Friday, January 28, 2022

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam,

Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yang bukan bukan. Lupalah dia tentang takdir, tentang apa yang sudah tertulis yang tak terpadam. Susah baginya menerima kenyataan hidup kerana dia mahu tuhan sentiasa mengikut kehendaknya atau sebenarnya dia mahu mengambil tugas tuhan.

Lalu telah adapun kitab kitab berbagai agama. Tidak ada satu kitab pun mengajar buat jahat. Ada kitab yang mirip mirip kerana " copy paste". Ada kitab mempunyai kepercayaan tuhan yang berbeza atau mungkin nama sahaja berbeza, yang penting mereka semua bertuhan.

Tiap kitab itu ada peraturan, sama ada peraturan dari langit atau peraturan peradaban manusia sejak zaman batu sehingga jadi rumah batu. Peraturan itulah panduan untuk hidup dalam menerima kenyataan tuhan masing masing yang bernama takdir.

Adakala kita perlu memandang cermin, melihat raut muka kita, melihat jalur yang jalur yang kehilangan keteganganya, memerhati mulut dan bibir , alis mata dan kelopaknya . Ia nanti kan memberi jawapan bahawa semuanya telah berubah, lupus tidak kembali lagi.........



Thursday, January 27, 2022

LELAKI YANG PATUT DITERAJANG

 Salam, 

Petang ini kita kembali ke laman ini, setelahnya aku menghabiskan masa setengah jam berada di kedai mamak belakang rumah. Lama sudah tidak makan kuey tiaw, pekena teh panas yang nipis..............Nikmatnya allah yang tau.......

Teringat kembali kenangan dua tahun yang lalu sewaktu hari pengkembumian kematian supupu aku di Ampang Kuala Lumpur. Pagi itu adik aku menumpang aku ke sana kerana dia malas hendak memandu kereta. Kami sampai di Masjid Ampang kira kira jam 10.00 pagi dan pada waktu itu kelihatan ramai orang walaupun musim covid. Arwahyarham ini kerjanya sebagai guru, jadi ramailah murid murid dan ahli keluarga datang menziarah. Oleh kerana kami tidak tahu hendak buat apa apa, kami pun beralih ke kedai mamak di tepi jalan bagi memenuhkan masa sementara menunggu waktu solat jenazah.

Sedang kami memesan makanan tiba tiba datang seorang perempaun bertudung, memakai mask dan bertanya pada aku " kenal tak akak ni?". Dalam keadaan wajah bertutup itu aku memang mengenali dia kerana dia adalah isteri arwah guru aku. Perbualan kami tidak panjang kerana aku hendak makan dan aku juga tidak mahu ambik tahu banyak perkara. Almaklumlah sejak arwah guru aku meninggal, isterinya telah berkahwin lain. Khabar angin menyatakan dia mendapat tentangan dari anak anaknya ...wallahualam.

Setelah kakak itu berlalu, datang pula seorang lelaki muda yang aku kira ada "penyakit doktor" Dia bertanya boleh ke belanja dia makan. Adik aku kata ok, minta sahaja apa sahaja hendak. Sebetulnya dimana mana kedai makan memang banyak jenis makhluk macam ini, kekadang datang pemintak sedekah , orang buta dan sebagainya.

Setelah memesan makanan, mamak tersebut kelihatan ragu ragu mungkin kerana lelaki ini dah biasa buat perangai di situ. Adik aku kata ok saja.....kemudian dia  bertanya lagi  kepada lelaki itu " kau nak rokok  ?". Lelaki itu kata " hendak" dan dia terus memesan sekotak rokok dunhill.  Oeh kerana mamak lambat menghantar rokok itu, dia kelihatan marah marah. Rokok dunhill sekotak mahal oiii.

Aku jadi tersenyum dan nak tergelak pun ada. Inilah manusia, kita belanja dia makan, kita belanja dia rokok, kali ini berlagak pula dia....................Aku fikir sampai bila pun perkara ini tak kan berubah......makan free dan sikap sombong.....

Nasib baiklah dia mintak pada orang yang ada duit, kalau jenis tak ada duit bagaimana agaknya

Dulu dulu aku prnah juga jumpa jenis ini pada ketika sedang beratur membeli nasi lemak. Tiba tiba muncul seorang lelaki dari belakang. " Bang saya makan tolong bayar" katanya. Mudah sangat hidupnya dan pada masa itu kita kena memilih jalan yang selamat. Bayar atau ada sesuatu merodok kita dari belakang.

Sebagai manusia kita boleh sahaja bertindak keras kepala tidak melayan. Kita pun boleh tunjukkan kita ni pendikar mustar tetapi nak buat apa semua itu. Bayar sahajalah makanan yang tak seberapa tapi kalau mintak lebih lebih memanglah nak kena penerajang.

Tuesday, January 18, 2022

Orang Orang Di Bumi

 

Peringkat peringkat orang

·                     Orang kayangan

Orang yang mempunyai belalai yang panjang, tangan yang banyak. Adakala seperti kera, hidup tak pernah terasa ada hidung. Mereka terasa seperti bidadari, alim seperti wali , penuh kesaktian. Hidup tak rasa susah, boleh buat sesuka hati, banyak benda benda “magic magic” berlaku seperti duit entah dari mana masuk ke dalam akaun bank. Undang undang boleh ditukar sesuka hati.  Mereka terasa seperti raja bahkan ada yang sudah sampai ke “level” tohan


·                     Orang pertengahan

Orang yang terasa macam nak duduk di kayangan, mempunyai hidung yang hampir hampir tinggi kalau didongak dongakkan. Hidup terasa macam putera puteri , makan pun dah tukar selera dan tak makan jenis makanan bangsa sendiri. Kenderaan pun dah besar besar dan jika tidak besar sekalipun kenderaan itu akan diperbesarkan, dihias seperti istana yang disebelah jamban.




·                     Orang bawahan

Duduk memang bawah bawah. Susah dan ditindas. Miskin papa kedana semuanya ada. Selalu lemas dalam banjir dan rumah terbakar. Selalu kena tipu dengan cerita cerita bantuan. Ada yang buang maruah menjadi penjilat, pembodek, tukang anggok. Ada juga jadi baik , jadi alim mengejut. Jadi anak soleh, jadi mat saleh



 

·                     Orang Orang

Dulu dia duduk tengah sawah, tukang halau burung sekarang dah duduk di depan rumah orang kayangan, depan rumah orang pertengahan, depan rumah bawahan. Jadi tukang salak. Makan minum adakala sendiri sendiri, adakala orang bagi. Susah nak jadi alim kerana hidupnya kena jual dan kena beli.



TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...