Saturday, August 27, 2011

Semalam Punya Hal

Salam............. semalam jam 6.30 pagi aku bertolak ke Melaka. Risau di dalam hati takut jem pagi pagi tu, maklumlah dah dekat nak raya. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar dimana kami sampai ke Tg. Bidara pukul 10.45 pagi setelah jalan berpusing di dalam keadaan hujan lebat . Memang agak lembab perjalanan itu , mengantuk pulak tu.  Kami telah berjumpa dengan tuan rumah yang nak disewa itu. Sewanya agak mahal kata orang Melaka tapi bagi orang KL memang selamba aja. Tapi memang kelakar betul kerana yang duduk dirumah itu cuma anak aku seorang , rumahnya sebesar besar rumah ,ada tiga bilik tak termasuk store, 2 bilik air, 1 bilik mandi , ruang tamu dan ruang dapur pulak boleh bukak meja tenis. Anak aku cuma bawak bantal dan tilam nipis, apa barang pun tak ada. Jadi suka hati dialah nak tidur dan mandi bilik mana.

Kami balik agak lewat kerana singgah menyinggah dan akhirnya masuk KL pukul 6.30 malam. Masuklah ke MRR 2, mak datuk jemnya.........jam terus beredar memaksa kami singgah sekejap ke tesco dengan harapan dapat berbuka puasa. Takdir tuhan semua tempat makan penuh, jadi kenalah beli air sahaja. Pukul 7.50 kami keluar dari tesco untuk mecari tempat makan disepanjang jalan MRR 2. Pukul 8.30 malam masih di bulatan Selayang, terperangkap di dalam jem yang melekat memaksa aku keluar ke jalan kucing dan berpatah balik. Kami ke perumhan orang kaya templer sebentar dan kemudian pergi ke BBS dengan tujuan untuk makan. Malang tak berbau kerana benda yang dipesan tidak sampai ke meja . Pekerja kedai sibuk berborak sampai lupa yang kami ni nak makan. 

Seperti biasa aku akan blah..... dan balik ke Bukit Beruntung dan di dalam sejarah juga aku pukul 10.30 malam berbuka puasa serta dapat jumpa   nasi....................


Tuesday, August 23, 2011

Tak Puasa Ke ?

Tak Puasa............ dah dekat raya banyaklah kaum kita tak puasa.. Duduk kerja dalam air-con pun penat nak mampus. Bilalah gamaknya nak ganti puasa tu kalau uzur sangat ..contoh dah ada ni

Sampai nak macam ni


Apakah perbezaan manusia dan binatang ? Nampak macam serupa tetapi manusia ada akal dan tahu undang undang.... Kalau nak bersenang senang, jadilah seperti kucing ini


Selamat Hari Raya

Salam...........hanya tinggal beberapa hari sahaja, syawal bakal menjelma. Disana sini suasana hari raya semakin terasa. Bezanya cuma tahun ini banyak barang barang yang naik harga akan tetapi bagi orang kita beraya tetaplah beraya. Selepas hari raya nanti fikirlah bagaimana nak hidup.

Raya tahun ini aku tidak bersiap apa apa, rasanya semua dah ada, lagi pun dah tua begini apalah sangat ertinya hari raya itu. Masa muda muda dulu memanglah seronok. Tak cukup puasa pun raya tetap seronok. Waktu itu setahun sekali dapat berganti baju, setahun sekali dapat makan rendang ayam. Tidaklah seperti sekarang, tiap tiap bulan bertukar baju, tiap tiap hari makan rendang ayam. Dah tak ada " feel".

Suasana raya di kampung juga berubah, dah banyak kueh raya dibeli sahaja, lemang dan ketupat tak siapa yang buat. Dodol juga beli di kedai. Bahulu pula banyak di Tesco dan Jusco. Semuanya main beli, janji ada duit. Duit raya juga semakin tak banyak dan yang  banyak cuma sampulnya  berlambangkan duit. Sampulnya bergambar duit Rm 100/- manakala dalam sampul cuma ada RM 1/-. Semua kerja bohong jelas kelihatan, baju melayu juga dapat bohong jahitannya, kain tak ada kualiti, senget sana senget sini. Baju kurung juga apa kurangnya , warna macam gila gila dah tu kain panas pula.

