Sunday, September 29, 2013

Alam Binatang.....

Salam............

Sebut tentang binatang tentu korang boleh bayangkan betapa jauh bezanya dengan manusia. Binatang ni ada akalpun sikit sangat tapi reti juga membalas jasa tuannya. Kekadang rasanya lebih cantik bulunya dari bulu manusia


Ada manusia yang sekolah tinggi tinggi tapi nak jadi kurus macam bintang ini. Kurus tu lawa sangat rasanya dan berbeza dengan dunia binatang yang gemuk gemuk


Kalau nak cantik eloklah perangaipun cantiklah sama. Barulah padan dengan rupa yang cantik. Orang cantik ni dimana manapun orang suka tenguk....


Kalau muka dah tak lawa , buatlah cara muka tak lawa...duduk jauh jauh dan jangan menonjol sangat. Tapi balutlah dengan apa apa untuk cover....


Apa apapun bersyukurlah dengan apa yang tuhan beri dan belajar berterima kasih.........


Pagi tadi banyak yang terlepas solat subuh....jogging bang.....

Wednesday, September 25, 2013

Cinta Jannah.....

Salam...........

Semalam tenguk cerita Cinta Jannah tak ? Mai oiiii berkejar kejar balik ke rumah. Akupun ada tenguk jalan jem petang semalam....


Banyak member member kat opis rasa marah bila tenguk anak si jannah tu sampai 9 tahun. Baik beno laki dia tu dan lepas tu kecantikan si jannah tak luntur pun sampai selepas solatpun masih ada pakai eye shadow. Nampak kantoi bila ternampak microphone tergantung jelas melalui cermin almari. 

Penat bila tenguk adengan malang tak sudah sudah........cerita melayu macam tulah.... Tenguk salah, tak tengukpun salah. Sebenarnya orang nak tenguk si jannah tu aja....


Apapun cerita tu dah menarik hati orang kita sehingga melambatkan solat maghrib. Tunggu sampai habis cerita barulah solat... Kerja masak memasakpun tergendala dibuatnya..


Drama melayu suka mencepat cepatkan untuk mengakhirkan cerita sehingga tidak ketahuan apa sudahnya. Sikap terburu buru ini tidak memberi faedah.....sekali sekala sepertinya filem tamil juga...

Seperti yang aku sebut tadi " tabik" sikit" untuk pengarahnya kerana berjaya memanggil aku pulang cepat semalam padahal aku tak pernah tenguk lansung cerita awalnya.......

Saturday, September 21, 2013

Mari Jolok Kuat Kuat

Salam.................,

Nak marah siapa ? Nak lempang siapa ?

Dulu emak bapak suruh sekolah...tinggi tingi pun tingkatan 5, paling paling koman timgkatan 6.....lepas  tu keluarlah cari kerja... Yang perempuan menamatkan cita citanya terus kahwin dan beranak pinak.......

Yang lepas SPM semuanya nak kerja kerani sahaja dan paling paling koman jadi kerani jamban. Mintaklah tolong segala saudara mara dan orang orang besar untuk dapat kerja majlis daerah atau pejabat pos. Paling lekeh masuk askarlah...masa tu ada sijil darjah 6 pun dah kira baik....

Kerja kampung dah tak buat dah...menoreh getah menanam padi tinggalkan sahaja kepada orang tua tua. Anak anak yang sudah bekerja akan kirimkan duit tiap tiap bulan...Berniaga pastilah tak mungkin, sebab hanya china di pekan yang buat kerja tu. Setakat berniaga nasi lemak tu , emak kita buatlah.....

Bila indon mula masuk Malaysia, kita dah jadi bos....setakat pecah memecah batu buat bumbung rumah bagi ajalah pada indon. Akhirnya indon pandai buat rumah sendiri yang lebih cantik di hujung kampung. Semua orang buat pekak, majlis daerah pekak, ketua kampung pekak Akhirnya hujung kampung jadi bandar, anak anak kita kerja jadi kuli di kedai indon................................



Masuk pula Bangla......kita suruh kerja di kedai carpet dan kedai minyak. Lama lama kedai carpet jadi kepunyaannya, kekasih hati kita jadi bini dia.....Orang kita ada power dapat lesen juga sebab kita bumiputra.. Ada lesen kita pajak pada Bangla selepas tu orang orang kita marah marah kenapa biarkan Bangla berniaga. Kita pakat berhimpun beramai ramai suruh halau pendatang asing...... Dalam pakat himpun nak halau ada pula pakat pakat nak bawak masuk yang baik punya. Nak amah cantik cantik dan beri gaji lebih besar dari anak dara Malaysia.....

