Thursday, May 28, 2020

Selembar Sejarah

Salam...

Sememangnya sudah lama pena ini membisu, tiada kata kata dan tiada cerita, tiada kehendak dan tiada upaya. Hidup yang sibuk, penuh gelora kekadang membuat manusia lupa kepada mengenang dan dikenang. Bersama sama ini mungkin dihidangkan beberapa keping gambar sebagai bual bicara permulaan kata di blog ini.


Kini malam, pm masih memerlukan teman untuk berbicara....bual bual kosong musim pkp..bual bual mesra bersama anak anak tentang cerita cerita lama yang tidak mempunyai harga. Kisah yang yang tidak sama zaman lalu dan zaman kini, kisah yang lebih banyak disebut "konon' nya kerana tanpa hadis dan sandaran........


Tidak perlu, teman bicara itu terlalu cerdik. Memadailah kalau boleh mengangguk, bagi menyedapkan hati orang tua. Sedangkan kehidupan mereka itu lebih lagi akan jauh dan panjang untuk diperjuangkan.



Sekali sekali, pm menghalakan lensa kamera ke arah langit bagi mencari nafas baru dalam penulisan, mencari kecantikan tuhan yang maha kaya



Nyata juga disini mempunyai misteri yang belum terurai, yang boleh dijadikan modal, cerita rekaan, cerita sebenar atau cerita humor bagi bacaan anak anak muda yang baru mengenal alam. alam yang dijadikan tuhan yang maha kaya, maha pengasih dan maha penyayang.


Inilah gambar kesenian, tentang kotak kotak kehidupan, tempat permainan dan bukannya penjara bagi akal yang cerdik. Pm kini berada disini melayani misteri misteri kisah anak anak sedangkan usia ini menjangkau semakin tua dan semakin senja. Semoga Allah memberi kekuatan bagi roh dan jasad sepanjang masa menumpang dimuka bumi.  Salam perkenalan, adan zul dan nazmi...........

PERJALANAN PULANG: Mati Hidup Semula ( Kali Ke 2)

PERJALANAN PULANG: Mati Hidup Semula ( Kali Ke 2) : Salam, Memang sudah lama pm tak menulis dan menjenguk ke blog ini. Semenjak pm bertukar ...