Showing posts with label catitan. Show all posts
Showing posts with label catitan. Show all posts

Wednesday, June 3, 2020

Cerita Tentang Hantu

Salam,

Ceritanya kemana pun pergi tak terlepas dari kisah hantu yang dimomokkan oleh kekawan. Dah banyak bangunan dijaga, cerita hantu tak pernah lepas dari mulut manusia. Mungkin dia orang syok dengan hantu ni.......ada orang berkata " sekuat kuat mana gengster, dia tetap takut dengan hantu"...walupun mungkin mereka mempunyai senjata moden. Senjata hantu lebih menggerunkan rupanya.


Melihat kepada awan yang begini sudah menimbulkan tanda tanya. Awan membentuk gambaran bermacam macam menyebabkan manusia bersangka sangka kepada tuhan. Biasanya ada sangka sangka yang buruk, malapetaka yang bakal menimpa . Namun dikala awan senja, janganlah korang main main , ketikanya matahari mulai terbenam.......eloklah masuk ke dalam rumah.  Mana mana mereka yang sedang memandu di high way eloklah berhenti di R&R........Bukan apa pun...berhenti sembahyang, makan sikit sikit dan lepas itu sambung balik perjalanan.........semua ini supaya perut tidak naik hantu.....


Ada juga tempat yang begitu mendatangkan kesan kepada pm... Ya lah waktu malam..paip berbunyi kuat, bergetar bergegar. Mungkin pada gambaran sangkaan orang,  hantu sedang mandi. Tambahan lagi lampu dinding main berkelip kelip menjadi mambang lampu. Rasa ketakutan kebimbangan menimbulkan gambaran di dalam otak...pontianak berada diatas bumbung, dengan uniform putihnya, atau duduk di tepi tangga, dengan rambut hitam yang panjang,dengan suara mengilai ......ah..rupanya hanya hayalan........tapi takut juga.


Bertugas waktu malam, apa yang kelihatan melintas dikatakan hantu walupun haya kucing kucing liar atau musang sedang mencari makan. Jika anda menjadi hantu, mungkin anda turut marah dengan sangkaan sangkaan manusia. Anda pun tidak mahu dipersalahkan. Jangan heran disuatu masa, hantu membuat group what's up mereka menubuhkan persatuan hantu hantu dan membantah kejahilan manusia. Mereka berjuang membersihkan nama mereka, mempertahankan aktiviti malaman mereka. Nasihat pm...kembalilah kepada kepercayaan tuhan yang maha esa, yang mencipta  makhluk dengan keagungannya...Biarkan hantu dengan hantunya dan kita jaga kita

Sekian......dari....

PANGLIMA MUDA 

Sunday, August 3, 2014

Raya Sederhana

Salam,

Selamat Hari Raya pm ucapkan..... Dah lambat sebab dah beberapa hari tak pegang computer....Kali ni betul betul berehat.......Pm ke utara tanah air iaitu di Sik, gurun Kedah


Ini dia masjid kat gurun bris jaya.....orang pas tak berkenan dengan masjid ini, depa tu ada masjid lain. Jadinya kita tak perlu berebut rebut pergi masjid macam kat KL... kalau datang pukul dua petang hari jumaat pun tak ade masalah. Pm percaya orang KL "the best" kita orang tak main pilih pilih masjid cuma kami tak berkenan orang "tino' jadi menteri besar sebab tak leh jadi imam besar masjid..... Laki dia bolehlah tapi tak syoklah......air semakin kurang nampaknya


Bukan tak mampu beli baju melayu cuma tahun ni pm terasa nak pakai macam bangla pulak. Kat malaysia ni bangla sangat dihargai, gaji lebih dari orang malaysia, dibela macam kucing diberi makan dan tempat tidur. Berlakikan bangla pun ramai yang suka....sebab keharumannya.


Anak pm suka pulak dengan kambing tapi kambing tak boleh dibela dalam taman nanti kena saman walaupun harganya agak mahal....


Suasana di utara cam inilah....


Raya sebenarnya untuk budak budak tapi orang tua tak ada gunanya....

Pm terlupa ambik gambar kenangan diluar sane......

Wednesday, May 7, 2014

Mendung di Rembang Petang

Salam,

Semalam pm singgah makan di sebuah kedai yang biasa pm makan tengahari di sana. Masakannnya adalah masakan kampung, manakala harga makana jauh lebih murah dari tempat tempat lain. Hanyalah kedai biasa sebagai warung kecil dipinggir kota.