Sekarang Myamar pula....Hari hari kerjanya bergaduh, bunuh sana sini, mabuk tak tentu hala.....perempuan dia berniaga dan buat bandar pula kat sana. Bila kita tanya, " mereka tu semua pekerja" jawab dari orang tak reti tanggung jawab......................



Jangan marah marah bang...tak baik....tanah kita kedai kita, masa depan anak kita....semuanya penjajah dah ajar.... Penjajah ajar kita duduk diam diam sebab hujung tahun ada bonos, tiap tiap bulan ada pencen. Apa susah kata mereka........................betul betul dah jadi pak kaduk.....

Sekarang myamar pun dah cantik cantik dan lawa lawa.....tampal bedak putih sikit


Friday, September 20, 2013

Dajal Manusia

Salam...........

Aku tak tahu apa istimewanya orang kota kalau di banding dengan budak kampung yang tidak tahu apa apa. Budak kampung yang tidak tahu apa apa masih belum banyak mengumpul dosanya......

Kawan aku berkerja di sebuah Pent House. setiap malam dia akan berdiri di depan pintu menanti tetamu yang datang. Tidaklah banyak orang muda tapi yang banyaknya orang tua yang terdiri dari bangsa yang tiada pantang larang. Kesempatan untuk aku masuk ke dalam syurga itu sememangnya banyak sekali. Aku sempat berkenalan dengan seorang lelaki pemain silap mata. Sememangnya aku kagum dengan kemahirannya terutama dengan adingan mengumpulkan pisau balade di dalam mulut. Nak cuba aku sendiri tidak berani.

Namun di sana ada adingan tak senonoh yang lebih menarik lagi. Adingan wanita membuka seluar dalamnya satu persatu, adingan memasukkan pisang besar di dalam kemaluannya. Semua orang tua membeliakkan matanya melihat adingan itu.... seronok sangat gamaknya.  Bila dah tua mungkin begitulah kehendaknya.....



Dari rumah lucah itu aku terheret pula ke kelab malam yang penuh lampu berkelip kelip. Di sana muda mudi bersorak gembira meloncat loncat suka. Seronok sangat nampaknya apatah lagi bercampur lelaki perempuan dan boleh bersentuhan tanpa halangan. Emakbapak mereka tidak tahu apa apa walaupun hari sudah jauh malam. Sambil minum berpelukan, gigit menggigit dan seluk menyeluk.........

Jadi orang kota memang seronok pabila dapat bergelap gelap di taman bunga sambil meninggalkan seluar dalam di atas pokok bunga sebagai tanda cinta. Bagaimanakah mereka semua akan jadi baik..............

..

Ada orang berkata bila dah tua kita taubatlah.........Ada orang berkata " dulu aku manusia yang lemah dan lakukan apa sahaja " Seorang pelacur berkata " saya terpaksa buat kerja ni bang, nak cari makan "

Apa yang dikata seolah olah membiarkan dosa semakin bertambah

Wednesday, September 18, 2013

Anak Haram

Salam................

Alkisah lama sudah aku meninggal Bukit Bintang. Di sana yang tidak ada hanya emak bapak sahaja manakala yang lain semuanya ada. Tapi yang nak aku sebut ialah benda yang haram haram itulah.

Tidak ada sesiapa yang suka menghalalkan benda haram tapi di bandar besar seperti Kuala Lumpur ada benda yang boleh diubah ubah oleh manusia. Dasarnya manusia telah duduk di dalam alam haram maka semuanya indah dipandang mata. Aku nak tanya ada ke korang nampak orang melayu bukak hotel. Tentu tidak banyak ... kan ? Maka sensitiviti  dapatkah dijaga oleh bangsa lain ?



Di dalam hotel ada bar tempat minum arak, ada pentas tempat gelut gelut, ada SPA tempat urut urut, ada bilik tempat henjut henjut, ada ba.....tempat sedut sedut..... Maka di sanalah pula hendak diwujudkan lesen halal. Boleh ke gamaknya seperti supermarket ada section halal dan non halal walaupun datangnya dari peti ais yang sama ?