Sebut sahaja hari raya, orang perempuan akan sebut langsir baru. Kakak ipar aku katanya buat kain langsir dari tingkap hadapan sampai ke tingkap dapur. Dengar khabarnya banyak modal kerana rumah barunya terlalu banyak tingkap. Mungkin pintu bilik airpun bakal ada langsir.

Dulu baju melayu aku arwah emak aku buatkan, ketupat dan lemang kami tunggu sampai 5 jam. Menjaga lemang macam menjaga anak kecil, kena lap kena hentak, kena pusing berkali kali. Kalau tidak, batang lemang terbakar, isi di dalam tak mampat. Kalau nak sedap kenalah jaga betul betul dan berbeza dengan lemang sekarang yang dimasak dahulu kemudian barulah dimasuk ke dalam buloh.

3 hari sebelum raya memang seronok bermain mercun dan meriam buloh. Tidak ada siapa yang cedera hilang jari tangan dan hilang muka. Tapi sekarang bukan sekadar hilang muka tapi juga hilang nyawa.Disini aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan rakan blogger. Hari Jumaat nanti semua bakal balik kampung, tentu banyak entry selepas hari raya nanti.



Monday, August 22, 2011

Meniti Malam Lailatul Qadar

Salam......... Sekali sekala aku bertanya pada diri, betapa sukarnya untuk solat malam . Sukar untuk membangun tubuh yang letih, sukar membuka mata lantaran terlalu mengantuk, sukar membiasakan diri, sukar kerana terlalu memikirkan esok terlalu banyak urusan dunia bakal diselesaikan. Takut tidak cukup tidur, takut mengganggu ahli keluarga yang tidur................ dan berbagai bagi lagi alasan.

Jumaat lalu kudengar khutbah menyeru " marilah sama sama kita menyingsing lengan menghadapi malam lailatulqadar " Kata kata yang bersemangat sepertinya mengajak kita berperang. Justeru itulah kukuatkan hati untuk bangun bertahajjut, berperang dengan diriku, berperang dengan kelupaanku. 

Sebenarnya aku juga seperti orang lain, bersolat sedangkan hati dan fikiran berlari lari kesan sini.Kekadang mengingati perkara perkara yang tidak kena mengena dengan solat. Dimanakah kusyk itu ? Sedangkan hati berkata kata mencari dirinya , mencari tuhannya yang tidak pernah dilihat dengan mata. Mencari malam lailatulqadar bukannya gurauan kita. Hanya tinggal beberapa hari , manusia masih leka, memikirkan dunia, memikirkan soal hari raya, namun soal yang lebih besar dari itu hanya dilupakan..............


Sunday, August 21, 2011

Kereta Sakit

Salam.................ingatkan nak raya boleh senang tahun ni... tak jugak.... hari itu repair break kena RM 100 lebih.  Lepas tu tukar starter 2nd hand RM 80. Semalam hujan lebat tiba tiba waiper sebelah tak jalan. Hari ini tukar lagi  kena RM 65/. balik ke hotel starter rosak balik.... Pergilah ke kedai kena RM 120/. Esok tak tahu apa pulak. Nak tukar kereta baru.... huh  ada duit ke. Orang cakap benda lama tu lagi baik, dulu semalam aku tenguk kereta mivy baru kena bamper orang dah koyak tepi.....Tin apalah dia orang pakai. Kalau boleh jahit tak apalah... Tuan kereta sedih sebab kena cari satu pintu baru


Renungan Sang Kucing

Semalam aku tepek gambar ini kat blog lain, hari ini aku nak tepek juga sementara mendapat idea baru....



Aku suka tenguk perut dia. Dia tak pernah diam dan suka bawakan lipas dan letak belakang aku semasa aku tidur. Allah itu adil kerana memberi hiburan kepada manusia .................

Saturday, August 20, 2011

Kerja Amal Tak Beramal

Salam....... ketika di bangku sekolah dulu, ada cikgu menyuruh kami menjual tiket loteri sekolah. Satu buku RM 5/-. Suka tak suka kami kena buat. Akhirnya cikgu paksa kami bayar harga tiket yang tidak laku itu. Hari ini dan di zaman ini benda benda begitu masih ujud dalam sekolah sekolah kerajaan. Contohnya dah ada pulak


Mengikut yang empunya cerita. Kad ini kalau hilang kena buat laporan polis dan kena bayar RM 30/- kepada  pihak sekolah. Oklah tak apa kalau dengan sebab kelalaian murid sebab kad ini dibuat dari emas kot. Tapi pulak tiap tiap murid tingkatan 5 dikehendaki mengutip derma sekurang kurangnya RM 20/-, kalau malas mintalah duit kepada emak bapak. Sedapnya bunyi kata kerja amal sambil bersukan..............Nampaknya adalah emak bapak yang bakal berang.

