ? Ada ustaz cakap bahawa ada orang tersenyum melihat telatah anak cucunya ?

Hari ini seperti juga masa lalu, orang orang tua menghabiskan masanya di masjid setelah pencen 55 tahun. Setelah juga mendapat duit EPF, aktiviti masjid menjadi agenda utama. Namun apakah yang mereka cari di masjid itu selain dari kursus haji dan umrah atau kuliah kuliah agama.............

Perjalanan pulang sebenarnya semakin hampir ketika itu. Umur 55 tahun bererti jemputan untuk pulang hampir tiba tapi kita masih terapung rapung, mengigau dan tidak menyangkakan pertemuan itu....Orang muda akan menganggap cerita ini adalah negetive, melemah fikiran serta semangat....ialah siapa nak mati..


Monday, August 27, 2012

Terbukanya Kemaluan

Salam.....

Dulu banyak orang rasa malu kepada perkara yang kecil kecil dan tidak menganggap sebagai perkara biasa. Hari ini kesalahan besar tidak lagi memalukan walaupun bunting mengejut.....Biasalah dah terlepas ..nak kata apa 

Waktu pm berada di tingkatan 5 dulu, pm dalam malu malu menegur guru besar pm. Bukanlah salahnya apa tapi kita misti tegur kesalahan dia walaupun dia cikgu besar... Dia didapati bersalah kerana berjalan jalan di kawasan sekolah dalam keadaan ZIP seluar terbuka. Keadaannya boleh menyebabkan trauma kata orang sekarang. Guru besar pm hanya berkata " o " sambil membetulkan zip seluarnya. Dia memang tak sangka jadi begitu. Hari ini pm menganggap bahawa orang orang yang selalu terlupa menutup zip seluar adalah orang yang bijak pandai. Ini adalah kerana orang jenis ini suka memikirkan hal yang besar besar sehingga terlupa perkara yang kecil pada dirinya.....

Bila pm sudah dewasa dan mula bekerja, pm nampak nilaikan malu malu itu kian berubah. Satu hari pm singgah di kedai seluar di Ampang Park. Sambil melihat lihat gambar di majalah pm bersembang dengan salah seorang pekerja perempuan di kedai itu. Di dalam majalah itu terdapat gambar wanita memakai seluar dalam yang jarang sehingga menampakkan benda alahnya. Pm kata " teruknya perempuan  ni" . Budak perempuan di dalam kedai itu menjawab " itu benda biasalah"......Rupanya memakai seluar dalam yang jarang sambil berjalan di komplek komplek adalah perkara biasa....Pm betul betul ketinggalan zaman.....

Jadinya kita tidak usahlah malu malu lagi, bukalah dan tunjuklah apa yang kita ada. Harga diri kita haruslah ditunjuk kepada orang awam dan kita semakinlah berharga................


Sunday, August 26, 2012

Masihkah Ada Hari Raya

Salam.............

Adilfitri yang berlalu semakin jauh meninggalkan masa. Hari Raya yang dinantikan sudah belepas dalam sekelip mata. Apakah yang kita dapat di bulan ramadhan yang lalu atau masih mengulangi kesilapan masa lampau..


Sibuknya kita ke pasar mencari bahan makanan untuk anak pinak kita. Seronok sekali ketikanya dapat berhimpun ramaia ramai..


Seronok juga dapat bertemu keluarga yang terdekat yang sudah lama tidak pernah kita temui


Namun masihkah ada hari raya kepada insan seperti ini : -




Tuesday, August 14, 2012

Musafir Di Aidilfitri

Salam, suara hati menjelang Aidilfitri................


Emak,
Bulan Ramadhan hampir berakhir. Biasanya waktu waktu begini emak sibuk membuat kueh, dapur kita penuh berasap pabila emak memasak kueh bahulu kemboja kesukaan along. Setidak tidaknya memukul telur ayam di dalam pasu, buat persediaan membuat kueh bahulu. Sedap dan wangi baunya dan tidak seperti bahulu di Tesco, naik gebu kelihatannya, kalau dicicah dengan air teh alangkah sedap rasanya. Sambil sambil itu emak sibuk membakar kueh semprit di dalam oven. Waktu itu manalah ada oven letrik, emak bakar sahaja di atas dapur minyak tanah, kalau guna dapur kayu pastinya berasap penuh satu rumah.



