Wednesday, December 28, 2011

Suara Hati

Orang Mati

Salam.....ada 2 keping gambar yang baru aku ambil sebentar tadi   12.30tgh..



Ada orang mati, tak tau lelaki ke perempuan, dekat bangunan atas kedai tu. Aku tak tahu siapa, tapi tenguk bila tenguk budak budak polis turun sambil meludah ludah, pastilah mayat tu busuk. Mungkin dah mati 2-3 hari atau mati semalam.. sape pun tak tahu.... Peringatan kepada kita yang selalu tinggal sorang, yang masih bujang, yang dah duda, yang dah tak de keluarga, yang anak bini dah tak suka, yang tak suka berjiran maka tinggallah mayat dalam kehinaan

Seorang Suami

Pagi mengetuk hatiku
mengungkit cerita semalam
yang tidak melenakan tidur
seorang suami....

Duhai pagi....
Bagaimanakah kesejukan itu
dinantikan hari berhari
sedangkan api terus bernyala
memanggang keresahan
seorang suami...

Mentari memancar lagi
membawa kepanasan
dicelah hijauan daun
bahangnya mengusik hatiku
dan juga hati hati mereka
seorang suami dibenua sana....

Monday, December 26, 2011

Gah ...Orang Kita

Salam..... sekolah nak bermula...baju seluar dah beli ke...?

Aku ada dengar khabar ada orang baru nak merasa anak sekolah berhabis RM 900/- untuk bayar duit tadika. Anak dia tu sorang je yang sekolahpun... Ada juga jiran jiran dekat rumah dah berhabis RM 2000./- untuk dua orang anak yang bersekolah didarjah 2 dan 3. Betul ke.?..Belumlah termasuk nak beli buku sekolah lagi.. Baju apa dia orang pakai, jenama apa sampai begitu sekali mahalnya...........Orang ada duitlah dikatakan, orang yang sangat mampu. Ada orang hantar anak ke sekolah  tadika  cina , nak bagi anak pandai cakap cina, tadika islam tak minat....asyik ajar baca doa makan je, tadika kemas pulak tak standard... asyik makan bihon jee. Anak anak  kena belajar bahasa inggeris, cakap melayu tak mainlah....

Begitulah ceritanya...orang yang baru kawin akan ceritakan kehebatan lakinya, orang yang baru beranak, akan ceritakan kebaikan anaknya...Masing masing nak tunjuk gah.......

Ada juga orang pergi tesco beli baju dan kasut murah murah, beg sekolah harga RM 10/-. Kasut tu tahanlah 2 bulan dan lepastu pecah tumit dan muncungnya. Belilah asal anak anak dapat tukar pakaian baru. Ibubapa tak mampu nak buat macam mana....


Baru sekolah tadika tu, kalau dapat masuk IPT cam mane pulak gamaknya... Satu kampung gah tak berenti..pinjam ptpn dan lepas tu belajo belajolah bayoo ye...

Sunday, December 25, 2011

Mengait Sarang Tebuan

Salam.........hari ini orang bercuti tapi aku bekerja. Kehidupan bekerja yang tidak kaya kaya. Orang lain duduk dirumah dan bercuti bersama anak bini tapi duit masuk ke bank tanpa henti, peluh pun tak keluar...Kita disni berpeluh peluhpun belum tentu ada masuuuuk.

Apa yang orang rasa tak sama dengan kita rasa. Orang kerajaan bercuti dari sabtu sampai senin, kita pulak dalam 3 hari tu kerjaaaaaaaaaaaa jugak. Sungguh beruntung orang kerajaan, gaji dah keluar awal awal , kita kat sini nak tunggu bulan penuh....Pastilah nanti bila mengundi , orang orang yang kerja kerajaan dan pernah bersekolah dengan kerajaan kena pangkah BN. Tak bolehlah melawan sebab dah lama dapat kerja sedap sedap. sedap dengan gaji , sedap dengan elaun, sedap dengan meminjam , sedap lagi memasukkan adik beradik sedara mara satu kampung menjadi kakitangan kerajaan. Orang lain tak boleh marah, merah mata sebab dah rezeki Allah....Siapa suruh dulu tak belajar pandai pandai, siapa suruh tak mengampu pegawai pegawai beso.......

