Showing posts with label cahaya 1. Show all posts
Showing posts with label cahaya 1. Show all posts

Friday, January 28, 2022

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam,

Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yang bukan bukan. Lupalah dia tentang takdir, tentang apa yang sudah tertulis yang tak terpadam. Susah baginya menerima kenyataan hidup kerana dia mahu tuhan sentiasa mengikut kehendaknya atau sebenarnya dia mahu mengambil tugas tuhan.

Lalu telah adapun kitab kitab berbagai agama. Tidak ada satu kitab pun mengajar buat jahat. Ada kitab yang mirip mirip kerana " copy paste". Ada kitab mempunyai kepercayaan tuhan yang berbeza atau mungkin nama sahaja berbeza, yang penting mereka semua bertuhan.

Tiap kitab itu ada peraturan, sama ada peraturan dari langit atau peraturan peradaban manusia sejak zaman batu sehingga jadi rumah batu. Peraturan itulah panduan untuk hidup dalam menerima kenyataan tuhan masing masing yang bernama takdir.

Adakala kita perlu memandang cermin, melihat raut muka kita, melihat jalur yang jalur yang kehilangan keteganganya, memerhati mulut dan bibir , alis mata dan kelopaknya . Ia nanti kan memberi jawapan bahawa semuanya telah berubah, lupus tidak kembali lagi.........



Sunday, November 15, 2015

Khabar Dari Jauh

Salam,
Sudah lama juga tidak ada entry, bukan sombong tetapi sebab dunia ini sudah teramat sibuk sejak kapalterbang jatuh.

PM sudah hilang fb yang mempunya banyak ramai rakai. Kini cuba kumpulkan kembali dan mencari kawan kawan baru. Jumlah belum ramai dan kehendak orang tidaklah kita ketahui. Duduk di dalam dunia blogger lebih seronok dan tidak juga keterlaluan berpolitik. Tidak mahu jadi pesilat yang kuat, tidak juga jadi bomoh pembohong mau pun tukang karut tentang agama yang bagaikan memukul tin.

Pm nak menjadi penulis baik baik dan sentiasa memberi nasihat kepada golongan muda. Mudahan Allah akhiri umur pm dengan kebaikan.....


Tuesday, August 18, 2015

Dari Mata Turun Ke Hati

Salam,

15/8/2015, tamatlah hari raya dengan meninggalkan berbagai kenangan. Di hari itu pm berjalan di tiga jamuan...Satu jamuan belakang rumah.


Yang kedua di Templer Park Rawang ketika hujan sedang lebat turun




Yang ke tiga ialah jamuan lorong di rumah pm. Pada malam tersebut bukan sahaja lorong di rumah pm, tetapi juga di dua lorong berdekatan sekitar Taman Kasturi. Kali ini pm melihat kerjasama semua pihak, riang ria anak anak sehingga pak iman ada berkata " mari kita buat program hari keluarga.


Bukan sahaja orang kuat surau dengan geng yang ada tetapi juga rukun tetangga


Geng surau tidak menghampakan kerana sudi masuk ke setiap lorong majlis open house, beramah mesra dengan penduduk kawasan lorong.




Kaum kaum ibu juga berhimpun beramai ramai beramah mesra, meluapakan apa yang tak kena, terkurang, terlebih.


Itulah yang pm suka .....tapikan apa kata kalau satu taman buat sambutan sekali ? Susah nak ceritakan....ada 700 kepala rumah, belum tuntu dapat sehati sejiwa. Banyak perkara hendak dilihat, siapa ketua, siapa yang buat kutipan wang, apa respon kepada kutipan. Tiap tiap yang baik memang ada yang kena bangkang. Apapun usaha misti diteruskan, kita kena hidup walaupun dalam kelompok yang kecil, paling paling tidak ahli surau yang mungkin sebaris dua..........


Sabda Rasulullah SAW:

اربع من السعادة, المراة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنيء واربع من الشقاوة الجار الشوء والمراةالسوء والمسكن الضيق والمركب السوء

Maksudnya: “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .


Sabda Baginda SAW iaitu:

اَلْجِيْرَانُ ثَلاَثَةٌ جَارٌلَهُ حَقٌ وَاحِدٌ وَجَارٌلَهُ حَقًانِ وَجَارٌلَهُ ثَلَاثَةٌ حُقُوْقِ فَااَلْجَارُلَهُ ثَلَاثَةُ حُقُوقٍ اَلْجَارُ اَلْمُسْلِمُ ذُو اَلْرَّحِمِ فَلَهُ حَقُّ اَلْجَوَارِ وَحَقَّ اَلاءِسْلَامِ وَحَقُّ اَلْرَّحِمِ وَأَمَّا اَلّذِى لَهُ حَقَّانِ فَالْجَارُ اَلْمُسْلِمُ فَلَهُ حَقُّ اَلْجَوَارِ وَحَقُّ اَلاءِسْلَامِ وَأَمَّا الَّذِى لهُ حَقٌ وَاحَدٌ فَالْجَارُ اَلْمُشْرِكُ