Emak,
Tahun ini semua anak anak emak balik ke kampung kita walaupun emak dan bapak sudah tiada. Abang long bercadang hendak buat tahlil di pagi raya sebaik sahaja selesai solat Aidilfitri. Semua adik beradik pakat pakat nak bawak makanan balik ke rumah emak untuk kenduri pagi itu. Tahun ini memang tidak terfikir untuk membakar lemang beramai ramai, tidaklah seperti dahulu waktu emak ada. Waktu itu kami semua masih budak budak, sanggup berpanas dipanggang api. Ya lah, buat lemang bukannya 2 jam seperti lemang yang mengejut sekarang. Begitu jugalah ketupat, kena tukar air berkali kali....



Emak, 
Masih kami ingat waktu di pagi raya, kami dapat memakai baju melayu hasil dari jahitan emak sendiri. Walaupun kainnya agak keras tapi emak masih boleh berbangga menyiapkan baju melayu dan baju kurung anak anak dengan menggunakan mesin jahit tangan. Orang sekarang bukan sahaja tidak tahu menjahit sendiri, malah menempahnya juga tidak mahu. Mereka sanggup beli baju di kedai kedai atau kaki lima walaupun baju itu TIDAK SENONOH....Masih kami ingat , emak selalu pilih warna yang cerah cerah walaupun warna merah bagi menceriakan hari raya. Kain langsir emak juga cantik cantik dan buatannya agak rengkas. Memasangnya juga agak senang, cuma menggunakan dawai biasa, tidaklah seperti langsir sekarang beropal ropal, bergelong gelong seperti jubah arab.




Emak,

Raya kali ini kita tidak bersama, along angah, alang andak dan usu akan berkumpul. Masing masing membawa anak anak masing masing. Rumah kita akan hingar bingar namun kubur emak dan bapak tetap sepi......Bermulanya takbir raya, bermulalah siksa kubur, bermulalah ingatan kembalinya anak anak...Selepas itu semuanya sepi, emak..........................kubur nan sepi.........anak anak akan bawakan apa untuk emak??


Saturday, August 11, 2012

Moh le Shopping.....

Salam...

Bagi perabih duit ke ? Maklumlah dapat bonos raya ni. Orang swasta kesianlah ye.........kena merompak barulah dapat duit.



Pemandangan di sg wang dan BB plaza







Kalau tak ada berduit, tak usahlah disebut sebut, buat mengalir air mata aje, nak shopping hanphone pun janganlah dibuat. Kalau ada duit pergilah repair kereta......senang nak berjalan jalan raya ni. Itupun kalau ada duit minyak....


Thursday, August 9, 2012

Selepas Kahwin Baru

Salam..............

Maka tersebutlah kisah seorang duda yang baru bernikah sebelum Ramadhan .....Alhamdulillah, bukan main seronok kerana mendapat bini baru yang bergetah. Bini lama pula yang masih muda hidup bebas membawa diri. Anak anak pula main letak separuh separuh, separuh di rumah emak sendiri, separuh di rumah emak mertua. Sekarang tidak mampu pulak menyewa rumah untuk duduk bersama bini baru dan mahu balik menyemak di rumah emak sendiri. Senangnya orang sekarang bernikah ya ?

Orang tua tua pernah berkata sebelum berkahwin tuntutlah ilmu kahwin itu dahulu.Pm sendiripun tidaklah mengetahui tempat menuntut ilmu kahwin tu selain dari kursus kahwin. Tapi ostad ostad tidak pula mengajar bagaimana ilmu kahwin yang dimaksudkan.

Setahu pm sesudah berkahwin secara official tu...blahlah kemana mana, lagipun sudah mendapat restu ibubapa tercinta. Belajarlah hidup bersusah payah, orang dulu dulu anak banyak dan binipun banyak juga. Dalam keadaan togel togel dan berseluar pendik, anak anak mereka ada makanan, masih boleh dijaga dengan baik. Orang sekarang seperti kilang ...tahu buat projek besar besaran sahaja......Bahkan kilang lebih baik kerana product pengeluaran elok berbungkus....

gambar hiasan

Duduk dengan emakbapak bukannya tak bagus, nanti akan berlaku selisih faham, nanti emak jadi orang gaji bini. Si emak pula kalau sayangkan anak dan menantu sekalipun janganlah mengambil tugas babu, tukang masak dan cuci spenda menantu.......Kalau mahu membantu anak berpada padalah, lagipun anak awak bukan seorang , ada ramai lagi di luar sana...mengapa pula mahu memikul biawak hidup.....



Wednesday, August 8, 2012

Tangisan Ramadhan

Salam...

Catitan seorang sahabat:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)         

Petang yang muram mengiringi air mata ke bazar ramadhan. Bulan puasa yang penuh berkat menduga kesabaran seorang suami dan dia mempertahankan rumah tangga dengan menghadapi ujian . Rahman menceritakan kisahnya di petang itu.........ketikanya dia sedang memandu menempuh kesesakan jalan raya dan saat berbuka puasa hampir tiba..........

