Wednesday, June 10, 2015

Hamba Yang Kerdil

Salam,

Isu pertama fb pm hilang. Dah lebih seminggu ikhtiar contact bapak jin yahudi tu tetapi tak dapat balik jugalah. Akhirnya ambil fb yang ke 2 jadi penggantinya. Mustahak sangat ke fb ni ? Kekdang fikir memang tak berguna lansung. Benda ni memenuhkan masa kita ke arah dunia dan banyak mengajak buat dosa kering. Ada fb adalah fitnah, ada kawan kawan yang marah, tak ada masa untuk memikir tentang tuhan atau berpura pura menulis tentang tuhan tapi habuk pun tak ada......


di belakang pokok kurma..

Tapi dengan ada fb ini juga dapatlah berbincang bincang sampai ke malam, boleh upload gambar yang kita ambil di sana sini. Anggap sahaja sebagai alat menghubungkan suratulrahim............

Memang sah geng bloggerr pm hilang, geng hakikat insan, geng kenangan haji dan umrah dan yang tinggal adalah geng lawan lawan jin. Sejauh mana mereka berlawan , tidaklah diketahui. Nama admin perubatan dan gangguan jin tu sangatlah pm kagumi..pm selalu sebut Anok tok Lan. Bukan membodek tetapi kali last kami meyebut adalah Wahdatul wujud.  Akhirnya tutup kedai kerana perbincangan itu tidak sesuai di ruangan itu. Asalnya pm mahu para perawat membuka minda mengaji sedikit bab usul. Bukannya perawat di sana tak tahu tapi ingatan ini adalah untuk orang orang muda yang baru mencebur diri di dalam bidang perubatan. Maklum, tujuan murni mereka itu akan terganggu dengan sebab sebab benda yang sedikit ini. Yang hendak mereka lawan adalah sesuatu yang telah berusia ratusan tahun....Bukan mudah...bukan mudah tanpa guru besar dan bukan mudah jika bersendirian.....

Pm terasa jugak pm ni salah, hidup menjadi nasi tambah sahaja. Pm hanyalah blogger , hidup menulis sebagai seni kehidupan itu. Perubatan bukanlah bidang pm walaupun memang benar pm adalah belajar sikit sikit faham tentang hal itu. Sikit sikit itu tidaklah mencukupi untuk menandingi nama nama hebat mereka, bahkan mereka lebih tahu bidang mereka. Dalam gelak ketawa pm pernah bertanya bolehkah air spoket motor dan air pluq motor digunakan dalam perubatan gangguan jin ? Nyata, member hakikat insan tumpang ketawa sampai ada yang suruh guna minyak hitam....Tidak mustahil tapi ini kerja orang bengong ...kan ?

Selalunya pm cakap kita kenakan bayaran pada pesakit. Ada orang cakap kita kena ikhlas hati dan apa yang kita pakai adalah ilmu Allah...Sebenarnya terpulanglah. Arwah guru pm pernah berpesan supaya pm bukak RM 7.50 sahaja....ini adalah sebabnya adik angkat pm orang Negeri Sembilan ada membuka lebih dari itu di dalam perubatan.......Bukan nak kaya pun hanya sebagai syarat.....Tapi pm ni tak minatlah....klw setakat anak anak di rumah ubat sikit sikit tu memadailah.....Bagi chancelah kepada orang lain?

Pm pernah kena sihir ke ? Pernah....siapa cakap tak pernah, ...umur sahaja yang panjang...Nasiblah kalau terlepas, kalau tak terlepas tentu dah lama menonggeng....Apa ayat nak dibaca klw terkena sehir ? Ini payah nak cakap. Orang suruh berdoa, itupun sebelum kena. Kalau dah kena susah jugak.....

Kepada rakan rakan di dalam fb , baik apa group sekalipun...pm nal minta maaf dengan gurau senda pm yang kasar kasar tu. Sorry...pm bukan perawat....hanyalah nasi tambah.....Salam buat kakak ungku balqis, kakak sue balenza, mudah mudahan mendapat tempat rawatan yang baik....Di ruangan fb ini bukanlah jalan penyelesaian, jangan menepuk air di dulang......marilah berikhtiar senyap senyap........

Pm nak balik ke bidang pm balik dan hanya sebagi pemerhati kepada group perubatan ini..




TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...