Kedai tersebut adalah kedai milik keluarga di mana ada ahli keluarga yang menjaga makanan ada yang bekerja sebagai tukang bancuh air, manakala masak memasak pula diserah kepada pekerja indonesia melakukannnnya . Seperti biasa di dalam kedai juga terdapat anak anak kecil mereka. Keadaan beginilah kekadang membuat pelanggan berasa kurang selesa.



Tengahari semalam seorang dari anak kecil mereka berusia dalam lingkungan 5 tahun mengamuk ngamuk di dalam kedai. Badannya kecil tetapi mampu mengamuk, menumbangkan kerusi kerusi di warung itu dalam keadaan membantah justeru kerana ibunya enggan membeli barang mainan yang diingininya. Semakin ditegur ibunya semakin itu juga kuat raungnya sehingga pelanggan yang sedang makan berasa tidak selesa. Si ibu tersangat sabar melayan karenah anaknya. Anaknya pula tidak menunjukkan keadaan reda selagi ibunya tidak keluar dari kedai membeli mainan itu



Pm tahu bukan senang untuk menjaga anak kecil dan tidak ada anak kecil yang boleh duduk diam. Ada orang berkata bahawa kita jangan jangan memukul anak kita kerana takut terbantut perkembangannya. Bila manusia sudah terlampau sangat cerdik, sampai anak tidak boleh dijentik bermakna mereka menempah maut.

Orang orang tua dahulu mengajar anak anak dengan rotan. Rotan bukan untuk membunuh tetapi untuk diberi pendidikan serta peringatan. Anak anak yang mengamuk menunjukkan kehebatan dirinya, anak anak yang degil harus dihukum. Bukan sahaja rotan malahan cubitan mesra juga berfungsi mendidik mereka.



Namun dihari ini ibubapa terlalu moden dan penuh sakailoji......mereka mendidik anak anak penuh kemanjaaan, mengikut sahaja apa sahaja kehendak anak, takut anak anak jadi seorang penakut pendiam dan sebagainya......... Belajarlah dari sejarah, belajarlah dari apa yang berlaku kepada kita semasa budak budak dahulu.... Anak anak yang puas kena rotan itulah yang menjadi ORANG pada masa ini walaupun waktu itu kita semua hidup dalam kemiskinan. Malam bercahayakan pelita, siang berlenggeng di matahari, kulit hitam berkudis, telinga berbau tapi hari ini dah jadi cikgu yang baik, jadi ustaz yang baik, jadi pegawai atasan yang baik , bahkan jadi dokter dan lowyer............................Dah jadi Dato' punnnnnn



Monday, May 5, 2014

Buang Tebiat

Salam,

Beberapa hari sudah pm menonton sebuah rancangan agama di TV, dimana seorang penonton bertanyakan kepada imam berkenaan bagaimana mengekalkan kasih sayang di waktu usia telah tua.... Tentu sekali pak imam akan bercakap seperti juga ustaz ustaz romantik, menyuruh kita mengembalikan suasana waktu muda dahulu sepertinya menonton wayang, pergi berjalan bersama, berdating di taman taman bunga. Pendik kata apa yang dibuat masa muda itu, buat baliklah sekarang....


Tanyalah pak cik pakcik kat sana, tentu ada yang mencebik muka dengan kaedah ini. Kaedah ini bukan salah akan tetapi berlawanan dengan tata cara kita orang melayu. Kalau tak percaya suruhlah pakcik makcik tu jalan bepinpin tangan dan berpeluk cium dikhalayak ramai, suruhlah pakcik makcik berlari lari anak sambil berkain batik, suruhlah pakcik makcik tu duduk dating di taman bunga atau di tepi tepi bus stand...



Pm  ada melihat suami isteri barat yang berjalan berpinpin tangan, masa itu pm anggap benda itu betul. Padahal mereka hanyalah bergaya di hadapan awam tetapi apabila mereka berada di dalam bilik, mulut sang isteri itu sama seperti juga mulut orang melayu, penuh dengan maki hamunnya...cuma bezanya dia oang cakap orang puteh lah.....

Bagi pm mengekalkan cara yang ada sekarang adalah lebih baik. Sudah tua tua begini  sudah tentu paling memahami. Andainya suami kuat tidor, itulah perangai dia, manakala isteri pula suka mesyuarat tingkap tentu itulah tabiat keturunannya.... 