Hari ini aku berada di Chow Kit dengan tiba tiba ura ura dengar ada orang nak buka restoren China di dalam hotel. Tidak salah kalau China yang makan tapi mau ke orang orang melayu makan di dalam dewan makan yang sama ? Kalau pinggan mangkunya diasingkan bagaimana pula dengan sudu dan gelas ? Bagaimana pula orang orang kerajaan atau parti parti kerajaan datang ? Ada mereka tidak mempunyai hidung dan tekak untuk merasa. Jelasnya bangsa bukan melayu tidak terasa sensitiviti orang melayu.....orang Islam. main gasak sahaja nak berniaga dan ada pulak si bangsat yang luluskan. Kata mereka negara Islam. 

Tuesday, September 17, 2013

Dari Hati Ke Hati

Salam...........

Petang semalam tak hujan, aku balik agak lewat semalam sehingga aku temui ahli meyuarat tingkap di hadapan rumahku....


Inilah yang berlaku pada hari cuti di setiap hujung minggu. Walaupun kita tidak membuka rumah kebajikan namun perkumpulan seperti ini berada di mana mana. Gossip yang keluar mengalahkan surat khabar kerana berita berita terkini agak lewat jika tidak ada ahli mesuyarat tingkap.

Apakah peranan ahli mesyuarat tingkap :

1. Menyampaikan berita terkini
2. Ziarah menziarahi jiran
3. Menolong jiran tetangga
4. Pesta makan makan
5. Promosi barang jualan
6. Cebik bibir mengutuk.

Dalam hidup bermasyarakat ini cikgu aku pernah berkata. " Kau nak buat baik, perdulikan apa orang kata" Betullah tu... Dalam hidup ini kita sangat berkira, nak bersedekahpun kita berkira. Tapi kalau hidup terlampau pemurahpun tak boleh jugak kerana ada pula manusia yang mengambil ksempatan......

" Kakak, ada buat teh tarik tak , teh tarik kakak sedaplah " begitulah suara suara sumbang waktu maghrib. Adakalanya kita bagilah jugak sebab dia dah puji " sedap". Tapi kalau fikir fikir susu dah naik harga tentu jawapan kita sudah bertukar bunyinya.

Kepada orang perempuan di luar sana aku nak pesan bahawa pujian itu racun sebenarnya. " awak nampak cantik dan kuruslah" katanya. Padahal badan tu tak berubahpun, hari hari tala KFC dan MD.

maaf anda jadi model saya

Aku melihat dan hanya mampu tersenyum. Dunia ini tidak pernah habisnya.... Jom jongging bersama pakcik dan makcik ini....


Monday, September 16, 2013

Siapa Kencing Siapa

Salam...............

Kucing aku yang kecik itu hilang pulak......... Mungkin ada si pencuri kucing agaknya...Menurut kata kawan kawan aku ada Myamar yang makan kucing...


Tapi tak baik menuduh nuduh kecuali nampak di hadapan mata. Orang sekarang dah macam filem CSI mau bukti maaa ...... Setakat cakap cakap aja baik tak usahlah......

Baru baru ni aku ada dengar bahawa sebelum raya hari itu ada sebuah kilang produk makanan segera  ada bagi bonos pada pekerjanya. Seronoklah dapat bonos kan ? Tapi tokeh MELAYU ni ada jugak buat kerja pelik pelik FLX....Ada  pekerja melayu tak dapat bonos ada pekerja melayu dapat sikit tapi yang paling tinggi dapat bonos adalah Bangla dan Indon. Gamaknya orang asing ni memang pekerja contoh dan berkualiti......atau bangsa melayu kita ini lebih rendah mertabatnya dari bangla tu....



Kalau mak indon tentulah banyak serapah jampinya manakala bangla tu apa pulak adanya ?

Sebenarnya orang Melayu ni sangatlah baik dan berbudi bahasa sampai semua orang disambut dengan baik. Pak Arab kat airport tu sambut kita dengan baik ke atau puak puak negro tu sambut kita dengan baik ke kalau kita merempat ke negara mereka....Tapi jelasnya Melayu memanglah baik sampai tak nampak bangsa sendiri................

Suatu hari aku masuklah ke tandas di sebuah komplek. Bilik air penuh, maka kena kena " kencing" berdirilah. Sedang asyik melayan perasaan kencing itu tiba tiba masuklah mak indon cleaner yang cun sesangat dengan muka selambanya. Bukannya dia tak tahu yang dalam jamban itu semuanya jantan yang mempunya angry bird tapi dia masuk juga nak mob lantai. Rasa macam nak suruh dia mob sekali angry bird........ Aku cakap ini pasal bahasa dan tatacara. Apa salahnya ketuk dulu pintu. Kita taulah awak tu kerja ikhlas nak cari makan.....tapi cun awak itu tidak dapat menahan keinginan angry bird..................



