Salam............. semalam jam 6.30 pagi aku bertolak ke Melaka. Risau di dalam hati takut jem pagi pagi tu, maklumlah dah dekat nak raya. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar dimana kami sampai ke Tg. Bidara pukul 10.45 pagi setelah jalan berpusing di dalam keadaan hujan lebat . Memang agak lembab perjalanan itu , mengantuk pulak tu. Kami telah berjumpa dengan tuan rumah yang nak disewa itu. Sewanya agak mahal kata orang Melaka tapi bagi orang KL memang selamba aja. Tapi memang kelakar betul kerana yang duduk dirumah itu cuma anak aku seorang , rumahnya sebesar besar rumah ,ada tiga bilik tak termasuk store, 2 bilik air, 1 bilik mandi , ruang tamu dan ruang dapur pulak boleh bukak meja tenis. Anak aku cuma bawak bantal dan tilam nipis, apa barang pun tak ada. Jadi suka hati dialah nak tidur dan mandi bilik mana.
Kami balik agak lewat kerana singgah menyinggah dan akhirnya masuk KL pukul 6.30 malam. Masuklah ke MRR 2, mak datuk jemnya.........jam terus beredar memaksa kami singgah sekejap ke tesco dengan harapan dapat berbuka puasa. Takdir tuhan semua tempat makan penuh, jadi kenalah beli air sahaja. Pukul 7.50 kami keluar dari tesco untuk mecari tempat makan disepanjang jalan MRR 2. Pukul 8.30 malam masih di bulatan Selayang, terperangkap di dalam jem yang melekat memaksa aku keluar ke jalan kucing dan berpatah balik. Kami ke perumhan orang kaya templer sebentar dan kemudian pergi ke BBS dengan tujuan untuk makan. Malang tak berbau kerana benda yang dipesan tidak sampai ke meja . Pekerja kedai sibuk berborak sampai lupa yang kami ni nak makan.
Seperti biasa aku akan blah..... dan balik ke Bukit Beruntung dan di dalam sejarah juga aku pukul 10.30 malam berbuka puasa serta dapat jumpa nasi....................
No comments:
Post a Comment