Tidaklah salah ustaz ustaz nak buat seronok cerita benda benda gitu dalam ceramahnya kerana kebanyakkan ustaz bukan mempunyai lebih dari satu isteri. Orang yang banyak isteri sememangnya banyak pengalamana dan  memainkan peranan  bagi mengendalikan isteri isterinya. Pandai memujuk, pandai berhujjah, suka membawa isteri isteri isteri berjalan jalan untuk menjaga hati. Manakala pak cik pakcik yang hanya mempunyai satu isteri tentunya tidak banyak idea sebaliknya mengekalkan sikap kemalasannya......

Kakak kakak yang suka dengar ceramah itu, bolehlah sama sama ketawa. Ketawa mendengar kisah rasullullah berkejar kejaran bersama isterinya Aishah. Tidak siapa yang akan mempertikaikan rasullullah kerana keadialannnya. Tapi kakak tak usahlah buat cam itu kat kampung...... Tak terdengar pula pm bahawa rasullullah berkejar kejaran bersama siti khadijah.....mungkin pm terlepas pandang kut.... Tapi pak cik pakcik di luar sana kalau nak berkejar kejaran dengan isteri muda, tak siapa pun kata salah ?





Sunday, May 4, 2014

Kemampuan Hidup

Salam,

Sudah beberapa hari gundah gulana, banyak berfikir soal itu dan ini seolah olah kita adalah orang paling tersibuk di muka bumi ini. Kita sebagai manusia merasai mampu segala galanya bahkan berani mempersoalkan tentang nabi yang berkahwin empat...Semua kerana kiblat telah bertukar arah...Kemampuan itulah yang dipersoalkan sehingga ke dalam seluar orang orang biasa yang bukan bertaraf ustaz.....


Menceritakan kembali tentang kewujudan manusia pertama tanpa wanita merasai sesuatu yang kurang di dalam hidupnya. Lantaran itulah dia melayani perasaannya yang merupakan anugerah dari tuhan. Perasaan dan akal yang berfikir melihat suasana alam yang tidak sunyi sepi, yang sepi hanyalah diri sendiri bagaikan terbiar.....................


Lalu Allah menjadikan kehidupan itu berteman, kehidupan itu sebenarnya mempunyai tunangan dan kehidupan yang yang berteman itu pula menjadi pertengkelingkan yang tidak kunjung padam sehingga ke hari kiamat...

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin 36:36]

Dan kehidupan manusia itu dibekalkan dengan akal, diberi ujian tentang sabar yang mana begitu berat untuk dihadapi dan diterima dengan semudah mudahnya oleh jiwa mereka. Mereka menjadi penentang hukum hukum Allah, mengkritik para para nabi, mengkritik mereka mereka yang mencontohi nabi sehingga kiblat itu bertukar arah.......Lalu ada yang bertanya tentang kiblatnya iaitu sebuah kotak batu berbalut kain hitam yang tidak menghadiahkan apa apa kepadanya kerana dia adalah batu...

Batu tidak akan memberikan apa apa kepadamu, walaupun kau lekatkan dijari, kau gantung ke lehermu, samalah akalmu diletakakan diatas kepala lutut....................

Manusia sebenarnya tidak mempunyai apa apa selain jadi pelakun yang kehidupannya dipersoalkan.......


Tuesday, April 15, 2014

Siapa Kuat

Salam,

Dulu bukan main hebat lagi.....Senang senang nak cincang orang. Paling paling tidak main pijak pijak sahaja. Asal geram main potong saja...Tu  belum lagi sumpah sumpah semacam sang kelebai....Punyalah kuatnya kalau dipijak boleh jadi abu......



Dulu, apa yang datang dapat ditepis, ombak datang boleh ditepis, kilat menyambar boleh dikuesssss sahaja. Macam badang yang makan muntah hantu.... tapi itu dulu bang oiii

Dulu, bukan main senang panjant panjat, gunung mana tak di daki, lurah mana tak dituruni....Itu dulu bang..


Tapi sekarang dah tua......urat urat dah berselirat bersimpul mati, sudah bertindan tindan macam akar pinang...sudah menjadi tempat hantu segala hantu bertenggek dan menyelam keluar masuk...


Sekarang hati hatilah...tidak semua yang indah itu bahagia, tidak semua yang cantik itu sempurna. Kalau tak larat eloklah duduk diam diam dan jangan percaya pada apa yang anda lihat...


Sunday, November 10, 2013

Rahsiaku Rahsiamu

Salam,

Bertahun sudah lamanya, sukar sekali mengangati dan bahkan kekadang kadang terasa tidak mampu. Entah kemana hilangnya memori itu....................

Aku teringat lagu itu.........

Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau penuh seluruh


Siapalah aku ketika itu, seorang manusia yang tecari cari dan meraba raba ke sana sini. Buta kepada segalanya. Seperti yang pernah disebut bapak " aku berdosa"........

Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi


Sebenarnya aku tidak tahu bahawa kesunyian itu adalah penyuluh bagi jalan jalan yang aku cari. Aku duduk termenung sendirian di bawah pokok pokok, merenung arus air sungai yang berlalu. Dimana emak bapak kakak dan abang ? Kenapa mereka semua tiada bersama aku......" Dia gila " itulah yang aku dengar. Padahal yang aku gilakan itulah yang mereka gilakan pada hari ini......



Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling


Benarlah....yang mencari itu kelihatan anih. Kata bapak " kau jangan terlalu asyik" Tapi bagaimana aku dapat menahan rahsia yang datang terbuka. Bagaimana aku dapat menolak takdir. Bagaimanakah jika mereka mereka itu menjadi aku. Adakah mereka akan menyembelih anak anak mereka, adakah meraka akan menikam orang awam di tepi tepi jalan...............

Jangan mencari seperti aku dan cubalah jadi seperti aku adalah kata kata pelik. Zaman terus berubah, manusia menangis di hadapan kaaabah, mengangkat tangan meminta minta. Meraka berdoa menembusi kepelikkan itu kerana di dalam hatinya sudah ada kepercayaan tentang tuhan. Mereka bangun bersolat malam berbicara kepada tuhannya. Mereka sudah menjadi seperti aku yang mencari cari...........

Pada suatu ketika pabila adikku berkata tentang kitab Kasyaful asrar yang masih di pakai di masjid masjid kampung, aku tersenyum........Sebenarnya perjalanan pulang itu masih jauh..........


Mudah mudahan Allah Taala mengampuni dosa dosaku dosa ibubapaku, anak isteriku, abang kakak dan ipar iparku, seluruh kaum keluarga, para para guruku, sahabat sahabat serta muslimin dan muslimat sekelian. Mudah mudahan memberi rahmat dan rezeki yang tidak pernah terlintas oleh mata.

Mudah mudahan tiada lagi hutang piutang walaupun sedikit terdetik di dalam hati. Mudah mudahan terbina kebaikan di tahun baharu hijrah ini...

Wallahualam

Sunday, October 6, 2013

Berikan Aku Kebahagiaan

Salam,

Hari Ahad ni pm dapatlah merehatkan kepala dan tak mahu fikirkan benda berat berat. Rupanya otak kita tidak boleh lanyak macam mesin. Bila otak letih fikiran akan berjalan sendiri tanpa kawalan, kita bengong sekejap. Badan letih dan apa bendapun letih. Bila kita cakap dengan orang agama, dia orang suruh kita sembahyang.



Kita sembahyang tapi fikiran kita dok berpusing begitu jugak. Sedar sedar bacaan fatihah dah habis. Tau tau dah sampai sujud dah. Kita tadi dimana ya ?........Samalah juga dengan keadaan orang tak tentu hala, tak tau mana nak tuju. Bila beban kerja sudah meliputi jiwa dan raga akhirnya kita tumbang. Masa tu orang syarikat, orang sebelah buat tak tahu sahaja. Bila dah tumbang terus, siapalah nak hantar beras kat rumah kita ya ?

Kita berehatlah dan cari tempat tenang. Manalah ada tempat tenang ...tolong kasi tau. Adakah berehat di tepi pantai kita akan tenang, adakah duduk duduk dengan anak anak dan bini bini kita akan tenang..?



Yang penting kita melupakan sesuatu yang berat di dalam fikiran kita......Usahalah....dan marilah berdoa semoga Allah memberi kita jalan....

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, anak hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku di (genggaman ) tangan-Mu, telah lewat (dan berlaku ) hukum-Mu kepadaku, ketetapan-Mu padaku adalah adil, Aku memohon kepada-Mu dengan (perantara) seluruh nama-Mu (yang baik), yang telah Engkau sebutkan bagi diri-Mu, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau Engkau ajarkan kepada seorang dari hamba-Mu atau Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, Agar Engkau menjadikan Al-Qur’an sebagai hujan (penyiram) hatiku, cahaya (penerang) dadaku, penghilang kesedihanku, pengusir duka dan kegelisahanku.”


Monday, September 16, 2013

Siapa Kencing Siapa

Salam...............

Kucing aku yang kecik itu hilang pulak......... Mungkin ada si pencuri kucing agaknya...Menurut kata kawan kawan aku ada Myamar yang makan kucing...