Maksudnya: “Jiran itu ada tiga golongan, ada jiran yang hanya mempunyai satu hak dan ada jiran yang mempunyai dua hak dan ada jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak itu ialah jiran yang Muslim dan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Maka ia mempunyai hak sebagai jiran, hak sebagai Muslim dan hak sebagai keluarga. Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran yang Muslim. Ia mempunyai hak sebagai seorang Muslim. Jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik”

Friday, August 6, 2010

CAHAYA MATA

Anak adalah permata hati. Menurut kata guruku anak juga disebut sebagai cahaya mata. Dimanakah cahaya itu ? Puas aku mencari cahaya dalam cahaya dan di dalam  sebutan jampi serapah lama juga disebut perkataan cahaya Allah cahaya Muhammad, Cahaya Baginda Rasullulah.................... pendik kata  itulah sinar dan dalam sinar itu kenalah ada pandangan. Katanya lagi kalau mahu melihat pintu syurga pandanglah wajah orang yang kau kasihi. 

Hari ini aku bukan ingin menulis tentang cahaya ataupun zaman cahaya tetapi tentang cahaya mata permata hati. Kepada semua ibubapa yang mempunyai anak tentu pernah merasa gembira menerima kelahiran cahaya mata. Itulah saat manis menerima anak baru samaada anak pertama atau seterusnya. Anak yang dikandungkan 9 bulan 10 hari dengan penuh kesabaran dan persiapan. Si Ayah tentu sekali akan ke hospital yang mungkin tak pernah dijejaknya seumur hidup membawa bakul, kain batik, pelas air," pampers", botol susu dan baju tukar ganti isterinya. 

Kemudian datanglah berita gembira isterinya selamat melahirkan anak, lalu berkumpul sanak saudara adik beradik datang melawat dan sibuk sibuk memberi nama. Ada nama yang cantik dan ada nama yang huduh.Kali pertama melihat anak yang baru lahir sudah tentu kelihatan cahaya diwajahnya, lalu dipeluk, diQamat atau di Azankan. Ada yang memberi komen anak ini serupa ibu serupa bapa atau datuk neneknya. Berbagai macam hadiah diterima berupa wang ringgit juga yang mana emakbapak dapatlah sedikit menumpang senang, sekurang-kurangnya dapatlah" top-up" handphone atau membayar bil hospital. Anak itu kemudianya dapatlah dibawa balik kerumah untuk dipertonton juga kepada jiran tetangga. Bagi mereka yang mampu tentu sekali akan membuat kenduri doa selamat, kenduri naik buaian, kenduri cukur rambut dengan adatnya berzanji bersalawat...........Menurut kata arwah guruku bahawa selama 44 hari itu hati yang keras akan menjadi lembut dan perbuatan sihir tidak dapat masuk ke rumah. Hanya Allah sahaja yang tahu......................

Hari ini zaman ini keadaan sudah pasti jauh berbeza. Anak yang baru lahir kelihatan terbuang di tong sampah dan ditinggalkan dikaki masjid. Ada yang meninggalkan anak itu dengan pampers dan botol susu serta tin susu dengan harapan semuga anak itu dapat bangun membancuh susu dan memakai pampers sendiri. Ada juga yang ditinggalkan "di bus stand" tempat dimana emak dan bapanya "berdating" waktu dulu. Kenapa jadi begitu ? Kerana mereka malu dengan kemaluan yang tidak dapat ditutup dengan daun niru. Malu dengan perbuatan jahat yang menonjol dimata manusia. Lalu hebohlah sana sini orang orang besar nak mengatasi masalah itu. Masalah kebanjiran bayi tanpa ibubapa disana sini, dinegeri orang tak baik dan juga dinegeri orang baik baik. Padahal sebenarnya kejahatan ini telah lama ujud dizaman tok nenek dulu. Waktu itu mak bidan bersubahat membunuhnya dan ditanamnya merata rata. Waktu itu ada ibu yang mengandung lari dari rumah ke tempat lain dan pulang semula ke kampung dengan senyuman "anak angkat katanya" 

Sesungguhnya kejahatan ini telah lama wujud tanpa hebahan surat kabar dan TV. Kejahatan Sang lelaki memanjat bilik anak dara dan kejahatan anak dara menyimpan "jantan" di dalam kamarnya.

Soal kemasyarakatan yang kian punah ditengah gejala politik yang mencabar dan ini adalah penyakit besar yang kian melarat tanpa penghujung. Dengan cahaya ini, dengan mata kita ini kita akan melihat sandiwara semasa , kehidupan yang penuh realiti dan kesesatan ini hanya ada dua  ubat iaitu Alquran dan Hadis..................

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...