Perbualan hanya bermula dari kisah adik beradik di kedua belah pihak. Sang suami berkata " awak sungguh beruntung kerana tiap tiap tahun dapat balik ke kampung awak, kampung saya cuma sekali sekala je, itu pun kut sekali agaknya". Sang isteri mula naik hantu, lupa diri bahawa dia masih berpuasa lantas meninggikan suaranya....." Saya balik kampung sebab adik beradik saya bagi duit, adik beradik saya selalu belikan baju raya untuk anak anak, adik beradik awak ada bagi tak ? Kereta yang awak bawak inipun atas nama adik saya. Malulah diri awak hidup berhutang dengan bapak awak..............Lagipun balik ke kampung saya itu atas kehendak awak sendiri"

Begitulah manusia dengan sifat takbur. Tidaklah mungkin bertahun tahun hidup bersama, sang suami tidak pernah membeli baju anak anak, tidaklah mungkin sentiasa mendapat duit kebajikan dari adik beradik isteri untuk pulang ke kampung, tidak jugak mungkin adik isteri tolong bayarkan duit kereta tiap tiap bulan dan juga tidak mungkin sang suami tidak berkehendak pulang ke kampungnya sendiri.....

Bahasa yang berdesing itu disambut dengan getaran oleh seluruh  tubuh badan yang berpuasa, bagaikan berbara dan terus bertanya " apa yang kamu pilih di dunia ini" Apa yang kamu lihat tadi adalah nafsu yang menambah dosa serta membatalkan pahala puasa walaupun sang isteri itu sebenar seorang yang taat bersolat, berpuasa. Pilihlah jalan sabar yang diredhai Allah kerana meruntuhkan bangunan lebih mudah dari membenanya.

Apa yang berlaku kepada keluarga Rahman itu terjadi juga kepada keluarga orang lain di saat saat pulang berhari raya. Sang suami selalu beralah, apatah lagi bila si isteri mengatakan bahawa dia tidak serasi dan terasa bagai dipinggirkan oleh keluarga si suami. Sang isteri harus pandai memainkan peranan, celah mencelah di kalangan keluarga suami dan bukannya menolak habis penuh kebencian.

Seperti yang tersebut oleh hadis di atas......berbicaralah baik baik dengan suami dan jangan penuhi isi neraka dengan nafsu dunia.............


Tuesday, August 7, 2012

Mana Nak Dapat Anak Yang Baik

Salam......

Dulu semasa muda muda remaja iaitu 15 tahun,  kehidupannya bukan main lagi...Bermula dari situ sembahyang dan puasa mulalah tinggal tinggal.......Bila berumah tanggapun begitu jugalah perangainya....Ada orang sempat berubah jadi baik sembahyang tonggang tonggek tapi bagaimana pula dia mahu mengganti balik puasa yang ditinggalkan dengan sengaja itu dan juga sembahyangnya ?

Lebih susah lagi jika dah mati. Macam manalah rupa anak anak nak membayar zakat yang tak pernah dibuat simati, cam mana pula puasa si mati, kena fidyah ke. Kalau kita bayarkan fidyah si mati yang meninggalkan puasa dengan sengaja tu dengan duit harta puasa bagaimana ya ?

Kalaulah kita kaya , kita tinggalkan puasa dengan sengaja, esok bila kita dah mati anak anak kita boleh tolong bayarkan fidyah ye ? Berapa jutapun kita sanggup sebab kita kaya , betul tak ?

Saya terbaca satu artikel berbunyi begini : 

Waris atau keluarga terdekat adalah lebih layak mengqadha’ puasa bagi simati. Fidyah juga wajib dibayar dengan mengambil daripada harta si matijika sekiranya pada masa hidup si mati, dia tidak sempat untuk mengqadha’kan puasanya.


Monday, August 6, 2012

Celaka Turun Menurun

Salam..............

Ostad cakap sedap sedap terdengarnya, mengiang ngiang di telinga walaupun sudah sampai ke rumah. Bahasa ostad sedap sangat, emak bapak selalu senyum sambil cuit anak anak...."kau dengar cakap ostad tu".... Hari hari dalam TV pun ada nasihat, orang orang tua suka dengar terutama waktu pagi, kalau dahulu kena tunggu ceramah perdana....