Tapi tak baik menuduh nuduh kecuali nampak di hadapan mata. Orang sekarang dah macam filem CSI mau bukti maaa ...... Setakat cakap cakap aja baik tak usahlah......

Baru baru ni aku ada dengar bahawa sebelum raya hari itu ada sebuah kilang produk makanan segera  ada bagi bonos pada pekerjanya. Seronoklah dapat bonos kan ? Tapi tokeh MELAYU ni ada jugak buat kerja pelik pelik FLX....Ada  pekerja melayu tak dapat bonos ada pekerja melayu dapat sikit tapi yang paling tinggi dapat bonos adalah Bangla dan Indon. Gamaknya orang asing ni memang pekerja contoh dan berkualiti......atau bangsa melayu kita ini lebih rendah mertabatnya dari bangla tu....



Kalau mak indon tentulah banyak serapah jampinya manakala bangla tu apa pulak adanya ?

Sebenarnya orang Melayu ni sangatlah baik dan berbudi bahasa sampai semua orang disambut dengan baik. Pak Arab kat airport tu sambut kita dengan baik ke atau puak puak negro tu sambut kita dengan baik ke kalau kita merempat ke negara mereka....Tapi jelasnya Melayu memanglah baik sampai tak nampak bangsa sendiri................

Suatu hari aku masuklah ke tandas di sebuah komplek. Bilik air penuh, maka kena kena " kencing" berdirilah. Sedang asyik melayan perasaan kencing itu tiba tiba masuklah mak indon cleaner yang cun sesangat dengan muka selambanya. Bukannya dia tak tahu yang dalam jamban itu semuanya jantan yang mempunya angry bird tapi dia masuk juga nak mob lantai. Rasa macam nak suruh dia mob sekali angry bird........ Aku cakap ini pasal bahasa dan tatacara. Apa salahnya ketuk dulu pintu. Kita taulah awak tu kerja ikhlas nak cari makan.....tapi cun awak itu tidak dapat menahan keinginan angry bird..................



Di sebalik sebalik cerita itu aku menunggu nunggu jugak kerajaan sapu semua warga asing ni. Masukkan dalam kapal dan hantar balik ke negera asal. Aku tau lah Malaysia ni transit segalanya tapi mengapa biar lama benar sampai beranak cucu. Sudahnya kita jadi Parameswara balik yang pulang ke Jawa....Yalah sampai dah tak menentu nama anak cucu kita. Bukan hanya nama panjang panajang tapi dah meleret macam hindu. Datuknya orang Melaka, neneknya dari Jakarta, menantunya dari Dhaka....Dahsyat lu......

Kalau kita bercakap pasal agama, manusia itu adalah sama.....darahnya merah warna yang sama....tuhannya tetap sama.....Kalau begitu biar ajalah dia orang duduk kat sini... Jangan marah kalau kat kabinet ada menteri darah bangla ya.......

Thursday, September 5, 2013

IBU MERTUAKU DALAM INGATAN

Salam,

Malam tadi pm menonton filem Ibu Mertuaku. Cerita lama yang pm pernah tenguk tapi ingat ingat lupa jalan ceritanya. Malam tadi pm melihat nama pm disebut.....iaitu anak kepada Sabariah itu........


Pembikinan filem adalah pada tahun 1962 iaitu tahun kelahiran pm menyebabkan pm teringat kepada arwah bapak pm. Beliau yang mempunyai suara mirip mirip arwanya P. Ramli yang pernah pm temui baju kot putih, seluar putih dan songkok sengetnya......Rupa rupanya orang tua kita menamakan anak ikut macam filem jugak. 

Tidak banyak pm tau tentang bapak pm tapi dengar khabarnya dia tidak "ngam" dengan arwah nenek. Dengar khabarnya orang dulu dulu kalau orang merantau menumpang tempat orang dikira hina sangat. Manakala orang yang berkampung halaman itu dikira baguslah.

Melihat kepada keadaan bapak yang tinggal berumah di tanah arwah atuk telah menunjukkan bahawa sebenarnya beliau tidak mampu seperti orang lain. Akhirnya beliau membeli kebun getah seluas 7 ekar manakala separuh dari tanah itu dinamakan diatas nama arwah emak pm. Tanda tanya  akhirnya terjawab juga...........Kemampuan suami dilihat melalui isterinya.......................

Walaubagaimanapun................semua perkara telah berlalu. Filem Antara Dua Darjat juga sudah berkali kali ditayangkan. Sememangnya orang dulu dulu adalah orang susah dan kahwin pulak dengan orang senang senang.......................

