Showing posts with label cerita 2. Show all posts
Showing posts with label cerita 2. Show all posts

Saturday, August 28, 2010

Mati Hidup Semula

Sambungan.......................

Petang itu kegelisahanku kian bertambah. Laungan azan maghrib bagaikan menghiris jantungku, sebaknya kumenahan tangisan dan perasaan sedih hati tidak terkira. Aku solat maghrib seperti biasa tetapi selepas salam terakhir kudengar suara ghaib memberi salam. Katanya " bersiap sedialah kerana sebentar lagi kamu akan kembali kepada tuahanmu" Aku menerima berita itu dengan tenang sambil mengingati sepotong ayat mengatakan" Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan reda dan diredai"

Aku bangun dari sejadah itu dan menemui setiap seorang ahli keluargaku, bersalaman dan meminta maaf dan setelah selesai urusan itu akupun berbaring diatas katil. Kedua tanganku kuletakkan didada  dan dari kaki sehingga seluruh tubuhku sehingga kekepala  kuucapkan salam iaitu salam terakhir. Aku sudah reda dan bersedia untuk pergi dan menanti nanti untuk hembusan nafas yang terakhir. Ternyata bukan mudah untuk mati walaupun nafas tersekat satu persatu kerana ada persoalan dan pendakwaan perlu dijawab. Ada suara ghaib memujuk ada suara yang memarahi keras bermain main dicuping telingaku. Ada suara yang menyalah nyalahkan perbuatanku. Kepalaku terasa panas dan aku terus memandang keatas..............................

Tiba tiba ayahku pulang  bersama Pak Long Katan iaitu seorang bomoh yang terkenal kampung kami. Pak Katan menghampiriku dan menyentuh wajahku dengan tanganya. Ditariknya pada dahiku dan daguku sambil berkata " orang menuntut ilmu untuk hidup tetapi engkau menuntut ilmu untuk mati" Aku mendengar jelas kata katanya padahal tubuhku bagai beku tidak bergerak. Laungan azan isyak kudengari dan menyentuh seluruh jiwaku dan diwaktu itu ibuku menarik tubuhku untuk bangun. Kurasai badanku kebas sepertinya darah baharu sahaja mengalir ke seluruh badan. Akhirnya aku dapat bangun dari pembaringan itu dan mengakhirkan siri kematian yang tidak terjadi. Ternyata dalam soal jawab sebentar tadi aku menyatakan hasratku untuk pulang kedunia nyata. Hasratku itu dijawab oleh suara ghaib itu dengan katanya " Kau jangan datang lagi kesini, bagaimana kesukarannya kau datang kemari begitulahlah kesukaranya untuk pulang keduniamu"


                                          Gambar hiasan

Begitulah, aku terus meneruskan kehidupanku dan berharap untuk pulih dari kesengsaraan itu.....bersambung lagi...............................................

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...