Salam,
Baru sebentar tadi kudengar berita. Berita seorang kawanku tempuh hari..........Beliau sudah bercerai dengan isterinya di mahkamah syariah pagi tadi........ Terlalu mudah bunyinya selepas isterinya meminta dibebaskan kerana tiada sefahaman.
Di dalam dunia ini apakah kita akan melihat sefahaman ? Mungkin seribu dalam satu dan kebanyakannnya adalah perbalahan, pertengkaran. Tetapi dari perbalahan , berlawanan itu kita akan melihat satu perubahan dimana mereka akan bersatu setelah saling kenal mengenal kelebihan dan kekurangan masing masing. Siapakah yang tidak mahu isteri yang cantik, dan isteri mana yang tidak mahu suami yang hensem.? Masing masing saling berkehendak dan tidak semua kehendak kita akan dapat. Mata kita telah dikuasai dengan kemahuan, hati kita telah dilumpuhkan syaitan, lantas yang kita lihat semuanya tidak elok dan tidak mendatangkan kebahagiaan.
Semua rumah tangga ada kekurangan, semua orang ada salah faham , cuma kita tak dapat bersabar, saling mahu mempertikai. Bukan mudah membuka ladang semula, kita harus ada benih dan baja, kita misti banyak berusaha, berhujan berpanas. Bukan mudah juga sendirian di jalanan.
Bukan mudah kehidupan seorang janda , baik pun orang kata, jahat pun orang kata. Susah hendak mengurus anak sekolah, susah lagi jika meminta tolong suami orang. Susah semasa mengahwinkan anak, susah semasa kenduri kendara, susah juga bila nafsu naik menggila.
Tapi penceraian juga yang orang minta , mungkin kerana ada orang ke tiga yang sanggup menunggu... Orang lelaki banyak orang tak tahu...Suka meminta di tangan orang , suka mencabar hak orang. Tapi bila perempuan itu sudah dicerai, muka yang sanggup tadi pun menghilang. Siapa mahu menyusah diri mencari beban, siapa yang mahu membela pakej sekeluarga... janda anak lima misalnya... ibunya mungkin orang mahu tapi anaknya tidak sekali kali............
Kesimpulannya juga ada juga yang baik tapi seribu dalam satu. Oleh itu pertahankanlah penceraian, biar tanggal lutut di kaki. Busuk busuk mana pun itulah suamimu, itulah isterimu.... syukurlah... tenguklah lihatlah wajah anak anak dan pada yang tidak punya anak, bertenanglah , mengucaplah kerana Allah itu maha berkuasa. Yang manis jangan terus ditelan dan yang pahit jangan terus diluahkan................