Tuesday, August 27, 2013

Berikanlah Kebahagiaan

Salam,

Anda masih lagi di mingu minggu terakhir berhari raya. Bukan sahaja rumah terbuka tetapi juga masih ada majlis perkahwinan terbuka. Ada juga blogger dengan lebih berani menjemput blogger blogger ke rumah mereka secara terbuka. Bukan sikit sikit blogger dalam Malaysia ini, siapa sahaja boleh singgah. Ya Allah kekayaan itu milik engkau....Mudah mudah mudahan Allah memberi rahmat.

Kenduri atau rumah terbuka ini adalah istana kepada makanan. Anak anak kita akan bergembira bila mendapat makanan. Jangan kira soal sedap atau tidak sedap, budak budak makan sahaja seperti mana orang berdoa, main "amin" sahaja walaupun tidak faham apa yang imam bacakan.




Namun begitu dalam mewah mewah makan janganlah membazir, main ambik tapi tak habispun. Emak bapak tolong jaga perangai anak anak di rumah orang ya... Masa balik nanti budak budak tu akan dapat " ampau" jugak


Beberapa hari lagi kita kan menyambut merdeka pula, maka banyaklah orang pakat pakat cuti dengan merayakan segala macam perayaan. Ada yang beraya, ada kenduri kahwin, ada kenduri bertunang, ada kenduri kesyukuran, ada kenduri awal bulan. Betul betul seronok orang Malaysia ni...


Dalam seronok seronok ini pm nak pesan, jangan main tembak tembak, jangan buat yang bukan bukan, jangan bela ular banyak banyak dalam rumah. Bukankah kita bangsa yang terkenal dengan budi pekerti mulia. Orang arabpun kalau dah datang Malaysia berkali kali akan bersikap lembut seperti kita. Dia kata orang di sini baik baik, sangat bersopan. Hanyalah segelintir yang tidak bersopan dengan sebab selalu sangat menonton TV cerita tembak tembak.... Dulu dulu manalah ada, habis habis ceritapun kisah Hang tuah bertikam dengan Jebat. Bila dah matipun kuburpun tidak menentu dimana...kejap kata kat sana kejap kata kat sini. Akhir kata...selamat makan... jangan sampai tercekik ya.....




Tuesday, August 20, 2013

Duri Duri Kehidupan

Salam,

Mata pm terasa agak kabur hari ini tapi masih terpanggil untuk berbicara di sini......

Sudah 4 tahun sahabat pm mendirikan rumahtangga. Wanita pilihan orang tua dan kahwin bukan atas dasar cinta. Semuanya Allah beri, kemewahan datang menggolek. Dari seorang yang miskin kini berubah menjadi senang pabila mendapat isteri dikasihi oleh ibubapa. Sahabat ini pula dari seorang kaki judi sehinggalah  berubah menjadi seorang yang diberi hati ke masjid. Diberi kemudahan untuk berniaga, kerja yang baik. Dipendikkan cerita kira OK.....lah tu.............



Sungguhpun demikian ada sesuatu yang menjadi kekurangan pada dirinya iaitu " ANAK" dan beliau sendiri merungut rungut kerana mendapat isteri  yang " KURANG RAJIN". Dua isu ini menjadi topik utama perbincangan keluarga sehingga ada yang mencadang cadang di pihak lelaki supaya sahabat pm ini mencari isteri baru di luar negara...isk isk isk.......



Hasil dari rasa tidak kena ini, sahabat pm telah seminggu tidak pulang ke rumah dan telah mengemukakan masalah rumahtangganya kepada bapa isterinya. Bukan sekali masalah ini timbul dah berulang ulang....Orang yang kahwin hasil dari tangan keluarga dan mempunyai isteri yang manja dengan emak bapak begini pulalah kesudahanya....... 

Pm cakap macam ostadlah, kalau isteri kau kurang rajin, kau carilah orang gaji. Ostad cakap adalah wajib si sisuami menyediakan makan pakaian dan tempat tidur. Dalam erti kata kasarnya " mengangkang ajelah" tak payah susah susah sebab suami akan sediakan..... Itu ostad dalam TV yang cakap. Isteri zaman sekarang mungkin terasa jadi babu selepas kahwin kerana terpaksa menyedikan makan minum suami apatah lagi basuh membasuh. Mungkin sang isteri sebelum menjadi isteri orang mereka adalah puteri raja yang dicebuk dan dimandikan di dalam kolam mandi...