Aku pernah terdengar cerita tentang anak seorang doktor, pandainya taklah semana tapi telah melanjutkan pelajaran ke Indonesia untuk menjadi doktor....Macam katun je cerita ni...Lulus SPM boleh terus keluar negeri untuk belajar jadi doktor ? Boleh misti boleh...janji lu ada duit....sijil boleh beli...macamlah cerita awang hitam datang ke negara ini untuk belajar kononnya, mengejapun tak pandai.....tapi dapat diploma...Yang kasi  diplomapun adalah kolej negara kita....Bangla yang bersepah kat sana sini tu pun , budak student jugak...Ada cop student bang oii, bila hari emigration datang , principal  pun panggil dia orang. Kalau kena cekup, principal datang balai kasi keluar. Sampai bila pun tak habis bang oiii....

Berbalik cerita lama...untunglah anak sesiapa dapat AAAAAAAAA dalam peperiksaan PMR... tahun ni tahun kejayaan, tahun mendapat bantuan, tahun kesenangan...tahun tampal jalan...tahun pasang tiang lampu....... Well done , nak ucap merry x'mas pulak orang cakap haram, ucap selamat hari deepavali pulak , haram juga ke....." Aku tak faham sebab aku tak sekolah dan tak pernah dapat AAAAAAA" Orang dulu dulu kalau tak lulus SRP...jangan mimpilah.........


Friday, December 23, 2011

Cerita Orang Melayu

Salam... seminggu lalu datang seorang separuh umur nak mintak kerja... Selesai isi borang maka sesi cakap cakappun bermula... Soalan terakhir aku adalah " abang ada kes polis tak ?  Dia jawab tak ada........Sebelum balik dia cakap , Encik mahukan pekerja lagi tak, saya ada kawan. Aku kata, bawalah kawan tu........

Esoknya kekawan aku dari cawangan jenayah bagi tau... lelaki tu ada 3 kes dadah...... ............... Beberapa hari kemudian dia bawa kawannya iaitu seorang lelaki dari Sabah, berumur 36 tahun dan masih bujang dan duduk kat kg baru KL... Aku suruh isi borang je dan esoknya baru aku panggil untuk sesi cakap cakap... Dia ni tak de kes polis clear sangat.... Boleh kerja 12 jam " aku sakat dia. Dia kata boleh...... " Esok datang, pakai baju putih dan bertali leher" kata aku....

Esoknya dia tak datang. Jam 9.30 pagi aku call, dia tak jawab... Aku buka fail dan nampak no hp emak dia. Aku call emak dia... Emak dia cakap, semalam dia dah beli baju putih untuk anak dia, tadi jam 8.30 dia dah kejutkan anak dia dari tidur.....Sahlah dia ini anak emak walaupun dah tua bangka masih mengharap emak kejutkan tidur....... Pukul 12.00 dia talipon budak superviosor aku, dia kata sorry, dia tertidur dan baru bangun...

Cam ini rupanya orang kita, pemalas nak mampus, tak hendak kerja, menyusahkan emak bapak, patutlah tak kawin... Sape sape nak cari laki  jangan cari orang macam ni...Kalau malas kerja, tak payah hidup lagi baik...Lagi satu , orang orang kita yang muka muka suci ni suka himpun kes polis... Tahun sudah ada  sorang budak kedah minta kerja... cakap baik cam tu jugak.......Check kat kekawan kat  BA...... dia ada 2 kes rogol.....Gila betul............sape nak ambik pekerja yang ada kes rogol........Kalau dia tak merogolpun dia bersongkol dengan perogol... dia terlepas sebab si perogol kawin dengan gadis tu...

Nikmat Cinta

Salam.... masih belum sempat membaca blog kekawan...aku ingin mengisi entry ini dengan cerita lama.....


Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh
Lirik lagu itu menghantui aku pada ketikanya aku sedang mencari kebenaran 11 tahun nan lalu. Akulah manusia yang cuba menyingkap perjalanan pulang dengan titisan air mata kesedihan. Lantaran kedegilan itu, aku terus berada di awang awangan dan aku entah dimana.........
Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Di saat itulah, aku mencari aku sehingganya aku terdampar di suatu sudut.........................
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling
Begitulah lagu Doa - Zubir Ali atau Aishah, ada lagu dalam cerita, ada cerita dalam lagu. Hanya mereka yang menempuh jalan itu akan merasainya.....Bagaimanakah akan dapat kuceritakan kepada semua orang di sana tentang apa yang aku lalui.................................Bertanyalah kepada mereka yang bersolat tahajjud di malam hari, bertanyalah kepada saudara saudara kita yang pernah berada di hadapan Baitullah....Tanyalah, tanyalah... tanyalah apa yang kalian rasai.... Adakah aku ini berbohong.......................
Sahabatku... alanglah ruginya mereka yang beramal, alangkah ruginya mereka yang membaca kitab satu almari jika  tidak merasai apa apa walaupun sedkit tentang nikmat yang Allah berikan..Bukankah kalimah Allah itu penuh nikmat, mendengarnya adalah nikmat, membacanya adalah nikmat dan mengajarnya juga adalah nikmat...
Lalu kusebutkan disini bahawa pencarian tentang kalimah Allah dan Rasul adalah perjalanan yang jauh dalam perjalanan  pulang. Perjalanan mengira sifat wajib , mustahil dan harus.........bertiangkan solat.........
Nun disana, dimasjid sana, di surau sana........kelas kelas tauhid hanya dihadiri 3-4 orang. Hanya segelintir orang yang mahu mengenali tuhannya , hanya segelintar mahu tahu rasulnya........ Nun disana, ketika ustaz berceramah tentang hal ehwal semasa, hal ehwal dunia, dengan tajuk tajuk besar " politik dalam islam, kesusteraan islam, ekonomi islam. budaya islam . Nun sana ceramah ceramah politik, menghina, mengkafirkan orang islam, memfitnah sesama sendiri...... Mereka yang datang berduyun duyun dengan kereta kereta besar, membawa anak anak dan isteri, diadakan makan dan minum dan pesta bidaah itu menjadi pesta yang penuh gilang gemilang......Lalu mereka bertanya " ustaz, apakah konsep islam dalam membudayakan masyarakat majmuk" Mereka itulah ahli fikir yang pandai pandai dan ternama dan tidak seperti kita yang masih dipondok buruk, masih mengira Alif, Ba, Ta.......
Bertanya kepada guru " apakah itu Alif......Alif adalah tulang arash katanya.. Apakah itu Ba....Ba adalah batal katanya.......Apakah itu Ta..... Ta adalah tahyat katanya..... Adakah sama dengan A.... A itu ayam.....?
# nak pergi solat jumaat...catitan tersangkut disini

Thursday, December 22, 2011

Yang Sedap Sedap

Salam.....aku dah balik opis...tadi pergi klinik...kandungan gula menurun ke 9.4...Masih tinggi weh...Aku kena menjaga makan.... Cam mana nak makan sedap ya... Aku suka makan cempedak goreng, satay, nasi ayam, sup segala macam sup terutama sup perut. Minum teh tarik, holicks......Nasihat orang" boleh makan tapi jangan lebih lebih......." Kueh melayu semua manis, bubur durian pun manis macam anak dara....... Nak stop makan semua tu....Oh tidak.....


Hari tu aku nampak pizza ni...mengapalah waktu aku nampak pizza ya.......Ada juga hamba Allah bawak pulut kuning....Lagilah membuka selera aku tapi oleh kerana aku teringat bahawa raya hari itu aku susah nak berdiri....lupakan ajalah.... Orang kata tak guna banyak duit kalau badan tak sihat... Tapi aku, duit bukan banyak, makan berpantang.....rugi semuanya rugi....

Setelah bertanya pada kawan kawan semuanya macam handal sangat tapi sebaliknya mereka lebih teruk dari aku , cuma tak mengaku je....control hensemlah.........