Ada lagi satu , pihak PIBG mengeluarkan surat perkataan " BERSETUJU"  Dia orang belajar undang undang zoo ke , tulislah setuju/ tidak bersetuju ... cuba tenguk ini  ;



Kut macam mana pun fikirlah sendiri. Bila minta derma jangan letak harga, malulah kita. Kalau sekolah pandai,  mintalah sokongan dari syarikat syarikat besar di luar sana. Kilang kilang tentu akan mahu menaja sekolah jika nama nama mereka bakal terpanpang di buku sejarah sekolah. Tak kan itu pun nak diajar

Aku Adalah Aku

Salam............. aku ditimpa bala' sekarang.....dugaan tuhan sampai... Assistant aku kena gantung kerja, staff aku pulak tak cukup, hari raya menjelang tiba. Macam mana nak pusing orang ni... Ramai sangat pekerja asing, budak melayu tak nak kerja... Pening woiii. Aku pun nak cuti raya jugak tapi hati tak senang...............



Thursday, August 18, 2011

Raya Malaysian Indon

Salam............ selain dari menjual nasi pukul 12.00 untuk berbuka waktu petang, chow kit juga sesak dengan peniaga indon berlesan melayu. Orang orang melayu mengaut keuntungan dan orang orang indon bertambah kaya di dalam KL ini. Baju baju model indon juga sangat laku disini dan sangat jauh bezanya seperti "pertelingkahan masa lalu" Disini adalah lubuk wang dan bukan lagi berbangga dengan wang Rp 1 juta.......tapi semua dalam ringgit malaysia.

Selipar yang sangat laku walaupun patut dibawa ke jamban

sesak dan kurang ajar, sehingga memanjat bahu jalan

simpang pun sesak

nak lintas pun susah

peniaga yang tak reti tidur

Cerita Bodoh Di Hospital

Salam 16hb Ogos anak aku kemalangan ditempat kerja semasa membuat pemeriksaan di Rawang. Besi sebesar pemeluk menghimpap betisnya. Dia dihantar dengan van company ke Hospital Sh buloh Kaki tak patah tapi selalu kejang bila banyak bergerak.Sekarang bertongkatlah kesana sini dan cuti tidak naik motor untuk beberapa hari

kaki yang dihempap

masih boleh ketawa.
Hari ini aku ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan susulan dan untuk menyambung mc



Dah puas menapak, dari klinik pakar sampai ke bahagian Saringan ( emergency) , dia orang cakap disini tak ada rawatan pesakit luar. Kalau mahu rawatan pergilah ke klinik kesihatan sg buloh. Gila betul, hospital sebesar itu tak ada rawatan pesakit luar. Habis tu anak aku macam mana ? Kaki dah bengkak dan sakit , hospital tak mahu layan. Akhir kami pergilah juga ke klinik berkenaan yang kalau korang rasa tak mampu nak pergi baik tok sah pergi. Sebabnya, kalau jalan kaki lupakan ajalah. Orang hospital tu pandai cakap aja, tunggulah bila korang dah pencen, baru kau tahu nak menyokong kerajaan atau tidak. Buat kerja jangan pandai cakap ajalah.... tenguklah macam mana susah rakyat dan orang kampung............macamlah hospital dan klinik klinik itu berada di belakang rumah kita




Sunday, August 14, 2011

Penyakit Bulan Puasa

Salam........... suasana berbuka puasa dirumah agak muram jika kita semua tidak berkumpul sekeluarga. seperti biasa para para ibu akan memasakkan makanan kegemaran anak anak dan suaminya. Puasa sebulan begitu meriah dengan keadaan begitu. Beberapa tahun yang lalu ketika ibuku belum meninggal, kami sekeluarga berbuka di tepi tangga di dalam Hospital Besar Kuala Lumpur. Apa sahaja makanan dan periuk nasi juga kami bawa kesana. Hari ini begitu ke ?