Di dalam hal ini pm tidak menasihatkan apa apa lagi. Emak pm pernah cakap, kau yang pilih bini kau, settle lah sendiri. Jangan ada bunuh membunuh dan tanpar menampar dalam lift .....sudahlah..

Betapa penting pendidikan agama bagi ke dua dua pihak................................


Monday, August 19, 2013

Neraka Dunia

Salam...................

Setiap masa sejarah itu berulang. Hari ini hari orang lain, esok mungkin hari kita pula. Setuju tak ? Sepertinya sedikit cerita saya dan juga kenalan yang lain menyentuh tentang orang tua yang terlantar sakit.

Seorang perempuan tua terlantar sakit di rumah anaknya. Dalam keadaan lemah letih lesu tidak berupaya mengurus diri sendiri. Segalanya bergantung kepada anak anaknya yang saling bertolak tolak sesama sendiri. " Kaulah jaga, aku sibuk" Kaulah jaga sebab kau anak lelaki" Kaulah jaga sebab aku lelaki manalah aku boleh cuci berak dan tukar pampers emak"...... Begitulah diantara kata kata yang biasa didengar.......


Anak perempuan pula menghadapi masalah suaminya. Adakala suaminya tidak suka ibubapa mertua menumpang dirumah. Kadangkala kadar kemampuan suami tersangatlah terhad walaupun untuk membeli susu dan beras. Kadangkala ibubapa lebih tenteram di rumah sendiri dan anak anak akan melawat sekali sekala. Dalam kes ibubapa yang lumpuh atau hilang keupayaan mengurus diri, siapa pulak nak jaga ?

Ibu pula, yang sakit cuma tubuhnya, tapi mulutnya tidaklah sakit. Duduk di rumah anak anak , semuanya tak sesuai. Semuanya ada cacat cela. Anak ini sakitkan hatinya, anak ini tidak beri makan katanya, anak ini banyak anak dan bising katanya, anak ini lebihkan lakinya katanya. Pendik kata semuanya tak kena dan tidak termasuk bebelan dan maki hamunnya. Nak suruh dia solat dia marah, kalau solat pulak macam tak kena sahaja. Ada orang cakap, orang tua ini dah balik jadi budak, ustaz suruh sabar tapi sabarkah kita ?

Ada juga orang kita lihat begitu bagus menjaga orang tuanya. Tapi semua itu wayang sahaja di depan mata orang, sebaliknya dia adalah manusia yang kejam.

Nasihat yang terbaik adalah " jangan perduli apa orang kata, jagalah dengan penuh rasa tanggung jawab, belajarlah ikhlas walaupun liat nak ikhlas. Percayalah pada Allah. Hidup ini penuh kenyataan dan pembalasan juga nampak nyata. Jangan tanya kenapa nasib ibubapa kita begitu sewaktu tuanya. Jadikanlah pengajaran yang baik untuk diri kita.

Sewaktu muda ini janganlah cerewaet sangat, belajar bersyukur, belajar menerima takdir Allah. Jangan sangka buruk pada Allah Taala. Mesrailah Alam ini dengan rasa kesyukuran, jangan membunuh jiwa yang diharamkan, jangan menyakiti orang, jangan buat aniaya...........insyaallah masa tua anda akan dilayan dengan penuh kemesraaan


Sunday, August 18, 2013

Semusim Beraya

Salam..........,

Anda masih lagi di dalam mood  Hari Raya. Jika sempat bacalah entry ini pada waktu waktu lapang............Janganlah makan banyak sangat lemang .....sakit sendi dibuatnya.....

Raya yang bermakna apabila kita mempunyai segala yang baharu. Kita tunjukkan kepada kaum keluarga kita apa yang kita miliki waktu kini. Sungguh berlawan dengan niat asal iaitu " nak balik kampung, nak menziarah sanak saudara, nak menziarah kubur" Tapi yang jelasnya begitulah.....



Anak anak kita dah besar, ada yang sudah bekerja ,ada yang sudah berkahwin. Ada orang bawak balik girl friend, ada orang bawak balik tunang dan ada juga nak tayang isteri muda. Tahun ini emas kakak bertingkat macam mana ? Baju pesyen apa pulak dan ditambahi pula dengan pesyen tudung balut leher kepala dan bahu....isssssk........


Raya tanpa orang tua juga tidak bermakna. Sekurang kurangnya ada satu orang tua yang menjadi penyeri tempat anak cucu berhimpun. Tanpa orang tua, rumah akan kosong dan orang tua juga perlu emas bertingkat tingkat....