Sebenarnya pepatah ada berkata " patah tumbuh hilang berganti " Kita adalah jenerasi yang berada disini yang  akan pupus di masa akan datang. Sudah menjadi adat hidup, yang datang pasti pulang, pulang bersama kesakitan. Kesakitan pula adalah lambang jemputan dan peringatan ......Setelah berhempas pulas di dunia ini , apalagi yang bakal dibawa pulang. Esok lusa pasti berlalu,burung berkicau helang melaut, bulan menjelma menambah rindu, pengantin sendirian tiada berpaut.






TONG ZHI FESTIVEL

Salam...







Rasanya  manis dan sedap iaitu bebola bertepung dan air gula....Salah satu perayaan Tahun Baru China

Wednesday, December 21, 2011

Esok Yang Indah

Salam..............

Ya Allah,Tuhan(yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada sesuatu penyembuh kecuali kesembuhanMu, sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan kecuali kesembuhannya."


Malam ni kenalah puasa sekejap, esok nak pergi jumpa doktor untuk periksa darah. Bermula dari minggu lepas dah mula makan berpantang dan makan ubat. Dalam umur umur begini dah kena kencing manis. Hari itu semasa hadir di perjumpaan blogger, cuma sentuh mee goreng je. Geram jugak tenguk orang makan sedap sedap. Nak tenguk orang perempuan cantik cantik... jauhlah sekali...Pertama ingat diri dah tua, Kedua ' jangan nak mengada ngada. Ketiga , kepala dah botak dah tak hensem, Kelima.. memang tak ada masa.....




Terimakasihlah kepada si tukang ambil gambar ni... Kita asyik petik sana sini dan terlupa gambar sendiri.





Tuesday, December 20, 2011

SYURGA DUNIA

Salam...... Tinggal beberapa hari lagi , rakyat Malaysia yang berugama Kristian akan menyambut Krismas ( X' mas) Di bandar bandar besar terutamanya, kehangatan perayaan itu amat terasa. Bagaimanakah keadaan itu sebenarnya ?

22 tahun lamanya aku pernah bekerja di Bukit Bintang Kuala Lumpur dan masa mudaku terlalu lama di sana. Aku melalui semua perayaan terkecualilah hari gawai, tetapi perayaan yang besar besar termasuk sembahyang bangsa Cina pun aku tempuh. Bekerja dengan swasta beginilah caranya... waktu orang sedap sedap bercuti , kita pula bekerja, waktu orang sedap sedap tidur, kita pula masih sibuk dengan dunia yang tidak pernah habis ini...Entah dimana waktu solat, entah dimana kenduri kendara, entah dimana ziarah orang mati dan entah dimana dapat berkunjung ke rumah orang sakit. Lalu di hadapan mata kita adalah fitnah dunia..........

Krismas memang "happening" di Bukit Bintang. Bermula dari jam 7.00 malam waktu magrib kita akan dapat melihat lampu lampu di jalanan. Gadis gadis "santa  " berskirt pendik  bertopi merah dan  berkain belah dari peha banyak kelihatan di tepi jalan , di dalam restoren dan di hotel hotel. Ada yang menghidangkan arak, meniup trompet , bermain bunga api dan dengan segala macam lampu berkelip kelip. Waktu itu anak anak kecil , anak anak muda . ibubapa dan keluarga dari segala bangsa termasuklah orang melayu kita meraikannya.Malam itu tepat jam 12 malam, keriangan dapat dirasakan dengan istiadat pecah belon, meniup trompet, tembak sana tembak sini dan sepanjang jalan Bukit Bintang dipenuhi dengan manusia. Orang melayu juga tidak kurangnya berjabat tangan mengucapkan selamat hari natal sesama sendiri, berpeluk bercium dan meminum arak . Tambahan pula minum arak free dan tidak dikenakan bayaran. Malam terus berlalu dengan bunyi musik yang kuat, anak gadis terkinja kinja menari, ada yang telah siap sedia menempah bilik hotel untuk meraikan kegembiraan  di dalam bilik untuk adengan sepenuhnya.