Ostad cakap anak anak kena berbakti kepada ibu bapa. Bagaimanakah rupa berbakti itu ? Berbakti itu bermaksud menghulur duit tiap tiap bulan buat belanja dapur, juga untuk bayar bil air dan letrik serta astro, juga untuk buat belanja emak jalan jalan, juga untuk tambah gelang emas ? Berbakti itu ialah bawakan menantu cantik cantik dan lawa lawa kepada emak, atau juga beli rokok berkaton katon untuk ayah.....Tanyalah ostad ......

Ostad cakap, adakah nanti anak anak akan memandikan jenazah ibu bapanya, adakah nanti anak anak mengiring dan memasukkan jenazah ke liang lahat. Sedih sungguh ostad, budak budak sekarang dah tak mahu dah...Masa kecik kecik dulu emak bapanya tak nak bawak anak pergi masjid, tak nak bawak dengar majlis ilmu, dia orang pun tak tahu nak buat apa. Terlanjur dah ada tok imam dan bilal, biarlah dia orang buat. Lagipun berbayar dan bukan free.........Tapi ostad kalau tentang main game, main internet budak budak tu tau..dia ajar balik emak bapak dia dan bawak laptop ke rumah...kira berbaktilah tu.....


Saturday, August 4, 2012

Belum habis Puasa Dah Macam Raya

Salam.....

Beberapa hari yang lalu di hotel tempat saya bekerja telah meraikan majlis berbuka puasa. Seperti juga di tahun tahun sebelum ini mereka menjemput anak yatim untuk diraikan bersama.


Kami juga menjemput seorang ustaz untuk membaca doa dan juga melaungkan azan maghrib di dalam majlis itu


Seperti biasa majlis makan makan sangatlah meriah dimana meja meja diserikan dengan makanan dengan berbagai jenis...namum kena beratur juga mengambilnya



Saya dikunjungi oleh sahabat sahabat saya dari berbagai jabatan kerajaan






Demikianlah suasananya.....syukur alhamdulillah, saya masih mempunyai kawan

Friday, August 3, 2012

Mari Kutip Duit Raya

Salam.......

Sudah berapa hari kita berpuasa ? Kita melihat usaha kita jatuh dan bangun....Ada yang tumbang terus selepas berbuka puasa...Keletihan menyebabkan insan meninggalkan ibdah wajib dan sunat. Biar apapun, ini adalah perjuangan. Menang dan kalah masih belum diketahui lagi

Sekarang ini pula musim persiapan hari raya. Ada yang tersenyum mendapat bonos, ada meruntun hati kerana hari raya jatuh pada 3 suku bulan. Ada company bagi gaji awal, ada yang memberi duit pinjam dan ada yang tidak bagi apa apa lansung..........Ada yang dapat bantuan zakat, baitulmal dan sumber sumber dari orang kaya raya....ada yang merompak kerana hidup terlalu sempit....Raya tetaplah raya tapi bagi orang tua tua apalah erti rayanya...nak pakai cantik, rupa dah tak cantik, dapat banyak duit tidak pula ketahuan mahu labur kemana. Usia yang tua ni, apalah sangatnya enjoynya kecuali yang tak sedar sedar diri.

Enjoy ke masjid sajalah, pakai jubah baru, kopiah baru, sejadah baru...tapi orang tua perempuan masih boleh menyelit nyelitkan gelang emas di sebalik purdah..Orang yang mampulah dikatakan, anak cucu dah besar besar, semua pakat hulur.......tak mainlah seringgit, tentu sekali berpuluh puluh ringgit seorang yang bagi. Kalau anak cucu tak bagi, orang orang tualah kena bagi....bagilah pada cucu cucu kecik kecik tu...simboliknya nak bagi emak bapaknya.......budak budak manalah tahu pegang duit....

Zaman anak kecik dulu saya sudah merasa keperitannya. Tambng bas balik kampung macam harga tiket kapal terbang. Ya lah, satu tempat duduk harga RM 25....kiralah anak bini ada berapa...tidaklah termasuk makan dan minum di tengah jalan dan ....budak budak tu main mintak je.......ada yang makan betul, ada yang tumpah sana sini.....ada yang muntah di dalam bas, ada yang cicir entah di mana. Bermacam macam hal dalam perjalanan. Sampai ke bus stand di kampung, kena naik private sapu pulak untuk sampai ke rumah.... Hari nak balik cam tu juga jadinya....Kekadangnya kutipan di kampung itu sangat bermenafaat kepada emak bapak.................................................

Tahun ni pasti banyak kutipan...orang gomen dapat bonos, ada duit baru cantik cantik....semua orang bergembira, menantu baru gembira, orang nak jadi menantu pun gembira. Tapi janganlah lupa.....raya tu sebulan , duit kita tak sampaipun sebulan


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...