Di sebalik sebalik cerita itu aku menunggu nunggu jugak kerajaan sapu semua warga asing ni. Masukkan dalam kapal dan hantar balik ke negera asal. Aku tau lah Malaysia ni transit segalanya tapi mengapa biar lama benar sampai beranak cucu. Sudahnya kita jadi Parameswara balik yang pulang ke Jawa....Yalah sampai dah tak menentu nama anak cucu kita. Bukan hanya nama panjang panajang tapi dah meleret macam hindu. Datuknya orang Melaka, neneknya dari Jakarta, menantunya dari Dhaka....Dahsyat lu......

Kalau kita bercakap pasal agama, manusia itu adalah sama.....darahnya merah warna yang sama....tuhannya tetap sama.....Kalau begitu biar ajalah dia orang duduk kat sini... Jangan marah kalau kat kabinet ada menteri darah bangla ya.......

Sunday, September 15, 2013

Kalau Sudah Jodoh

Salam....................

Rasa macam nak kiamat...... Beberapa hari ini aku melihat musim hujan. Air bertakung di sana sini dan selalu mengajak kita berfikir, nak redah atau tidak. Kalau redah juga, memboboklah air masuk ke dalam kereta. Tidak kiralah kereta baru atau kereta lama....air tetap nak masuk


Pagi Jumaat lalu aku ke KL melalui Jalan Bt, Muda. Cuaca agak baik waktu itu cuma nasib aku yang tidak baik. Entah bagaimana ada batu mengenai cermin tingkap kereta sebelah pemandu. Aku tergamam, entah dari mana pulak datangnya batu itu. Menoleh ke tepi jalan, aku melihat sekumpulan pekerja Indonesia sedang memotong rumput. Pastinya batu itu bertebangan justeru kerana terkena mesin rumput tetapi menghadapi masalah pula tidak tahu siapa punya salah. 



Aku menhan salah salah seorang dari mereka. " Bapak, batu itu dari mana " tanya salah seorang lelaki indon itu. Memangnya kerja bodoh kalau cakap cerita yang tak masuk otak. " Beginilah" kataku...." Saya tidak menyalahkan kamu atau sesiapa atau juga batu itu. saya cuma mahu ganti rugi atau hantar sahaja ke kedai dan ganti cerminnya" kataku lagi. Dia cuba menghubungi bosnya tapi tak dapat. Kemudian beralih kepada penyelianya.......

" Saya demam bang" suara penyelianya jelas melalui talipon. " Habis tu bagaimana kereta saya " aku bertanya lagi. Dia menyuruh aku ke kedai cermin berdekatan berdekatan bulatan pahang segala kos gantian akan ditanggung olehnya. Berbekal kepercayaan aku ke sana dan pemilik kedai itu sepertinya tau tau aku nak datang.

Sedang menunggu sambil minum di kedai tiba tiba aku mendapat panggilan talipon. " Bang saya mungkin terlambat sampai. tolong kasi no account bank " katanya.  Biar betul orang ni....aku sangat risau kalau kalau dia kencing kuat sangat........

Tapi dia buat kerja betul, dan masukkan duit RM 100/- dalam bank. Cermin dah diganti... nampak cantik tapi tak ada tinted pun.....Kalau kena batu alamat berkecai terus..........................


Thursday, September 5, 2013

IBU MERTUAKU DALAM INGATAN

Salam,

Malam tadi pm menonton filem Ibu Mertuaku. Cerita lama yang pm pernah tenguk tapi ingat ingat lupa jalan ceritanya. Malam tadi pm melihat nama pm disebut.....iaitu anak kepada Sabariah itu........


Pembikinan filem adalah pada tahun 1962 iaitu tahun kelahiran pm menyebabkan pm teringat kepada arwah bapak pm. Beliau yang mempunyai suara mirip mirip arwanya P. Ramli yang pernah pm temui baju kot putih, seluar putih dan songkok sengetnya......Rupa rupanya orang tua kita menamakan anak ikut macam filem jugak. 

Tidak banyak pm tau tentang bapak pm tapi dengar khabarnya dia tidak "ngam" dengan arwah nenek. Dengar khabarnya orang dulu dulu kalau orang merantau menumpang tempat orang dikira hina sangat. Manakala orang yang berkampung halaman itu dikira baguslah.