Jam 4.00 mereka masih bersidai ditepi tepi jalan, mabuk, membuat bising, kereta juga apa kurangnya.. hon sana hon sini...budak budak punk datang ramai ramai dan entah dari mana. Ada budak budak melayu yang kecik kecik ramai ramai mengayuh basikal....Jam 5 pagi... ada anak melayu telentang mabuk ditepi jalan, ada anak gadis diseret jantan masuk ke kereta, ada yang bertelanjang menampakkan segalanya galanya.........Disitulah dunia yang indah menjelang subuh.............disaat azan subuh....suasana hingar bingar juga sayup sayup.....di kelab kelap malam...ada orang yang pecah kepala, bengkak muka ....darah mengalir di lantai...ada yang mengerang kelazatan......





photo hiasan.... ehsan dari google

Monday, December 19, 2011

Lu Fikirlah Sendiri

Salam ... seorang kawan yang kini masih di Malaysia, telah dipergunakan namanya oleh orang yang tidak bertanggung jawab dari Spain di dalam internet....Lihatlah bagaimana makhluk itu cuba cari makan

Hope you get this on time,sorry I didn't inform you about my trip in Spain for a program, I'm presently in Madrid and am having some difficulties here because i misplaced my wallet on my way to the hotel where my money and other valuable things were kept.I want  you to assist me with a loan of 2950 Euros to sort-out my hotel bills and  to get myself back home.

I have spoken to the embassy here but they are not responding to the matter effectively,I will appreciate whatever you can afford to assist me with,I'll Refund the money back to you as soon as i return, let me know if you can be of any help. I don't have a phone where i can be reached. Please let me know immediately.
  
     Thanks


Best regards,
Christine KHOO





# Anda  sesiapa nak mencuba.....

Yang Patut Difikir

Salam........Tadinya.....pagi pagi orang rumah menghantar sms yang diterima dari kenalannya berbunyi " ini  no akaun saya... tolong saya.. saya memerlukan wang sebanyak RM 300/- untuk urusan pengebumian kawan saya, saya tak cukup duit... saya dah minta dari bapa saudara dan ibu saudara saya di Australia, mereke kering tak ada duit...................Saya akan bayar balik duit itu apabila saya dapat dividen ASB hujung tahun ni...

Aku hanya menasihat orang rumah dengan kata kata ' minta maaf , kami juga sedang kekeringan...........'
Jika anda seorang baik hati , pastilah anda menolong orang ini tapi bila mengenangkan bapa dan ibu saudaranya yang berada di Australia dengan nilai RM 300/- lansung tak masuk akal. 

Inilah zamannya manusia memperjudikan persahabatan dan mengambil kesempatan diatas kebodohan kawan kawan.............

Sunday, December 18, 2011

PERJUMPAAN BLOGGER 18 DIS 2011

Salam....... Dengan izin Allah semuanya berlansung dengan baiknya. Dapatlah saya menghadirkan diri ke majlis perjumpaan blogger walaupun saya ini bukan dikenali ramai. Saya mencatitikan kedalam buku lawatan sebagai pakdinrasa walaupun saya telah dikenali oleh rakan rakan sebagi Panglima Muda. Pertemuan yang sebentar mengizinkan saya menemui Dato' LF , datin, Kak Cik dan rakan rakan yang lain tetapi yang lebih mesra dan terasa sudah lama berkawan adalah pakcik lie......

 Bacaan doa
 seperti biasa dekat tempat makan
 kakcik





Sungguh banyak makanan disana tetapi saya hanya dapat menjamah mee goreng. Ini adalah kerana  saya terpaksa menjaga pemakanan saya untuk beberapa hari ini. Maklumlah kurang sihat walaupun nampak sihat..



Terima kasih saya ucapkan kepada dato lf dan penganjur majlis ini kerana menjemput saya  dan dapat saling mengenal............


Mudah mudahan ianya akan menjadi satu perjumpan yang lebih besar dimasa akan datang........




Perjumpaan ini adalah perjumpaan yang sangat baik kerana ianya tidak menimbulkan soal politik, tidak ada fitnah memfitnah dan lebih kepada perjumpaan ahli keluarga yang besar.