Dahulu surau surau dan masjid tidak banyak menyediakan makanan. Orang orang kampung akan bergilir gilir menghantar kueh mueh untuk berbuka puasa dan moreh. Mamak mamak di kedai juga ada menghantar roti canai dan teh tarik ke masjid. Kebiasaannya tidak ramai berbuka dimasjid, adalah dua tiga baris yang solat maghrib, itu pun  kalau ada musafir yang datang. Hari ini tentu jauh berbeza.............

Ramai orang suka berbuka puasa di masjid, bukan sahaja para bapa tapi juga seluruh keluarga yang ada.  Kalaulah satu taman berbuat demikian pastilah sebulan puasa ini tidak perlu masak di rumah. Masjid pula menyediakan hidangan yang lazat lazat seperti nasi ayam, nasi tomato, nasi biryani. Selepas sahaja solat maghrib semua pakat blah dan pindahlah kemasjid dan ke surau lain untuk tarwih pulak. Semalam adalah sebuah masjid di Selangor membuat program remaja. Dengar khabarnya pihak masjid mendapat perkhidmatan catering . Dengan tiba tiba datang 2 rombongan bas anak yatim ke masjid tersebut. Dengar khabarnya ada keluarga yang datang makan makan waktu berbuka terpaksa cari makanan di tempat lain kerana tidak cukup. Inilah dia akibatnya orang yang suka menumpang numpang makan. Walaupun yang mereka makan itu adalah sedekah orang tapi tidak patut juga mereka " mencekik" disitu setiap hari. Jimat betul........................

Lagi satu pasal solat tarawih, nampaknya orang perempuan dah berlebih dari orang jantan. Macam solat  tu wajib pulak jadinya, kalau tak pergi solat tarawih ada pulak yang berani "sound". Orang perempuan patut solat tarawih kat masjid saja ke ? Janganlah buat kerja mengikut ngikut tanpa ilmu dan menjadikan satu budaya. Tak lama lagi pasti ada yang ramai ramai solat lailatulqadar pulak.....................

gambar hiasan

Thursday, August 11, 2011

Menyambut Buka Puasa

Salam.......semalam kami menyambut majlis berbuka puasa di hotel 

kekawan dari Balai Polis Chowkit

Pekerja pekerja di dapur 

kekawan dari unit pelancong KL

Kekawan dari Bomba HQ- ( Timbalan Pengarah)
aku,  dan Executive Chef Simon, En. Dino  Director of Sales

Berdiri dihujung dapur

Pemain Ghazal

aku dan Reza - Bhg Perlesenan DBKL

Anak Yatim memperdengarkan azan 

GM membahagikan sumbangan anak yatim

waktu makan

benda patut dimakan

mereka yang bertugas di sebalik makan

Wednesday, August 10, 2011

Minta Cerai Dibulan Ramadhan

Salam........Alkisah membawa cerita kisah si mamat suami isteri tinggal dihujung kampung bersama keluarganya. Si Mamat ini tidaklah mempunyai pendapatan yang tinggi akan tetapi mampulah juga membela anak bini. Seperti biasa dugaan bulan puasa kali ini bertambah hebat tambahan pula hari lebaran bakal menjelma. Petang yang syahdu itu tiba tiba isterinya  si Munah jadi orang mengidam mengandung anak sulung. Si Munah minta belikan peti ais baru dan dapur baru untuk memasak kueh raya. Peninglah kepala mamat bukan kepalang dan bagaikan sukar disabar sabar lagi apabila kata kata Munah bak langau mengelilingi kepala. Entah macam mana kemarahan Munah memuncak dan berkata  " kalau awak dah tak sukakan saya, awak ceraikanlah saya " Terpacullah kata kata itu dibulan puasa yang mulia ini. Mungkin salah si Mamat kerana tidak mampu menyediakan kehendak isterinya di saat saat lebaran . Kiri kanan jiran jiran telah memulakan projek memasak kueh raya tapi Munah masih termengggu dihujung tangga, menanti sesuatu yang datang dan mengganggap suaminya tidak menyayanginya lagi............



Tuesday, August 9, 2011

Perayaan Berbuka Puasa

Salam .... esok kami akan menyambut majlis berbuka puasa......

Membungkus buah tangan

Test Mic

Back ground

Perhiasan

Tempat makan makan.

