Wednesday, August 26, 2020

Sekeping Hati Dibelah Tujuh

Salam,
Entry kali ini membawa kisah yang nyata diatas muka bumi dengan persoalan sering disebut sebut iaitu soal hati.

Pada tahun 1980, seorang kawan yang kerjanya hanyalah sebagai seorang pemandu kereta, dalam nasihatnya menyebutkan bahawa yang paling susah dalam hidup adalah menjaga hati. Hsti siapakah yang nak dijaga ? Bukan hanya soal jaga hati tapi juga soal kepercayaan. Kata orang tua tua, rambut sama hitam, hati lain lain. Hati yang lain lain itu boleh berubah ubah. adakala menjadi warna warni adakala menjadi buas seperti raksaksa.

Tahun 2017, umrah ke dua mengajak pm membersihkan hati di sana. setiap hari berulang alik ke masjid dengan fikiran terbuka. Tidak ada pertelingkahan, prasangka, berbolak balik. Semua yang berada disana adalah saudara sesama islam. sebarang sikit kesilapan, maafkan saja, bahkan dalam doa juga baik baik bunyinya. Hampir semua di doakan, minta keampunan segala, bahkan untuk orang selama ini memusuhi kita menzalimi kita. pendik kata firaun pun akan terampun jika begitu silap besarnya.

Bila balik ke Malaysia, kita sangat berharap supaya kebaikan itu dapat dipraktikan. Bagi kita berfikiran baik baik, semua orang itu baik baik.................sehingga berlansung 3 bulan...dan selepas itu.......

Semua kelihatan berubah uah bila kita mula bekerja. Di kiri kanan kita manusia sedang berlomba. Siapa pandai dia hidup, cepat kaya, cepat berharta. Hasilnya beri pada anak isteri....Mewahlah mereka dengan segala apa yang ada. Siapa yang pandai berpolitik, lagilah cepat kaya. Kata kata akan membena kekayaan, janji janji akan memberi kesenangan. Semua itu menjadi impian yang nyata dalam kehidupan. Orang yang petah beragama juga banyak. Lidahnya bercabang, telunjuk lurus kelingking berkait. Bila kita tanya, jawapannya dunia sekarang memang begitu, sudah lumrah. Lalu sama samalah kita bergumpal bergaul dengan mereka. Kita menjadi sebahagian dari mereka, berhadasad dengki, tidak menjaga lidah dan tidak juga menjaga hati.

Mungkin ada yang terselamat dari masalah itu. Mereka berpencen, duduk di masjid, kehidupan seharian berulang alik ke masjid. Duduk dalam majlis majlis agama, berzanji, bertahlil, berdoa. Jalan tunduk memandang bumi, pakaian putih berbau wangi dengan minyak arab. Hidup makan hasil dari duit kutipan masa lampau dan pemberian anak anak atau hasil sedekah keliling ....maklum orang tua boleh salam kaut..

Ada orang tua tua, hendak kerja senang, hidup diatas kederat orang. Cukup bulan dapat gaji, alhamdulillah katanya. Semua orang tidak terlepas dari sekeping hati, samada yang hidup di alam kayangan atau bunian dalam laut dan dalam hutan. Hati itulah miliknya...yang baik pun dia dan yang buruk pun dia.

Sekian

Panglima Muda




TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...