Memang seronok berhimpun ramai ramai, sambil berbual panjang dan makan makan apa yang ada, rindu dendam bakal terubat adanya....



Banyak kisah sedih dan gembira disebut sebut menjadi memori yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Namun kita adalah insan yang lemah. Di sebalik kegembiraan itu kita tidak boleh lepas dari senget benget, kutukan mesra dari adik beradik dari depan dan belakang kita


Hari Raya adalah hari perjumpaan penuh cerita yang hanya terjadi sekali sekala pada musim perayaan ini


Raya ini pm tanpa ibubapa..........pergilah beraya ke tempat orang. Sedap tak sedap makanlah....tekak orang dan tekak kita manalah sama....Lainlah kalau kita ada tekak ular sawa.......


Tidak terlewat untuk pm ucapkan selamat menyambut hari raya dan menghabiskan serdak tepung di dalam tin, mudah mudahan Allah memanjangkan umur dan dapat bertemu di masa akan datang....


Saturday, August 17, 2013

Malang Di Musim Raya

Salam...,

Cerita malam itu tidak berakhir begitu sahaja. Esoknya hari Sabtu, manalah ada bengkel proton dibuka. Nasib baik anak pm ada bawa balik keretanya juga tetapi beliau nak balik KL hari sabtu jugak. Hari Sabtu adalah hari raya yang ke 3. Hati memang tak gembira...........Pm hubungi wakil pengedar di Gurun, seorang perempuan China menjawab mengatakan bahawa kedainya akan dibuka pada hari Ahad.

Pagi Ahad Raya ke 4 iaitu 11hb Ogos 2013 jam 8.00 pagi pm bertolak ke Gurun. Berhenti juga sekali apabila lampu amaran CVT bernyala dan akhirnya sampai ke kedai tersebut. Pemeriksaan dibuat menggunakan computer dan menurut katanya masalah CVT yang tidak kena. Mereka mengerjakan kereta itu daripada pagi sampai petang. Sungguhpun telah dicuba berkali kali namun keputusan tepat tidak dapat dan penyakitnya tersu berulang. 

"A continuously variable transmission (CVT) is a transmission that can change steplessly through an infinite number of effective gear ratios between maximum and minimum values. This contrasts with other mechanical transmissions that offer a fixed number of gear ratios. The flexibility of a CVT allows the input shaft to maintain a constantangular velocity over a range of output velocities."

Akhirnya tuan kedai suruh kami pergi ke pusat servis proton di Juru untuk tindakan selanjutnya.........

Esoknya 12hb Ogos Raya ke 5 , saya ke Juru, terhenti sebanyak 2 kali di atas jalan raya. Seperti biasa kena beratur dan kemudian dilayan. Kereta masuk dalam bengkel sampai tengahari dan selepas itu dia orang kata OK. Pm balik ke Sik Kedah dan kemudian setiba di Jeniang, lampu amaran CVT menyala, kereta terhenti bodoh di tepi jalan......... Pm matikan injin dan kemudian start semula, kereta terus berjalan dan  kali ini ini pm nekad nak balik KL.................

Petang itu jam 6.00, pm bertolak balik ke KL. Dari Gurun ke Juru berhenti 2 kali kerana CVT. Ketika menaiki bukit bukit di Bukit Merah, pm mula rasa resah.... Di tengah  hutan berdekatan tol Changkat Jering, kereta tersebut tersadai teruk. Tak boleh jalan laju..., pihak plus menasihatkan supaya membawa kereta itu perlahan lahan melepasi tol. Kami hubungi proton hot line....Dari Cangkat Jering kereta di tunda sehingga ke Ipoh jam 2.30 pagi....... Malam itu kena tidur di hotel dengan perbelanjaan sendiri.




Petang itu Raya ke 6 13hb Ogos , pm berlepas balik ke KL. Sungguh gembira tidak ada masalah.

Esoknya 14hb pm ke pejabat di Chow Kit...Apabila menaiki bangunan tingkat 4, tiba tiba lampu CVT menyala semula. Pm rasa betul betul sakit hati. Memang tak dapat beraya kerana kereta proton ini. Orang cakap proton bagus sangat.....Akhirnya kereta tersebut ditunda ke proton service centre di Kepong. Sehinggalah ke hari ini kereta bermalam bersiang di sana....Kata budak budak sana " kami sedang hantar report ke HQ..........."


Pm tak raya tahun ini, jangan sebut pasal open house pun......

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...