Saturday, December 17, 2011

Hari Sabtu Hari Demo

Salam.......baru kejap tadi aku terdengar mahasiswa buat demo kat jalan raja laut dan sekarang menuju ke PWTC... Tak sempat ambik gambo mereka. Hari ini rakyat malaysia suka berdemo pulak. Hu sana Ha sini, macam macam tuntutan dan tak puas hati dengan kerajaan. Kerajaan selalu tak betul dan yang betul adalah mereka. Mereka membanjiri jalan raya dengan laungan dan selogan, mereka tiru gaya orang diluar sana.... Mungkin mereka ingat ini adalah perbuatan orang cerdik dan mereka tidak perlu lagi bantuan dari kerajaan. Sebagai pengubat rindu apasalahnya aku tampilkan gambar ini yang lansung tak kena mengena dengan kisah itu




Friday, December 16, 2011

Fitnah Kepala Bapak "Orang Kita"

Salam.......... Herannya aku bila tenguk blog sedara mare kita ni... Dah top pun sampai ke puncak tapi kerja fitnah memfitnah mereka semakin hari semakin banyak. Kalau bendatu tak betul , tok sah tulislah kecualilah kalau nak buat cerita dongeng. Dah tu tulis nama orang yang jadi mangsa tu , terang benderang..... Taulah korang orang berani dan tak takut kena tangkap dan tak ada sape pun nak tangkap korang. Lebih lebih pun korang buat semak meja balai polis je dan lepas tu ajak pak polisi minum teh kat kantin balai .... Orang orang sana pun nak cari sumber hidup dan bukan benda merapu macam korang tulis.... Aku pun mengintai jugak tapi tok sah le buat dosa kering......

Apatak merapunya, orang hidup korang kata mati.... Akai pi letak kat mane... Dah tu tulis nama Allah, ayat beso beso di puncak blog, macamlah kau orang suci sangat....... Ingatlah...ayat suci tu jadi saksi kerja jahat korang diakhirat..... Aku nak tegur ni.......aku tak kira korang sape, orang bersongkok, orang berkopiah, orang bertudung, ahli musik, pensyarah universiti atau sesiapa..... Kalau dengan tuhan aku membahasakan diri aku ini adalah aku, dengan korang aku tak akan bersaya dalam soal ini. Lu sapa ...........



Thursday, December 15, 2011

Menyokong Transfomasi FELDA

Salam.... pagi tadi ketika aku sedang menikmati capati di restoren hijau di hadapan hotel.....tiba tiba ramailah orang orang kita yang mungkin mempunyai banyak masa lapang telah berkumpul dengan gembiranya. Perhimpunan ini disebut sebagai perhimpunan aman dan bergaji bagi mereka mereka yang bekerja. Orang orang seperti kami hanya melihat dari jauh. Orang orang yang tidak pernah membaca surat khabar atau menonton TV mungkin tidak faham tentang apa benda yang diaorang ni buat....

mula mula tak ramai

 orang perempuan pun ada

 membawa kain rentang

 pak polisi bekerja

 banyak belanja ni
Bangunan pas juga tempat berhimpun

Wednesday, December 14, 2011

Penyakit Orang Nak Tua

Salam............

Sesiapa kekawan yang berjawatan doktor tolong komen dan nasihat......Aku baru je balik kelinik sebentar tadi dan doktor tu bagi kertas ini



Entah datang mana penyakit ni aku.....dari kesukaan makan dan minum

Tuesday, December 13, 2011

Tamu Kecil SiBidadari

Tamu kecil si bidadari
menyapa hatiku dipetang itu
dengan senyum membawa cinta
melumpuhkan bara bara api
menenggelamkan ribut petir

Tamu kecil
menyerlah tanpa dosa dalam doa
menyerlahkan wajah orang tua
menyerlahkan hidup nan bahagia

Si bidadari
ternyata sepertinya kain putih
membawa daku ke pintu pintu syurga..

Barang Lama

Salam...

Balik sahaja ke kampung aku jumpa benda benda macam ini.....

 ini boleh digunakan untuk kopek durian


 ini bukan barang perhiasan... salah kalau bawak berjalan

salah satu benda ini memang aku punya.. bapak aku sorokkan sebab dia tak mahu aku jadi hantu

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...