Melihat kepada keadaan bapak yang tinggal berumah di tanah arwah atuk telah menunjukkan bahawa sebenarnya beliau tidak mampu seperti orang lain. Akhirnya beliau membeli kebun getah seluas 7 ekar manakala separuh dari tanah itu dinamakan diatas nama arwah emak pm. Tanda tanya  akhirnya terjawab juga...........Kemampuan suami dilihat melalui isterinya.......................

Walaubagaimanapun................semua perkara telah berlalu. Filem Antara Dua Darjat juga sudah berkali kali ditayangkan. Sememangnya orang dulu dulu adalah orang susah dan kahwin pulak dengan orang senang senang.......................

Tuesday, September 3, 2013

Pantaskah Syurga Untukku

Salam.............

Seorang budak lelaki yang hensem dengan keadaan muka bersih pm temui di Tesco Rawang. Kali pertama di dalam KFC dimana beliau ada membawa kotak kotak kismis untuk dijual sambil mengutip derma. " Ibu saya sakit, ayah saya bernikah lain" itulah kata katanya yang sangat dalam di dalam loghat Kelantan....

Kali ke dua pm jumpa di dalam Santai Restoran di tempat yang sama. Kali ini pm main hulur sahaja dan tidak perlu kata apa apa......... Kali ke tiga pm jumpa di dalam Pak Hailam Restoran. " Emak saya sakit barah rahim " katanya. Kali ini hati pm tersentuh.... sayu sepertinya taman taman sedang disirami air.........Anak anak kita sebenarnya masih beruntung walaupun kita tidak hidup mewah sepertinya orang lain. Anak anak kita masih boleh makan KFC, masih mampu untuk memiliki hand phone tapi di sana anak anak orang lain hidup bergelandangan. Sepertinya budak itu dia bukannya menadah tangan kosong tetapi menjual kismis dan paling paling tidak kita akan melihat orang buta menjual tisu. Semuanya kerana untuk mendapatkan duit sara hidup..................

Anak anak kita ketawa riang. Kita belikan permainan yang mahal mahal bahkan lebih mahal dari seluar dalam yang kita pakai seharian. Kita berbelanja kepada perkara yang tidak perlu dan tidak masuk akal dengan berbagai alasan bahkan juga berlebih lebihan. Hari hari kita shopping sehinggakan budak tempat shopping itu pun muak melihat muka kita. Semalam beli towel, hari ini beli towel lagi, semalam beli beg dan hari ini beli beg lagi. Begitulah ungkapan penonton yang melihat kita.....................

gambar hiasan

Marilah kita bernyanyi sedikit..................

Mengapa begitu berat 
jalankan segala perintah Mu
Begitu banyak rintangan
tuk mengarahkan wajah
bersujud kepadamu Tuhan
wooo ooo

Indahnya dunia ini
membuat orang terlena
Bekerja terus bekerja
Tak kenal waktu dan tak kenal lelah
hoooo

Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku

Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku

Gema adzan Maghrib, aku di perjalanan
Gema adzan Isya',lelah tubuhku Tuhan
Tak pernah lagi ku baca firman MU
Tuhan tolonglah hambamu uuhuu
Tuhan



Monday, September 2, 2013

Hantu Langsuir......

Salam....,

Semalam pm dengar cerita ada budak belakang rumah tu nampak hantu langsuir berjalan di depan rumahnya waktu petang. Agak agaknya dia berjalan makan angin selepas waktu hujan. Anak pm yang lelakipun ada cakap ada nampak benda tu lalu di depan pintu rumah di sebalik langsir. Betul ke ni ? Jangan jangan budak ni mengarut tak, mana ada hantu pada zaman ini ?

Sah semua ini cerita karut. Hantu ni macam pakai uniform pulak warna putih dan terbang sana sini. Tapi betul betul ke ada ? Kalau kita bercerita waktu malam, memang meremang bulu roma........


Nak bercerita pasal hantu ini, sepanjang pm hidup di bandar ini rasanya memang tak ada. Kecualilah di rumah rumah kosong dan bangunan lama. Tapi di kampung memang banyak hantu yang berkeliaran dan termasuk juga yang dibela bela dan dibagi makan. Manusia ini memang sukalah membela hantu dan selepas itu menakutkan anak cucu. Tidak termasuk jugalah mengajar anak anak beriman dengan hantu. 

Walaubagaimanapun kalau anda ingin merasai bola roma naik meninggi baliklah ke kampung halaman anda, dalam percaya dan tak percaya itulah hantu ini akan muncul dalam bentuk cerita, dalam bentuk perasaan dan memang sah nampak betul di depan mata..... Ustaz kata itu semua karut.


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...