Banyaklah kekawan yang dijemput, ada pangkat beso ada pangkat kecik, ada juga kuli kuli yang mana duduk  sama rata, mencangkung sama tinggi. Ini adalah majlis buka puasa yang paling besar dan siapa tahu mungkin tahun terakhir semuanya berjumpa. Tahun depan, rezeki tahun depan hanya Allah sahaja yang tahu

Orang Kuat Disebalik Tabir

Monday, August 8, 2011

Keindahan Al Quran

Salam.........semalam berbicara dengan anak bujang tentang surah Ar rahman. Bercerita tentang kasih tuhan dan syurga pembalasan serta bidadari. Bercerita tentang neraka yang sehingga kini tidak ditakuti manusia dan tidak dipercayai oleh manusia. Cuma aku berpesan bacalah surah itu diwaktu malam hari atau diwaktu dhuha.

Bercerita lagi tentang orang yang menggadaikan akidah . Sembahyang  tonggang tonggek bersama  ahli ibadah tidak dapat mempertahankan akidah kerana selamanya tidak pernah diberi kefahaman. Berpuasa dengan tekun tetapi tidak mahu sujud kepada Allah. Semalam aku berkata bahawa bukanlah senang untuk mendidik anak dan isteri kerana iman itu bukannya seperti ubat yang boleh ditelan telan. Semalam dia kembali membetulkan bacaan dengan penuh kepayahan, butir butir hurup dan tajuwid yang disebut. Setiap kepayan itu adalah perjuangan yang belum berakhir...........Bismillah....


"The sun and the moon run on their fixed courses (exactly) calculated with  measured out stages for each (for reckoning, etc.).
And the herbs (or stars) and the trees both prostrate.
And the heaven He has raised high, and He has set up the Balance.
In order that you may not transgress (due) balance."






Sunday, August 7, 2011

Ucapan Sambut Puasa Cetus Kebencian


KAHERAH: Ketika umat Islam menjalani ibadat puasa bulan Ramadan, ada banyak ucapan ‘Ramadan Mubarak’ disebut. Pada hakikatnya, ia adalah ucapan tradisi di seluruh negara yang menjadi topik biasa Mesir dalam Twitter kerana menganggapnya ada kaitan dengan bekas Presiden Hosni Mubarak.

Namun ketika beberapa orang menuding dalam laman mikro blog itu, frasa itu mempunyai kesan berbeza terhadap kebangkitan rakyat yang mengakibatkan pengunduran ketika pemberontakan Arab - namanya dan perkataan ‘berkat’ seperti cadangan terjemahan, pada hakikatnya sama makna.
“Jangan sebut Ramadan Mubarak kepada rakan Mesir anda, mereka benci dengan nama itu. Sebaliknya gunakan ucapan Ramadan Kareem,” kata pakar Asia Barat Turki Ufuk Ulutas menasihatkan, antara lain menyokong cadangan Jenan Moussa dari televisyen Al Aan.




Sumber Berita Harian





Thursday, August 4, 2011

Aduh... Letihnya Puasa

Salam....... letih betul berpuasa ni ya... letih tang mana tu.... lapar tak makan  Penat angkat barang dan kita sangat dahaga ?....................... Apa pun tak kisahlah... cubalah tenguk gambar keletihan budak ini

Tuesday, August 2, 2011

Kembali Mengharap

Salam............... Kita manusia sering berperang dengan diri sendiri dan kadang kala hilang keyakinan. Kita selalu menyangka bahawa kita kuat , kita beruapa melakukan sesuatu padahal kita adalah lemah. Justeru kerana selalu berjaya kita menjadi angkoh dan melupakan Sang Pencipta.

Di bulan puasa ini marilah menasabah diri, memahami bahawa bulan ini adalah bulan ibadah dan bukannnya bulan untuk tidur kerana keletihan menahan makan minum dan nafsu. Bulan yang penuh perjuangan, di tengah tengah kesejukan alat pendingin, di tengah tengah riuh rendah pasaraya, di tengah tengah panas terik matahari, di tengah tengah kekeliruan hidup di dunia. Semuanya berlegar dan berputar, memeningkan kepala, ribut kuat yang entah dimana hujungnya.

Kita harus kembali kepada Sang pencipta , mengembalikan segala aturan yang lintang pukang itu agar tersusun rapi kerana kita memang lemah dan suka menambah nambah masaalah


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...